Followers

Monday, 31 October 2011

Strawberry Sponge Cake

Memandangkan buah stroberi dalam freez masih menyala-nyala merah warnanya...aku kena bertindak cepat...bertindak cepat menggunakannya sebelum buahnya lebam...hajat dihati nak buat Japanese Sponge Cake seperti resepi dari blog Hana's Family...tapi takut ler pulak...takut tak jadi seperti yang diharapkan...so akupun telah menggodam resepi asal CMG dalam resepi Pandan Layer Cake yang aku cuba sebelum ni....Ya Ampun CMG yer...godam sikit jer....huhuhu....




Memandangkan kejadian Pandan Layer Cake tu amatlah lembut, gebus dan sedap...aku gunapakai resepi yang sama...cumanya aku gantikan pandan paste dengan strawberry flavour dan pewarna pink....so hasilnya jadilah Strawberry Sponge Cake...hehehe...sapa2 berkenan try yer...ni resepinyer...TQVM CMG atas perkongsian resepi kek yang gebus dan sedap....


Sumber : Che Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA:


  • 5 biji telur Gred A
  • 160 g gula
  • 125 g tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 75 g minyak jagung
  • 15 g ovallate
  • 1 camca teh strawberry flavour
  • 2 camca besar susu segar/cair
  • sedikit pewarna pink 



  • CARA MEMBUATNYA :

    1) Satukan telur, ovalatte, gula dan strawberry flavour. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.

    2) Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega.

    3) Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan.

    BUTTER CREAM
    BAHAN-BAHANNYA:
    (boleh buat separuh sebab banyak)

    400 g butter
    100 g shortening
    180 g gula icing
    1 sudu teh esen vanilla

    1) Pukul butter dan shortening hingga gebu. Masukkan gula icing dan pukul lagi.
    2) Akhir sekali masukkan esen vanilla dan pukul hingga gebu.


    Asalnya nak jugak potong tengah kek ni...tapi sebab terkejar2 nak ke kenduri kahwin...sudahnya lupa nak potong dan letak strawberry filling....huhuhu...pewarna pink pun terletak lebih...aduyai...ni la rupanya isi kek ni...hehehe...yang penting kek nye memang lembut dan gebus....


    Strawberry Pancake

    Hi uols...sibuk kemain aku last weekend.....sampai tak sempat nak update my lovely blog ni....last sunday adalah hari strawberry sedunia utk aku....huhuhu...baru lepas kirim kat opismate buah strawberry from Cameron Highland so makanya semua menu aku bertemakan strawberry hari tu.....



    Celik2 mata...terus terpikir nak buat pancake strawberry....at the same time aku buat roti telur dengan baked beans...dua2 menu memang peberet anak2 aku...selalunya anak2 aku suka pancake dgn coklat Hersey's, aku pulak suka dgn peanut butter dan honey...kalau hubby aku lak suka campur dgn semuanya...so ikut masing2 punya selera....tapi utk photoshoot ni...aku letakkan dgn coklat Hersey's dan strawberry filling....yummiee...



    Ada ke yang nak resepi.....ekceli basic resepi sama macam pancake CMG yang aku pernah bagi link sebelum ni....utk resepi ini aku senaraikan sahaja bahan-bahannya...sukatan seperti uols bancuh tepung goreng pisang ekkk...atau sukatan resepi CMG ekkk..

    Bahan-bahannya ;
    Tepung Gandum
    Gula
    Garam
    Telur
    Soda Bikarbonat
    Starwberry Paste/Flavour
    Pewarna Pink
    Susu Cair/Segar

    * Campurkan semuanya dan gaul guna whisk sehingga rata dan tak berketul.
    * Letak sedikit butter dalam pan dan letak sesenduk bancuhan dan tutup.
    * Dengan api kecil tunggu permukaan kering dan berlubang baru terbalikkan.



    Selamat Mencuba...huhuhu...

    Friday, 28 October 2011

    Mee Kolok Sarawak Made in Bangi

    Assalamualaikum semua...moga di hari jumaat yang penuh berkat ini kita dapat manfaatkan nikmat yang ada dengan beribadat kepada Allah.....bekerja sebagai ibadat....menguruskan rumahtangga sebagai ibadat....dan InshaAllah memasak pun sebagai ibadat........

    Alhamdulillah...baru selesai menjamu selera malam ini dengan menu yang amat special dan luar biasa...lain dari yang lain...pada hal malam ni adik aku dah masak nasi tomato kat rumah....kebetulan dia datang semalam....tetapi dek kerana keterujaan ingin mencuba satu resepi baru...aku dengan penuh gigihnya...balik kerja tadi...terus mencapai periuk belanga memasak...jeng!!jeng!!jeng!! ni dia...MEE KOLOK SARAWAK....tapi kali ni dibuat di Bangi, Selangor...huhuhu...




    First time aku makan Mee Kolok ni semasa bulan Ramadhan dua tahun lepas....masa tu dengan penuh keterujaan...tertanya2 lah...apalah rasanya mee kolok ni...al maklum la tak pernah pun menjejakkan kaki ke Sarawak lagi...bila jumpa di bazar Ramadhan Mee Kolok ni amatlah terujanya aku....sekali aku rasa....perghh!!!!memang terus jatuh cinta.....




    Terima kasih tak terhingga buat Dayangjack kerana menyumbangkan resepi ni di blognya....baca resepi tadi...terus on the spot decide nak buat....so pada yang berminat nak cuba ini aku copykan resepinyer...

    
    Resepi Mee Kolok Basah
    Sumber : Dayangjack

    Bahan-bahan :
    • 300 g mi kolok (kalau tak ada, boleh guna mana-mana je non-fried noodles atau instant mee)
    • 1 sudu besar perencah sup
    • 200 g daging lembu
    • air secukupnya
    • sedikit garam
    • 7 ulas bawang putih (dicincang)
    • 8-10 biji cili api
    • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
    • minyak masak secukupnya
    • 5 sudu besar kicap manis
    • 1 sudu besar kicap pekat
    • 3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
    • daun bawang dan daun sup (dihiris)
    • 1 sudu kecil sos ikan / sos soya
    • 1 sudu makan cuka

    Cara-cara
    • UNTUK SUP : Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis. Ketepikan kuah/supnya (boleh dipanaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).
    • UNTUK MEE: Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut. Keluarkan dan toskan. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.Di dalam kuali yang sama, panaskan sedikit minyak dan goreng daging yang telah dihiris tadi. Masukkan kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan garam. Kacau rata-rata. Keluarkan.
    • UNTUK SAMBAL : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau x ada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)
    • Cara Menghidang : Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan daun bawang. Sediakan juga semangkuk sup yang ditabur dengan daun sup untuk kuahnya.

    ****kalau nak memeriahkan lagi suasana mee ni, jika suka boleh juga dicampurkan dengan tauge/sawi/fishball/fishcake/crabstick/prawns/isi ayam dsb (tapi rebus/celur dulu ye)


    Personally aku rasa puas hati betul sebab dapat masak Mee Kolok ni hasil dari air tanganku....InshaAllah lepas ni nak buat lagi....mungkin boleh improve lagi dari segi bau dan rasa bawang putihnyer....rasa kureng menyengat sikit tadi...lepas dah buat dua tiga kali nanti mungkin tip top...hehehe....



    Kepada yang berminat...jangan malu jangan segan...jom try resepi ni...nyum..nyum...

    Thursday, 27 October 2011

    Ala Ikan Bakar Sekinchan

    Assalammualaikum....pagi2 cuti deepavali dah pekena nasi lemak...bila dah tengahari...rasa2 nak makan seafood yang bakar membakar lak.....terus ajak adik aku joint the club...so dia prepare udang dengan sotong....so aku prepare ikan...dua pilihan ikan aku iaitu ikan siakap dan ikan kembong.....


    Actually aku nak syer ngan korang....macam mana aku buat sambal untuk bakar ikan tu...sepatutnya dibakar atas daun pisang...tapi cari kat Giant time tu tak ada la pulak daun pisang....nak pergi ke pasar dah lewat pulak....sudahnya guna aluminium foil jer....tapi kurang la sikit rasa...kalau dengan daun pisang tu...sudah tentu aromanya sahaja bisa meleleh air liur bila dibakar bersama sambal ikan bakar ni.....



    Aku pernah lunch di restoran Ikan Bakar Sekinchan kat area Bangi ni...aku betul2 tak rasa feel.....sebab sambalnya tak berasa...pedas tak ada... manis sambalnya tak ada....so aku rasa geram....boleh??? hehehe...so akupun mencipta sendiri sambal ikan bakar ala secinchan aku ni...hehehe...dah dua tiga kali gak aku buat...Alhamdulillah aku rasa macam mana yang aku nak rasa....hehehe...kalau ada yang berminat aku syer kat sini...

    Bahan-bahannya:

    1 ekor ikan siakap dibersihkan
    10 tangkai cili kering dipotong dan direndam air panas
    1 labu bawang merah
    2 ulas bawang putih
    1 inci halia
    2 tangkai serai dihiris halus
    1 kiub belacan bakar
    2 sudu besar pati asam jawa Adabi
    2 sudu besar minyak
    1/2 cawan air
    1 sudu besar kunyit
    Gula dan garam secukup rasa

    Cara Membuatnya:

    1) Ikan yang dibersihkan tadi dilumur dengan garam dan kunyit. Biarkan seketika.
    2) Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, belacan dan serai dimesin hingga hancur dan halus.
    3) Panaskan minyak dan tumis semua bahan2 yang dimesin tadi hingga naik bau.
    4) Masukkan asam jawa, garam dan gula secukupnya. Masak hingga sambal tadi pekat dan tidak berair. 
    5) Setelah masak salutkan sambal tadi ke atas ikan sebelum dibakar. Sekiranya menggunakan daun pisang 
        sila sapukan minyak terlebih dahulu pada daun pisang bagi mengelakkan daun pisang tersebut hangus bila 
        dibakar.


    So kalau agak2 terasa nak makan Ikan Bakar Ala2 Sekinchan Ikan Bakar...ingat yer...Ala-ala jer...heheheh...nak exactly gi terus ke restoran tu order...huhuhu...Selamat Mencuba...

    Nasi Lemak

    Hai uols...macam tak caya..pejam celik pejam celik...dah hari khamis hari ni....rasanya baru jer monday blues...hehehe....malam selasa hari tu balik dari kerja tetiba tekak ni rasa nak makan roti canai...tapi diluar rumah hujan selebatnya...dengan guruh berdentam dentum....tekak ni nak juga roti canai...terus call mak di kampung..tanya macam mana nak buat roti canai....kerana malam tu...adalah malam  first time aku mencanai roti...sebab selalunya aku beli roti canai segera jer...takpun beli segera dari kedai...hehehe...


    Alhamdulillah rasa roti canainyer ada...tapi rupanya tak berapa nak ada...so x adalah aku nak masukkan gambarnya dalam blog ni...buat malu kaum jer....huhuhu....roti canai yang aku buat tu...aku gandingkan dengan sambal tumis ikan bilis....so memandangkan sambal tumis ikan bilis ada lagi...pagi rabu breakfast terus aku buat nasi lemak...so inilah hasilnya....


    Jangan la korang nak tanya resepinyer...tersangatlah malu untuk aku menjawabnya....resepi campak2...korang pun lagi arif....hehehe....Selamat Menjamu Mata...hihihi...

    Monday, 24 October 2011

    Pau Rose Keledek Ungu

    Assalammualaikum semua...kembali bersiaran dari bilik berita...dengan siaran tertunda...hehehehe...actually kuih ni buat semalam...tapi semalam flat betul nak masukkan entry ni...gara2 bersilat di dapur menggulung bunga rose...first time aku sekodeng blog Kak Ita dari Masam Manis...hati aku terus terpaut...dah set satu hari nanti aku mesti cuba...biarlah satu hari tu taun depan pun...hihihi...dan...aku tak sangka jugak yang satu hari tu adalah semalam...hahaha..sebab Kak Ita baru buat hari Isnin dan aku buat hari Ahad....huhuhu..



    Akupun rasa macam tak percaya lagi....betul ke aku yang buat ni...hahaha...pada mulanya aku memang tak plan nak buat...tapi ahad tu masa beli lauk pauk dan sayur di pasar...tetiba aku terpandang keledek purple...aku teringat yang aku ada resepi nak cuba menggunakan keledek purple...pikir punya pikir baru teringat...ya...pau rose...aku terus beli 4 biji keledek purple dengan harga RM1.90....bila balik aku timbang guna 2 biji jer...masih berbaki 2 biji lagi...sapa nak try???meh aku nak bagi....hehehe...ni rupa pau yang belum dikukus...mula2 buat mmg tak berapa kemas..tapi kali kedua tu dah ok dah...



    Kepada yang berhajat boleh tengok resepi ni....



    Bahan-bahannya :
    250 gm keledek manis warna purple - di kukus atau di rebus
    200 gm air
    500 gm tepung pau
    1 t/s baking powder
    100 gm gula
    50 gm shortening atau lemak sayuran
    1/4 t/s garam
    11 gm yeast segera

    Cara Membuatnya :
    1) Keledek, dicuci bersih dan di rebus. Buang kulit keledek dan kisar keledek dengan air sehingga halus.

    2) Masukkan semua bahan kedalam bread maker dan set doh dan biar hingga ia menjadi doh yang lembut.
    3) Kalau guna tangan.Bancur sedikit air suam dengan yis dan biar ia berbuih. ( sukatan air mestilah sama dengan sukatan yang di beri - gunakan 1/2 air untuk kisar keledek dan 1/2 lagi untuk naikkan yis)
    4) Campurkan semua bahan kecuali shortening, dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Masukkan shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
    5) Jika adunan terlembik boleh tambah sedikit lagi tepung.Tutup doh dengan towel dan simpan doh dalam almari atau tempat yang hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam.
    Setelah doh naik tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.

    6) Untuk membuat pau biasa bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan berat 50 gm, isi inti dan letak doh atas kertas lapik.Rehatkan doh sehingga naik 2 kali gandaKukus doh dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 10 - 12 minit.

    Disini aku copykan cara membentuk bunga pau tu...mohon share gambar ni ya Kak Ita.


    Walaupun pada mulanya...rasa macam nak putus asa sebab bunga roseku tak lawa...tapi bila kali kedua dah buat...roseku dah nampak mekar....so inilah hasilnya...nak makan pun rasa sayang...huhuhu...apapun pau ni memang sedap...tak nyesal mencubanya...TQ Wendy dan Kak Ita...walaupun diaorg tak kenal sapa aku ni...huhuhu...Selamat Mencuba uols...





    Sunday, 23 October 2011

    Kek Pandan Lapis

    Assalamualaikum....Alhamdulillah hari ni mood memasak aku masih menguasai...hehehe....tapi pagi2 lagi insiden tak berapa best dah berlaku...nak tau apa???ntah ngapa ntah...aku boleh terlupa hari ni birthday hubby aku...Ya Allah...Ya Ampun...macam mana boleh terlupa ni...dalam sejarah 8 tahun melayari bahtera bersama...ni tahun pertama terlupa...padahal dekat kalendar meja di opis...dah tulis besar2 setiap tarikh penting dalam hidup aku....setiap hari tengok kalendar tu...boleh tak teringat...

    Masa awal bulan dah teringat...nak beli hadiah..tapi rasa awal sangat...nanti basi...tapi sudahnya...haaaa!!!amekaw...aku lupa terus...huhuhu....dengan suara yang tak berapa nak terkuar...tiba2..."tak nak wish pun..." hubbyku bersuara lepas solat subuh pagi tadi....apalagi Ya ampun sayangku lupa dehhh!!!!*dengan muka seposen...dan rasa bersalah teramat......maaf...maaf...maaf...so hari ini aku terus membuat sebiji
    Kek Pandan Lapis teristimewa buat hubbyku....walaupun ini baru first time aku buat...huhuhu...

    
    Add caption
     Actually dah lama jugak berhajat nak buat...tapi tengok caranya macam remeh jer...tapi sebab lama dah teringin nak buat...hari ni aku decide nak cuba...Alhamdulillah jadi dengan eloknya....kepada yang berkenan disini respeinya...aku ambik dari My Resepi sumbangan Mat Gebu...dan ternyata memang gebu betul kek ni...

    • BAHAN2 UNTUK KEK:-
    • 5 biji telur Gred A
    • 160 g gula
    • 125 g tepung gandum*
    • 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
    • 75 g minyak jagung
    • 15 g ovallate
    • 1 camca teh paste pandan
    • 2 camca besar susu segar/cair
    • BAHAN2 UNTUK KASTARD:-
    • 1050 g santan
    • 225 g gula
    • 10 g serbuk jelly
    • 1 camca teh paste pandan
    • 100 g tepung Hoen Kwee (warna hijau)
    • 75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian tapis)
    • Secubit garam
    UNTUK KEK:-
    1) Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu.
        Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
        Masukkan juga susu. Gaul rata.

    2) Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3)
        inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga
        permukaan kertas dgn mentega.

    3) Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.
        Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan.
        Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhg tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci.

    4)Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping.

    UNTUK KASTARD:-

    1) Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas.
        Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan wisk,
        kacau hingga pekat dan berkilat. Mastikan api dan biar suam sedikit
        sebelum dilapis dgn kek.

    UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN:-

    1) Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan.
        Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan
        dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong.

    2) Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek.
        Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard.

    3) Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. Keluar kan kek
        dari acuan dan salut dgn kelapa kering.

    4) Bahagian yg ber kastard tu di atas dan kek dibawah. Ini bermakna kek nie
        dimulai dgn bhg kastard dan akhir dgn kek..

    5) Satu petua....gunakan tin utk membakar kek tadi, cuci tapi tak payah guna sabun,
        cuma buang kerak2 yg tertinggal, lepas tu keringkan, kerana saki baki mentega yg
        kita guna utk mengris   tin tu masih ada dan ini memudahkan kek yg telah dilapis dgn
        kastard utk dikeluarkan...



    Untuk pengetahuan semua...kek ni lembut dan sedap...tak terlalu manis...just nice jer...so kepada hubbyku..jangan kecil hati...semoga kek ini dapat menceriakan hatimu...Terima kasih kerana menjadi suami dan papa yang terbaik buat kami...Moga Allah lindungimu senantiasa...Happy Birthday sayang...


    For beloved followers...Jangan tak cuba....hehehe...
    .



    Saturday, 22 October 2011

    Apam Coklat

     

     Salam semua...actually dah lama berhajat nak buat Apam Coklat...tapi tiada keberanian...sebab takut tak menjadi segebu yang diharapkan...tapi ntah macam mana sedang berblogwalking di blog sifu memasak ni...aku jumpa resepi Apam Coklat from Kak Ummi dari blog homesweethome ni....sekali tengok resepinyer...alahai menarik...sebab...bahan tak banyak dan yang paling penting semua sekali masuk...pastu guna blender jer....senang sangatkan???? dan hasilnyer juga amat tidak mengecewakan.....sekali rasa tak tau pun ianya spesis Apam...sebab lembut kemain...macam cup cake coklat....




    Kepada yang baru berjinak-jinak nak belajar memasak....amat digalakkan...sebab caranya sangat ringkas....disini aku copykan resepinyer....
     
    APAM COKLAT by Alma MyR
    sumber : Kak Ummi
    Bahan:- (kuranglebih 16 biji)
    • 1 cawan tepung gandum
    • 1/2 cawan gula
    • 1/2 cawan susu pekat
    • 1/2 cawan minyak masak
    • 1/2 cawan air
    • 1bj telur
    • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
    • 1 atau 2 sudu besar serbuk koko
    Cara-Cara:-
    1. Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
    2. Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender.
    3. Masukkan dlm acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit. Mudahkan...!

    So jangan tunggu lagi...Selamat Mencuba...


    Nasi Kurma

    Helloo....hihihi..kembali bersiaran lagi...tengah mood rajin ni...selalu petang2 macam ni mmg lena diulit mimpi jer...tapi hari ni macam ada power lak...hahaha...power nak update blog...kali ni aku nak syer ngan korang Nasi Kurma...Wallahh...


    Asal aku tetiba nak buat Nasi Kurma ni...gara2 masa buffet lunch di Residence Hotel selepas Majlis Konvokesyen UNITEN baru-baru ni....aku makan Nasi Kurma...masa tu aku rasa sedap betul nasi tu...itu yang menyebabkan aku nak try buat ni...aku try la surf internet resepi nasi kurma...tapi yang ada semua jenis resepi yang guna rempah kurma....Nasi Kurma yang aku rasa di hotel time tu tidak berempah...very light but tasty....so akupun telah mengolah sendiri resepi Nasi Kurma versi suzie...dan inilah hasilnya...


    Korang tengok ni agak2 sedap tak??? bagi tekak aku InshaAllah aku rasa sepertimana yang aku nak rasa...hehehe...kalau korang berkenan dan nak try ni resepinya...sukatan aku anggarkan saja yer... korang boleh buat macam korang masak nasi biasa....

    Bahan-bahannya:

    3 cawan beras basmati
    1/2 cawan susu cair
    2 cawan air
    10 biji buah kurma dibelah tengah buang bijinya
    1 biji bawang merah
    1 biji bawang putih
    1 batang serai dipecah-pecahkan
    3 sudu besar minyak sapi/jika x ada margerin pun boleh
    1 batang kulit kayu manis
    5 biji buah pelaga & bunga cengkih
    1 kuntum bunga lawang dipecahkan kelompaknya
    Garam secukup rasa

    Cara Membuatnya:

    1) Basuh beras hingga bersih dan toskan.
    2) Panaskan periuk nasi elektrik di atas api dan masukkan minyak sapi.
    3) Tumiskan hirisan bawang bersama kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang hingga naik bau. Masukkan serai yang telah dipecah-pecahkan tadi.
    4) Masukkan beras dan tumiskan sekejap hingga rata.
    5) Tutup api. Kemudian barulah alihkan periuk nasi tadi ke periuk nasi elektrik.
    6) Masukkan susu, air dan akhir sekali buah kurma. Rasakan sedikit dengan garam.
    7) Kacau hingga rata dan masak seperti nasi biasa cuma bila nasi agak kering kacaukan sekali biar semua ramuan sebati.



    Untuk Nasi Kurma ni...aku cadang nak gandingkan dengan Ayam Masak Merah yang biasa aku buat...tetiba aku teringat Mr. Hubby ada bawa balik produk baru dari Ayamas....namanya Leggo...bukan produk keluaran Ayamas tapi di import dari Vietnam...yang penting ada logo HALAL....pes tu dah siap semuanya....cuma tinggal nak kena tumis jer dulu ayam pastu baru masukkan pes tu...mulanya aku suspen gak takut tak sedap...sekali rasa walllah wei...memang kena dengan nasi kurma aku ni...rasanya memang bukan macam ayam masak merah kenduri kahwin tu...tapi rasanya ala2 kuah pasta....masam2 tomato sikit...bagi aku memang kena dengan nasi kurma yang ada manis2 kurma ni..."Maniskah Kurma itu"...bak kata kumpulan Sepah...hahahaha....


    
    Maka dengan adanya pes ini...maka bertambah senanglah kerja aku lunch tadi...sekejap jer dah siap....dan rasanya memang menambat kalbu...aku guna tadi Hot Spicy (walaupun tak hot langsung) dan ada dua gravy lagi ni...original dgn extra spices...tak tau nak buat apa...tapi baca cara-cara menggunakannya boleh digandingkan dnegan pasta..InshaAllah lepas ni aku nak try gabungkan dnegan spagetti....yuhuuuu...apapun jangan lupa try nanti ekk...Nasi Kurma...daaa...


    Roti Gulung Sosej Keju

    Hai semua....buat sarapan apa pagi tadi??? pening memikirkan menu apa untuk sarapan?? ermmm...memang pening kadang2 nak fikir buat apa...lebih2 lagi kalau tak dirancang...pagi2 tu baru nak fikir...so buat berdasarkan bahan2 asas yang ada kat dapur jer....huhuhu...so pagi tadi...akhirnya sarapan kami adalah Roti Gulung Sosej Keju....simple, mudah dan sedap...hehehe...anak2 pun suka....


    Roti Gulung Sosej aku pagi tadi pun...aku salut dengan tepung jer...ni sebab gara2 aku tak jumpa stok bread crumb kat dapur...huhuhu...ntah mana la pulak aku letak...hahaha...kalau tak Roti Gulung Sosej yang disalut bread crumb macam ni lah rupanya...



    Roti Gulung Sosej dengan bread crumb ni aku buat time picnic sebelum ni......so nampak lebih cantik dan kemas....tapi bukanlah bermaksud bersalut dengan tepung tak sedap....sedap juga uols...hehehe....sosej cheese yang aku guna adalah sosej keluaran Ayamas...sah2 cik abg kita kerja Ayamas kan...haruslah sentiasa ada stok produk Ayamas....kalau korang nak tau...aku guna sosej cheese coctail macam ni....sebeb tu comel2 jer Roti Gulung Sosej aku...huhuhu...



    Kepada yang berminat disini aku syer resepi Roti Gulung Sosej Keju ini ...

    Bahan-bahan :

    6 keping roti
    12 sosej coctail
    5 sudu besar tepung gandum
    1 sudu kecil serbuk kunyit
    Garam secukupnya
    Minyak untuk menggoreng secukupnya

    Cara Membuatnya :

    1) Gelek roti hingga nipis. Bancuhkan sedikit tepung gandum dengan air untuk dijadikan gam.
    2) Sekeping roti dipotong dua dan Gulung sosej dalam roti. Letakkan sedikit gam tepung tadi supaya roti  
        tidak terbuka bila digoreng.
    3) Bancuhkan tepung, garam dan serbuk kunyit dengan air. Kacau hingga tepung tidak berketul2.
    4) Celup roti tadi dan bolehlah digoreng hingga kekuningan.
    

    

    Selamat Mencuba...Nyum..Nyum...sedapnyer cheese itu...hehehe..

    Sup Telur

    Assalammualaikum....Alhamdulillah selesai sudah tugas suri rumah ku untuk separuh hari ni......perut pun dah kenyang...anak2 pun dengan gembiranya bermain2...so time ni lah mama dia boleh buka laptop nak update blog...hehehe...yang ni nak syer pun..resepi tertunda malam tadi....tak tau la mengapa...malam tadi awal2 dah mengantuk...jam 10.00 malam dah lena dibuai mimpi...hehehe...gara2 balik keje semalam terus masuk dapur...jam 7.00mlm dah start dinner...itupun gara2 resepi simple aku dinner semalam...ni dia Sup Telur...





    Resepi ni memang simple....dulu pun aku tak pernah terpikir nak masak Sup Telur...tetapi satu hari tu masa blogwalking blog2 memasak termasuk blog Che Mat Gebu...aku ternampak resepi Sup Telur....siapa2 yang nak tengok sup telur versi Che Mat Gebu boleh tengok disini Dapur Tanpa Sempadan ....sapa2 yang nak tengok resepi Sup Telur versi Suzie...ni dia...hihihi...

    Bahan-bahan:

    2 biji telur ayam
    1 batang lobak merah dipotong ikut suka
    3 tangkai bak choy (diasing batang dan daun)
    3 tangkai daun sup
    1 biji bawang merah dihiris nipis
    1 ulas bawang putih dihiris nipis
    1 inci halia dihiris nipis
    1 kiub ayam
    1 sudu besar lada putih
    3 cawan air
    Minyak untuk menumis
    Garam secukup rasa

    Cara memasak :

    1) Panaskan minyak.Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
    2) Masukkan air, kiub ayam dan lobak merah. Kemudian masukkan batang bak choy.
        Masak hingga mendidih.
    3) Pastikan kuah tadi betul2 mendidih baru pecahkan telur untuk bagi telur masak bulat.
    4) Masukkan lada putih yang ditumbuk halus dan garam secukup rasa kerana kiub ayam dah masin.
    5) Bila dah mendidih bolehlah tutup api dan baru ditaburkan daun sup yang potong halus.


    

    Time2 hujan...sejuk pulak ni...kalau pekena sup...memang sedap....nak buat sup ayam atau sup daging kadangkala makan masa...so bolehlah ubah selera buat Sup Telur ni...Selamat Mencuba...

    Thursday, 20 October 2011

    Tips Pemakanan Mengikut Sunnah Rasulullah

    Assalammualaikum semua...Alhamdulillah dipagi Jumaat penuh barakah ni...kita masih diizinkan Allah untuk menghirup udara yang segar...kesihatan yang baik...kebahagian bersama suami dan anak-anak...syukur pada Mu Ya Allah...tak ternilai nikmat yang kau anugrahkan pada kami...

    Hari ni...aku tak berniat nak syer resepi atau menu....tapi aku nak syer ngan korang apa menu yang patut dan tak patut kita makan mengikut sunnah Rasulullah...banyak yang perlu kita perbaiki lagi...sama-sama kita renungkan dan selamat beramal....InshaAllah...

    Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti.  Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini...

    Jangan makan  DAGING + SUSU
    Jangan makan IKAN + SUSU
    Jangan makan AYAM + SUSU
    Jangan makan CUKA + SUSU
    Jangan makan BUAH + SUSU  (cth: KOKTEL )
    Jangan makan DAGING + IKAN
    Jangan makan TELUR +
    IKAN
    Jangan makan  DAUN SALAD
    + IKAN


    # JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,

    SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
    # TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

    # JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.
    SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA. - aku suka bab ni...sebab aku mmg kena makan...kalau tak lapar giler...tak larat nak tarik selimut...hahahaha...

    kawan2 cubalah....... Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

    p/s : Sampaikan walau sepatah... Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

    Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.

    Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

    Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

    Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.

    Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milime

    Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
    Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

    Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

    (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
    Cara Rasulullah Makan

    1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

    Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?

    Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam?

    Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.
    Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam?

    Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

    2. Cara Rasulullah mengunyah

    Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


    3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). 


    Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum.

    Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.


    Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

    Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

    Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. Sama2lah kita mengamalkannya...InshaAllah...

    Wednesday, 19 October 2011

    Coctail Castard Pudding with Nata De Coco

    Hi uols...actually hari ni tak ada idea pun nak masuk entry apa...al maklum la...virus M masih menular dijiwa ini...huhuhu...nak tunggu virus R ntah bila nak datang...bila virus R dah datang satu hari mau 2-3 menu best aku buat...tapi bila dah M....ermmm....beli kedai jer la nampaknya...huhuhu...


    Ronda-ronda gambar masakan dalam mobile upload di facebook...tetiba ternampak la gambar sejenis puding yang aku pernah buat ni...bagi memastikan aku tak lupa dengan puding ni..aku nak menyelit sikit kat entry kali ni...hehehe...jangan marah ekkk...menu dah basi...hehehe...



    Ni dia koktel Puding Castard dengan Nata De Coco....resepi mudah jer....jika ada yang berhajat boleh jenguk2 resepi ni...hehehehe...

    Puding Castard

    Bahan
    4 sudu besar tepung castard
    3 mug air
    4 sudu besar gula

    Cara
    1) Bancuhkan tepung bersama air dan kacau hingga tepung betul2 larut.
    2) Masukkan gula dan kacau baru di masak hingga adunan likat.
    3) Kacau hingga adunan berkilat. Tutup api dan masukkan dalam acuan yang disuka.
    4)Tunggu hingga sejuk baru keluarkan dari acuan.

    Sagu Merah

    Bahan
    4 sudu besar sagu direndam sebentar
    21/2 mug air
    4 sudu besar gula
    1 helai daun pandan
    Sedikit pewarna merah

    Cara
    1) Masukkan air dalam periuk dan masak hingga mengelegak.
    2) Masukkan sagu dan kacau hingga agak likat atau jernih baru masukkan gula.
    3) Masukkan sedikit pewarna merah dan daun pandan. Jika likat sangat boleh tambah air sikit2.
    4) Kacau hingga sagu betul2 jernih. Angkat dan sejukkan.

    Air Koktail

    Bahan
    1 tin susu cair
    3 sudu gula
    3 mug air
    Nata De Coco  secukupnya

    1) Campurkan kesemuanya. Masukkan puding kastard dan sagu tadi. Masukkan ais dan sedia untuk dihidang.



    Jika cuaca agak panas...dan nak kan sesuatu membasahi tekak...apa tunggu lagi...jom lar try...hehehehe..


    Tuesday, 18 October 2011

    Siakap Steamed

    Yuuhuuu!!!!....agak2 ada tak tekak tu rasa-rasa macam nak makan ikan stim....kekadang tekak ni pandai benar nak memilih...asyik makan ikan goreng, masak gulai, masak sambal....tetiba nak pulak rasa makan ikan stim...kurang sikit kolestrol...sebab tak guna minyak....bila tiba time sakit tekak ke atau tak berapa sihat badan tu...amatlah sesuai buat ikan stim ni...


    Nak buat ikan masak stim ni..sesuainya ikan yang berisi lembut....paling sesuai ikan siakap..dek kerana isinya yang lembut bila dikukus...waduh!!!waduh!!! meleleh air liur ni dibuatnya....dengan kelembutan isi ikan yang segar, ditambah wangi bau serai dan halia, masam manis sos tiram dan asam jawa...perghhhh...bila dimakan panas bersama nasi putih....wallahhhhh!!!!berpeluh dibuatnya...hahahaha..lap air liur korang tu....huhuhu...



    Bagi sapa2 yang berminat nak mencuba...ni aku syer resepi ikan siakap stim aku....macam biasalah main campak2...hahaha...campak2 semua bahan....masuk periuk kukus...tunggu 20 minit...taadaaaa...siap dihidangkan...

    Bahan-bahannya:
    1 ekor ikan siakap
    5 tangkai daun sup dan daun bawang dihiris halus
    1 biji bawang merah dihiris
    2 ulas bawang putih dihiris
    1 inci halia dihiris halus
    1 batang serai dihiris halus
    1 biji cili merah/cili padi dihiris
    4 sudu besar sos tiram
    2 keping asam keping/1 sudu asam jawa Adabi
    1 batang carrot diparut memanjang
    Garam & Gula secukup rasa

    Cara membuatnya:
    1) Perasakan ikan dengan lumuran garam di keseluruhan ikan. Masukkan dalam bekas yang muat untuk periuk kukus.
    2) Masukkan semua bahan2 diatas. Jika perlu kuah masukkan sedikit air. Kukus kira-kira 20 minit dan hidangkan.




    SELAMAT MENCUBA!!!!

    Nasi Dagang yang tak berapa dagang..

    Hi uols...Alhamdulillah malam ni akhirnya dapat aku mengetuk papan kekunci komputer riba kesayanganku ini....dekat sebulan gak tersadai kat opismate gara2 repair sebab tak leh bukak....hari ni baru aku dapat...bestnyer...dah upload window 7...hehehe...rasa macam pakai laptop baru...huhuhu..



    Masa Raya Aidilfitri yang lalu...aku ada beraya ke rumah SIL aku Kak Jana...kalau sesapa nak jenguk blog dia...ni link dia janalovecake ...SIL aku hidangkan kami Nasi Dagang....actually aku ni bukan peminat nasi dagang pun...sebab rasa pulut tu membuatkan aku cepat muak...tapi bila aku rasa SIL aku masak...rasa sedap lak...dan kena dengan tekak aku....tapi time tu SIL aku gandingkan dengan Kari Ayam...bila aku tanya macam mana dia buat...rupanya SIL aku guna beras basmati jer...patut la aku rasa tak muak langsung compare kalau makan nasi dagang yang original....



    So semalam....memandangkan aku bercuti...tekak ni tetiba nak rasa nasi dagang...beras basmati dah lama aku beli...tapi aku beli brand Maharaja...kalau ikut SIL aku dia guna beras basmati FLORAL...time aku beli kat Giant Nilai hari tu tak jumpa pulak...mungkin sebab itu...nasi dagang aku tak berapa nak dagang...berasnya tak jadi panjang2 dan sebutir-sebutir....tak tau la kalau aku terletak air banyak....takpe2...lepas ni aku nak try lagi....aku tak berani nak bagi resepinyer exactly mengikut sukatan...takut jadi nasib yang sama gak...so kat sini aku bagi sekilas lalu cara2 buat nasi dagang yang tak berapa dagang ni....

    Bahan-bahannya :
    Beras Basmati
    Santan
    Daun Pandan
    Bawang Merah dihiris halus
    Halba
    Halia
    Garam

    Cara Membuatnya :
    1) Beras dibasuh dan direndam kira-kira 30 minit.
    2) Kemudian baru masukkan santan, daun pandan, bawang merah, halba, halia dan garam secukup rasa.
    3) Masukkan dalam periuk nasi elektrik dan tekan. Bila melegak kacau sedikit.



    Walaupun nasi ku tak berapa nak dagang...tapi hubby aku kata rasanya tetap sedap jugak..hehehe...mungkin jenis beras basmati yang aku beli ni sepatutnya tak perlu direndam dulu...sebab aku baca kat plastik bungkusannya...basuh dan masak seperti biasa...tak perlu rendam...tapi dek kerana SIL aku kata dia rendam dulu...akupun rendam la...tapi kerana jenis beras basmati aku brand lain...nasinya jadi lembut tak sebutir sebutir macam SIL aku buat....huhuhu...takpe pasni aku nak try tak perlu rendam pulak...untuk kari ikan tongkol tu...tak yah ler aku bagi resepi ekk...buat malu jer...resepi campak2...hahahaha...

    Plain Cheese Cake

    Assalammualaikum uols...
    Firstly minta maaf la bebanyak...jika ada yang tertunggu-tunggu menu baru...tapi ada ke yang tertunggu-tunggu ekkk....hehehe.....takpe2...perasan lebih sikit tak apakan???huhuhu...bukan apa dua minggu ni sibuk kemain....al maklum la...big event baru selesai...majlis konvokesyen...so sibuknya mengalahkan menteri...hehehe...ke sana ke mari nak settlekan persiapan...semua kena tip top...tu yang tak sempat nak update blog...sampai umah dah flat...huhuhu...



    So...kali ni aku syer ngan korang salah satu menu...yang sedap sangat dan mudah disediakan...janji ada la cream cheese kat rumah....hehehe...ni dia Plain Cheese Cake with Strawberry Filling.....kek ni resepi yang sama macam resepi cheese cake yang aku buat sebelum ni...cuma yang dulu aku buat dalam paper cup...kali ni aku buat satu loyang jer...ni resepinyer....


    Sumber : My Resepi
    Bahan-bahan ( 18 cm )
    • 250g cream cheese
    • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
    • 2 sudu besar jus lemon
    • 3 sudu besar tepung gandum
    • 2 biji telur
    • 90g gula

    Cara-cara

    1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
    2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
    3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
    4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
    5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.



    Sesiapa yang nak try resepi ni..jangan risau...memang confirm menjadinyer...cuma dalam resepi ni...aku ada derhaka sikit kat resepinyer...bukan apa...masa aku buat resepi ni tak ada la pulak fresh cream atau yogurt kat rumah...hehehe...so nak tau aku tukar dengan apa...aku tukar dengan 4 sudu susu cair dan 1 sudu oren sunquick....huhuhu...tapi jangan tak tau...rasa kek ni tetap sedap dan lembut sangat....korang tengok jer la tekstur kek tu..nyum..nyum...memang mervelous...lebih2 lagi bila sejuk...yang aku buat ni..tak sempat nak sejuk...dah licin...yelah buat 250g cheese jer...kalau buat 500g sure tebal sikit keknyer...



    Apalagi uols...jom lar try...tak nyesal punyer....Nyum..Nyum...


    Wednesday, 5 October 2011

    Kek Coklat Kukus Keju Koktel


    Assalammualaikum semua....moga semua berada di bawah lembayung rahmat Allah hendaknya...hari ni aku diuji dengan kesihatan yang tak berapa mengizinkan....InshaAllah moga-moga sihat sepenuhnya esok hendaknya....semalam aku terjah ke blog Izzah Muffin Lover...nampak cantik betul kejadian kek coklat kukus keju koktel...tetiba rasa macam teringin jer....tapi simpan jer hajat tu...sebab bahan2 nak buat banyak yang tak ada.....tetiba hari ni...bukak blog Kak Ita Masam Manis...Mak aiii....kak ita pulak dah buat kek tu...lagi cantik kejadiannya sebab ditingkatkan jadi dua lapis....so tanpa melengah masa...walaupun badan tak sihat...ku gagahi jua nak buat...sebab rasa sedap benor rupa paras keknyer itu....cara nak buat pun tak berapa susah....so godek2...Alhamdulillah jadi...cuma rasanya kek coklat aku agak padat sikit...sbb kalau tgk blog Izah...agak berongga keknya...tapi takpe...at least kita dah try teknik kek pakar masak kita ni...chef liza...sebab resepi asal dari kak liza....



    Untuk buat makan-makan sendiri dan bagi kengkawan rasa...bolehlah kut...hehehe...tapi lepas ni kalau buat lagi kek ni...aku nak buat resepi kek coklat biasa yang aku buat...cuma teknik topping cheese coctail kat atas tu...aku guna teknik ni...sbb aku mmg malas benor nak buat kek kukus ni...sbb selalu buat kek kukus mmg jadi padat...satu lagi.....sebab kena basuh pengukus...heheheh...malas sungguh diriku ini....huhuhu...




    Kepada yang berhajat nak buat...ni diperturunkan resepinyer.....

    KEK COKLAT KUKUS KEJU KOKTEL

    Bahan A
    2 cawan tepung gandum 
    1 cawan serbuk koko 
    1 s/k baking powder 
    1/2 s/k soda bikarbonat
    Semua bahan di atas di gaul rata dan di ayak

    Bahan B
    1 cawan susu pekat
    1 cawan butter cair
    1 cawan air panas
    2 cawan gula perang

    Bahan C
    4 biji telur 
    1 s/k esen vanilla
    Semua bahan di atas di satukan dan dikacau rata

    Gris loyang dgn butter dan lapik dasar loyang dengan baking paper.
    Panaskan kukusan
    Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk. 
    Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yg telah diayakkan. 
    Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
    Adunan ni tak payah pukul guna mixer,  guna senduk kayu atau spatula aje pun boleh.
    Kacau rata sahaja. Setelah adunan sebati.
    Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
    Bila dah masak biar kek betul2 sejuk. Bila kek dah sejuk kita sediakan pula krim keju

    Bahan krim keju
    250 gm keju cream philidephia
    1/2 cawan gula halus
    1/2 cawan air agar-agar *masak air dengan 1 sb serbuk agar2
    1 cawan yogurt perisa mangga
    1 tin buah2 koktel
    1/2 cawan air dalam buah2 koktel - ita tak letak

    Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut. 
    Masukkan yogurt dan pukul lagi.
    Campurkan  air dari buah2 koktail.
    Masukkan agar2 tadi.

    Kek yg telah sejuk tadi kita buang bahagian atasnya yg licin.
    Guna pisau yg nipis dan tajam.
    Letakkan lapisan kek di atas pinggan.
    Tuangkan krim yg dah bercampur buah atas kek dan  ratakan.
    Simpan dalam peti sejuk semalaman
    Potong dan hidangkan.


    SELAMAT MENCUBA :)