Followers

Wednesday, 25 January 2012

Plain Cheese Cake with Grape Topping


Assalamualaikum...firstly minta maaf buat pengunjung blog Jintan Manis yang menanti dengan setia resepi cheese cake ni.....semalam betul2 kebizian....tak sempat nak masukkan entry ni....kalau boleh memang nak terus update tapi mcm2 kengkangan yg ada terpaksa ditangguhkan....kepada peminat cheese cake yang nak rasa kenikmatan dan kepuasan cheese cake dengan resepi yang mudah boleh try resepi ni....tak tipu....memang sedap....hihihi...




Actually...aku dah pernah masukkan entry untuk resepi ni disini...tp time tu aku banyak derhaka kat resepi asal....so kejadiannya tak lah membanggakan sangat walaupun keaslian cheese tu masih terasa....tapi kali ni mmg aku rasa amat puas hati....kepada yang menanti resepi ni....jgn tak cuba.....wajib cuba....tak nyesal punyer...hehehe.....



Sumber : My Resepi
Bahan-bahan ( 18 cm )
  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt *aku guna whipping cream
  • 2 sudu besar jus lemon *aku guna oren sunquick jer 1sudu
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream. (*aku buat satu2...mula2 cheese dgn gula, pehtu telur dan lain2.) 
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus. (*aku x buat pun cenggini) 
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.(*yg ni setuju...makan sejuk mmg menangis...sedap..tp aku x tunggu semalaman pun...lambat sgt..hahaha) 
Topping

Ikut suka nak letak apa...blueberry filling boleh...strawberry filling boleh tapi aku guna dalam 3 sudu besar grape topping dicampur dengan 2 sudu besar whipping cream...so kombinasi masam anggur dan lemak whipping cream...mmg meletoppp....kebabom....hehehe....selamat mencuba...:)


Monday, 23 January 2012

Cucur Pisang Roti




Celik2 mata pagi tadi bangun tidur buka FB ternampak entry Kak Ita di FB...Cucur Pisang Roti....nampak menarik..ditambah tgh pening2 lalat nak cari idea apa nak buat bekpes...kebetulan pisang berangan baki buat kek semalam ada lagi....Terbaeekkkk...jom try...sedap..

CUCUR PISANG ROTI
sumber : Masam Manis

7 biji pisang emas ~ dilenyek
5 keping roti butterscotch ~ di dadu kecil
1/2 cawan tepung
1/2 sudu teh baking powder
secubit garam
1 sudu teh gula
Sedikit kismis ~ jika suka

Satukan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata
Panaskan minyak
Goreng cucur hingga masak





Kek Pisang Coklat Urai


Dah lama berhajat nak buat kek pisang...walaupun kek pisang murah jer kat Tesco ngan Giant...tapi jika menikmati kek hasil tangan sendiri...walaupun hanya kek pisang....Ya Allah memang nikmat...tak tipu...kek ni memang sedap...selain letak pisang yang dilecek ditambah dengan pisang yang dipotong dadu...memang sedap...gabungan gula perang dan susu segar...fuhhh....membangkit selera minum petang kami sekeluarga....





Resepi diambil dari blog Che Mat Gebu....sumber dari Kak Azlita Masam Manis...

Sumber : Masam Manis

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mentega atau marjerin (kalau guna marjerin rasa lain sikit)
200 gram tepung kek (mat guna tepung naik sendiri)*
1/4 camca teh soda bicarbonat*(*disatukan dan diayak)
100 gram gula perang (resipi asal 150 gram gula kastor)
3 biji telur
100 ml susu segar
100 gram pisang, dilecek halus
Beberapa titik esen pisang
50 gram coklat urai (chocolate rice)
1/3 cawan pisang yang didadu besar
1/4 cawan cincangan kacang gajus secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 8 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega, alas dadar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula perang hingga sebati, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan berkrim. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata.
  3. Masukkan pisang lecek dan esen pisang gaul dengan spatula. Tambah coklat urai dan pisang yang telah didadu tadi, gaul hingga semua rata. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan tabur dengan cincangan kasar kacang gajus.
  4. Bakar selama 40 - 50 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan untuk minum petang....


Puding Pavlova


Puding Pavlova....biar betul??? asyik pavlova jer...so kita tukar sikit citarasa....hehehe...asalnya aku ada terbaca iklan promosi kelas puding anjuran Citra Klasik...salah satu kelasnya....aneka jenis puding...so aku ternampak Puding Pavlova....aku tak tau lah apa bahan-bahan yang digunakan....nak tau gi kelas la kan?? hahaha...so aku belasahjer guna kreativiti sendiri....so inilah rupa hasilnya...


Ada yang berani nak try ker???kalau berani meh tengok apa aku buat dengan resepi ni...

Puding Pavlova

Bahan-bahannya:
1 keping base pavlova yang siap dibakar
1 cawan whipping cream
Aneka buah-buahan (aku guna rasberry, anggur dgn starwberry shj)
2 sudu besar serbuk agar2
Air anggaran dalam 2 cawan
Gula secukup rasa

Cara memasaknya:
1) Larutkan dahulu serbuk agar2 hingga mengelegak dan masukkan gula.Kacau rata dan bolehlah diangkat.
2) Dalam loyang masukkan base pavlova dan sapukan whipping cream.
3) Aturkan buah-buahan atas whipping cream.
4) Tuangkan perlahan air agar2 tadi. Base tadi akan terapung dan biarkan sahaja.
5) Tunggu sejuk dan bolehlah masukkan dalam peti ais. Jika ada serbuk jelly berperisa buah-buahan lagi sedap rasanya. Yang ni try and error so agar2 rasa plain sahaja. Selamat Mencuba. 


Kerabu Daun Selum


Bila time2 cuti panjang ni....tak berjalan kemana-mana...makanya mengadap dapur jer la....time ni lah...kalau ada tekak ni teringin nak makan apa2...boleh lah dimasak ikut selera tekak sendiri...kalau time kerja kadang makan kat kedai..ada jer rasa yang kurang...so ujung minggu baru ni...terasa nak makan kerabu...gi pasar cari la apa yang boleh dibuat kerabu...tetiba teringat Kerabu Daun Selum...so inilah rupa parasnya.....ayukan????...hihihi...



Sedapnyer kerabu ni kalau makan dengan ikan bakar cicah air asam...Perghhhh!!!baru ngem...tapi time tu tak ada la pulak daun pisang nak buat bakar ikan...so digandingkan sajer ikan goreng celup tepung.....layannnn... hihihi..

Kerabu Daun Selum

Bahan-bahannya:
1 cekak daun selum
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 biji bawang merah besar
1 inci belacan bakar
4 biji cili padi
10 ekor ikan bilis
1 biji limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1) Bersihkan daun selum dan toskan airnya. Air yang banyak pada daun mungkin akan menyebabkan  kerabu tak tahan lama kerana basi. Potong kecil2.
2) Tumbuk bawang, cili padi, belacan, ikan bilis, garam dan gula sekali.
3) Kemudian masukkan kelapa dan tumbuk sedikit dengan bahan2 tumbukan tadi.
4) Masukkan kesemua bahan yang ditumbuk tadi dan gaulkan dengan daun selum.
5) Perahkan limau kasturi dan gaul rata. Sedia utk dihidangkan. 



Masak Asam Batang Keladi


Assalamualaikum....lama rasanya x bersiaran...banyak siaran tertunda yang belum dimasukkan lagi...kesihatan pun tak berapa mengizinkan...asalnya sakit tekak jer...skang dah batuk hilang suara....moga ujian kecil dari Allah ini...dapat mengurangkan dosa-dosa kecilku yang ada...Ameen...




Tak berhajat nak berceloteh panjang....cuma nak syer dengan resepi masakan kampung ni.....Masam Asam Batang Keladi...dulu adik duduk sekali...selalu la masak ni...sebab peberet dia...sejak dia duk asing...lama dah tak masak....maleh nak mengerjakan batang keladi tu...hehehe...malas jer cik suzie ni....so ni dah masak balik maknanya dah rajin ler ni...hehehe...

Masak Asam Batang Keladi

Bahan-bahannya:

2 batang keladi dipotong pendek2 dan disiat kulit luarnya
6 ekor udang sederhana saiznya
1 biji bawang merah besar/3 biji bawang merah kecil
4 biji cili padi
1 biji cili merah
1 batang serai
3 pokok daun kesum
1 helai daun kunyit
3 keping asam keping
1 sk serbuk kunyit - jika ada kunyit lagi baik
1 inci belacan
1 cawan air
Garam dan gula secukupnya

Cara memasaknya:

1) Batang keladi yang telah siap disiat kulit luarnya direbus seketika utk mengeluarkan air gatalnya.
2) Setelah mengelegak diangkat dan ditoskan airnya. Jangan celur terlalu lama kerana nanti batang keladi terlalu lembik.
3) Bawang merah, cili padi, cili merah dan belacan ditumbuk lumat dan masukkan ke dalam periuk bersama batang keladi.
4) Masukkan udang, daun kesum, daun kunyit dan serai yang dititik.
5) Masukkan air dan rebus hingga mengelegak. Masukkan serbuk kunyit, garam dan gula secukup rasa.
6) Bila dah mengelegak dan sebati semuanya bolehlah ditutup api dan dihidangkan.


Friday, 20 January 2012

Mini Pavlova

Assalamualaikum semua...lamanya tak bersiaran....sibuk bebenor rasanya....sejak menceburkan diri ke alam Pavlova ni...makan pavlova, tidur pavlova, mandi pavlova....cuma kerja tetap kerja....kerja hakiki di pejabat tetap di utamakan...gitewww...inilah bakal pekerja cemerlang bulan ni....hahaha...tp boss tak nak calonkan pulak...dah lama ngidam sijil simpanan premium tu...hahaha...tak senonoh perangai...




Inilah first trial utk mini pavlova...Alhamdulillah cantik kejadiannya...basenyer lagi sedap dari base yg besar tu....sesapa maleh makan pavlova syer2...bolehlah menempah mini pavlova ni....




Harga utk mini pavlova without casing dgn casing berbeza...casing tu sesuai utk buat gift...manakala without casing tu...buat makan sendiri oklah...




Sunday, 15 January 2012

Double Layer Pavlova



Alhamdulillah rezeki dari Mu Ya Allah....minum petang hari ni dijamu dgn Double Layer Pavlova....sajer nak try buat dua lapis Pavlova ni...kemudian sedikit design tepi Pavlova aku letakkan whipping cream perisa orange....sedap3....(dgn intonasi Upin Ipin tau..) hahaha....




Kalau ada yang nak kepuasan based yang tebal...bolehlah order yang ni.....yg biasa tu mmg la agak nipis...berpadanan la dgn harganya....hihihi...kalau tebal gak...pengsan la tokey...hahaha...paling tak tahan harga buah2 import tu.....mahal norr....




Dah la harga boleh tahan...tak tahan lama lak tu....lebih2 lagi strawberry...so far  mmg guna starwberry import ...saiznya lebih besar...


So kepada semua customer dan bakal customer harap2 memahami....hihihi........ada satu yang aku rasa x boleh dijual beli...bila customer puas hati dengan air tangan suzie...dan kasi thumbs up....hehehe.....Thanks uols.....

Saturday, 14 January 2012

Pavlova Birthday


Semalam...Dina beria ajak pergi ke besday party classmate dia...satu kelas sorang satu dapat kad jemputan.....memandangkan best friend Dina...aku janji bawa dia....sebagai hadiah sebiji Pavlova Birthday dihadiahkan......kali ni full covered by whipping cream...amacam comei tak???huhuhu....




Kali ni susunan buah-buahan aku tukar style.....ok gak rasanya design ni...tapi biasalah kadang2 ikut idea....bila idea datang mencurah...bolehlah...bila idea tepu...macam taburan buah2an biasalah yer...tapi janji rasanya tak berubah...huhuhu....



Suzie's Pavlova Label



Yuhuuuu...Suzie's Pavlova dah ada label.....tapi jangan gelak yer tgk label ni.....ni label budak tadika....hahaha....sajer suke2 nak buat label lak....nampak macam cantik jer letak kat kotak...hihihi...



Ni gambar yang sempat dirakam sebelum ke opis pepagi buta hari tu....4 pavlo yang sempat di deliver....Alhamdulillah.....harap semua berpuas hati....



Sapa yang belum berPavlova...jangan tunggu lama2...Yukkkk....hihihi...


Mini Fruit Tart


Assalamualaikum....hari ni nak share satu lagi resepi yg mudah tetapi menarik...memang dah berhajat nak buat dari last week...actually nak buat cheese tart dulu tp tetiba tukar fruit tart buat dulu...gara2 dah tgk kecantikan tart Kak Ita Masam Manis...tapi jgn la compare buah2an tart aku ngan Kak Ita...aku guna buahan biasa lebihan buah2 pavlova...kalau tart Kak Ita dgn buah Resberry dan Blueberry nyer...Ushhh...meleleh air liur dibuatnya....hahaha...dah tgk buah2 tu kat Clodstorage Alamanda....satu pack rasberry almost RM27.00....belum blueberry lagi...untuk buah jer dah RM50.00...hahaha...tp sekali sekala apa salahnyakan....sebab tu la buah2 aku hanya strawberry, anggur dan kiwi sajer....tapi kalau ikutkan dah sesuai dah dgn saiz shell tart aku...sbb akunyer acuan mini punyer tart...ermmm..sekali masuk mulut...lenyap terus....huhuhu...




FRUIT TART
By : CMG Dapur Tanpa Sempadan
Source : Kak Ita Masam Manis

Bahan Tart
150 gram tepung halus atau tepung gandum
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

Bahan Kastard
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega
ita tambah secubit garam ~ sikit aje

Hiasan
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit coklat susu atau coklat masakan ~ dicairkan
Piping jelly ~ untuk mengilatkan buah
Croquant secukupnya (bertih jagung kisar) ~ yg ni ita  ganti gula icing

Penyediaan Tart

Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.

Penyediaan Kastard Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.

Hiasan
Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah kiwi. Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah strawberry dan kiwi tadi. Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart. Berhati2 tabur croquant disekeliling tart. Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah2an segar tadi. Boleh hidangkan. Sesuai untuk majlis formal atau santai. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.




Kepada yang berkeluarga besar...aku memang suggest buat sendiri Fruit Tart ni...bahan-bahan tak banyak...nak buat pun tak lah leceh sangat...cuma nak buat shell tu agak malas sikit kalau acuan sikit...kalau banyak tak perlu dua-tiga kali nak bakar....kalau beli agak mahal...so buat sendiri...memang puas hati...




Jom...apa lagi...mencuba Fruit Tart..sure anak2 suka....daaaa....





Thursday, 12 January 2012

Variety of Pavlova


Salam Jumaat buat semua pembaca blog Jintan Manis..semoga hari yang penuh barakah ini dilimpahi dengan penuh rasa syukur atas nikmat Allah...Alhamdulillah hari ni memenuhi tempahan 4 biji pavlova...tapi kali ni..aku try tukar whipped cream guna dairy whipped cream...tak tau apa komen pelanggan...suspen..risau...semua ada...memang nak menjanjikan yang terbaik buat pelanggan...sebab tu kita kena berani mencuba...for me.... personally memang lebih suka whipped cream dairy sebab lebih rasa lemak....tapi dari segi rupa agak kurang menarik..sebab whipped cream tu colour krim compare to whipped cream non-dairy colour putih bersih....apapun aku tunggu feedback pelanggan lepas diaorg makan nanti...anyway TQVM to Mazrah, Ana, Nusrah dan KC sebab sudi try Suzie's Pavlova...apa2 harap bagi feedback nanti....so hari ni aku nak syer dengan variaty of Pavlova....aku try google images dan ternyata...macam2 rupa pavlova ni....mungkin ada antaranya nanti aku nak try untuk kepelbagaian Suzie's Pavlova....nantikan kemunculannya....hehehee...



Pavlova bertingkat...agak2 ada tak yang nak beli...aku nak jual RM80....ada bran????hihihi..


 Pavlova Elegant...aku dapat dari goggle..maaf pada empunya pavlova ni...x pasti pulak dari blog mana...harga RM180...haaa..ambikkk...aku nak jual RM30 pun x sampai hati...aku ni banyak tak sampai hati...sbb tu susah nak jadi business woman...huhuhu...



Pavlova with filling...macam best gak...selain pelbagai buahan segar..disirami dengan aneka filling....orange ke...strawberry ke...blueberry ke...nyum2...


Pavlova Coklat....haaa...amacam...aku nak jual ni...agak2 ada buyer tak?...


Pavlova ni...aku suka tang deko buah-buahannya...cantik disusun....


Pavlova gulung....haaaaa...jenuh aku pikir macam mana nak buat gulung ni...hehehe...



Ni pun...gulung jugak...tapi penuh whipped cream kat dalamnya...sure sedap ni....blurppp...


Haa...yang ni senang...comel2 jer....agak2 berapa la aku nak jual besar ni....



Pavlova Strawberry...yang ni aku suka...so sweet....letak strawberry emulco sure sedap...nak try...nak try....



Yang ni lak...Pavlova guna acuan kut...sebab cantik jer tebingnyer tu....tapi macam rasa hilang keaslian pavlova....pavlova memang pecah2 dan kerepot2 sikit...baru feell...hehehe....


Yang ni pavlova macam yang gulung tadi...cuma tak berapa nak bulat rupanya...

So beri masa pada Suzie's Pavlova untuk mempelbagaikan bentuk dan rupanya...ada cadangan nak buat kecik2..so yang single nak makan sorang masih boleh beli...tapi kena letak minimum order la....boleh syer ngan kawan2....actually pavlova ni aku kira ianya adalah makanan mewah...sebab dengan whipped ceram dan buah-buahannya yang diimport....tu yang buat mahal..kalau setakat letak pisang jer...sure boleh jual murah lagi...hahaha...tapi aku nak syer dengan orang diluar sana...bahawa makanan mewah boleh juga dinikmati oleh orang kebanyakan..sebab tu aku jual pada harga yang mampu dibayar oleh orang biasa....so mana yang masih belum merasai kenikmatan pavlova...meh order....jgn malu jgn segan....daaaa...


Wednesday, 11 January 2012

Lamb Chop

Salam Semua...sekarang ni tengah panas di blog dan fb blogger2 otai masakan yang diaorang punyer gambar dah dicuri oleh sorang blogger...dah la ambik gambar orang pehtu gi edit gambar tu letak nama dia...kekonon nya dia buat la...mana la diaorg tak marah...so agak2 akunye pic dalam blog ni ada ke org berani nak ambik...gambar budak tadika jer...hehehe....so utk gambar kali ni sengaja aku bagi edit tak lawa...(mcm sebelum ni gambar edit lawa jer...hihihi) ni gambar menu dinner semalam....Lamb Chop....layannnn....




Lamb Chop

Bahan-bahannya:
2 keping potongan daging kambing/daging
2 biji bawang putih dicincang halus
1 biji bawang merah dicincang halus
1 sudu besar sos tiram
1 kiub daging
1 sudu besar tepung jagung
Lada hitam secukup rasa
Sedikit minyak utk menumis

Cara membuatnya:
1- Perasakan daging dengan bawang putih cincang, garam halus dan sedikit lada hitam. Perapkan seketika.
2- Sediakan kuah lada hitam dgn tumiskan hingga layu bawang merah dan putih.
3- Masukkan sos tiram dan kiub daging. Masukkan setengah cawan air.
4- Tunggu mengelegak masukkan lada hitam dan bancuhan tepung jagung dgn 2 sudu air.
5- Masak hingga kuah pekat dan tutup api.
6- Panaskan sedikit minyak dan grillkan daging tadi. Sambil masak cucuk2kan daging utk pastikan dalamnya masak. Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama kuah lada hitam tadi.



Simple Dish For Dinner




Alhamdulillah...selesai sudah dinner ngan anak2 dan en. hubby...simple dish for dinner tonight...balik opis...masuk dapur...cincang itu cincang ini...potong itu potong ini....tadaaaa.....jadilah dua dish yg simple  utk kami sekeluarga malam ni.....Bawal Sweet Sour dgn Sup Sayur Tauhu Jepun....dua2 dish mmg tak pedas utk selera anak2....utk en. hubby yg suka pedas pun tak kisah...janjii sodap....hehehe...(perasan macam la sedap sgt dia masak...hahaha)



 
Untuk yg nak tahu resepi sup sayur disini linknya....Sup Tauhu Jepun ....Untuk resepi Bawal Sweet Sour yang paling ringkas abad ni ada ke yang berminat????hahaha....ni resepi orang yg ada virus "M" ni...kalau ibu2 yang bekerjaya tak punya masa yang banyak nak tumbuk2 bawang...nak mesin2 cili.... adalah dialu-alukan guna resepi ni...hehehe...bukan mengajak jadi "M" tapi nak memudahkan...hihi...harap membantu...


 Simple Bawal Sweet Sour 

1 ekor ikan bawal sederhana besar
1 ulas bawang besar merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara-caranya:

1. Goreng ikan dengan garam kunyit hingga masak dan angkat.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih hingga layu keperangan. Jangan sampai hangus.
3. Masukkan sos dan kacau. Jika perlu masukkan sedikit air.
4. Masukkan garam dan gula dan amsak hingga pekat.
5. Masukkan ikan dan kacau sekejap dan angkat. Sedia utk dihidangkan...senangkan..hihihi..