Followers

Monday, 23 April 2012

One Doh With Three Style..




Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, di doakan agar kita semua sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah...masa menaip entry ni..mata pun dah agak2 layu...lagi layu sbb tak tau lagi apa masalah menyebabkan tak boleh copy and paste ni....sian kat saya sbb entry list dah menunggu 2-3 menu dah ni...huhuhu....InsyaAllah harap problem ni dpt diselesaikan segera..bukan apa bila tak dpt copy paste so terpaksa taip satu2 balik resepi yg kita copy....lenguh jari..hihihih..







So..Maaf la tak dapat nak menaip panjang..esok pun kerja...so buat pengunjung blog ni...jom layan doh donut ni yang saya pelbagaikan....dari adunan asal doh saya jadikan sausage bread dan mini pizza buat breakfast smlm...Ntah angin kus2 mana terlebih rajin lak nak buat pelbagai style ni....





Untuk sausage bread dan mini pizza saya bakar manakala donut goreng dgn minyak penuh sprt biasa...
Jom layan....




Ok.....Selamat Menjamu Mata.....:)





Saturday, 21 April 2012

Strawberry Sponge Cake with Cream Cheese Frosting



Assalamualaikum w.b.t buat semua pengunjung setia blog Jintan Manis ni...moga sentiasa ceria dengan kesihatan yang baik hendaknya....Masih tak dapat kenalpasti apa masalah blog ni...masih gagal nak buat copy and paste...so nak tak nak terpaksa taip balik resepi....nak buat link pun tak boleh sebab tak boleh copy and paste.....adeiii..apapun...bagi penggemar cup cake boleh try resepi ni...senang sgt nak buat dan tak banyak bahan...ekceli resepi asal utk kek tapi saya ubahsuai masukkan dalam paper cup....topping atas dapat dari wife boss....cream cheese frosting...enak banget....TQVM Mrs. Mary Ann atas perkongsian resepi topping ni...






Sumber : Dapur Tanpa Sempadan Mat Gebu
Resepi   : Sponge Cake

Bahan-bahannya :
160 g gula halus
15 g ovellete
5 biji telur gred B
125g tepung gandum
1 sdt baking powder *diayak
1 sdt esen vanila
40ml air
75g mentega cair *minyak pun boleh

Cara membuatnya:
1) Pukul ovellete dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan tepung yang diayak dan putar hingga bersatu.
2) Masukkan air dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat macam adunan bahulu.
3) Masukkan esen vanila dan putar rata. Tuang mentega cair dan kaup dgn spatula.
4) Tuang dalam loyang yang dilapik kertas minyak dan digris mentega.
5) Bakar selama 30 min dgn 180c. Selepas masak keluarkan segera dari oven utk elak kek mendap.




Sumber : Mary Ann
Resepi   : Lemon Cream Cheese Frosting

Bahan-bahannya :

30g butter (suhu bilik)
80g cream cheese
11/2 cawan gula icing
1 sudu teh lemon juice *ganti dgn strawberry flavour

Cara Membuatnya:

1)Ayak gula icing.
2) Putar semua bahan sehingga kembang dan lembut.


Capati




Assalammualaikum w.b.t, Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w....Ya Allah jauhkan aku dari perasaan ujub, riak mahupun takabur....Jadikanlah aku pada pandanganku kerdil dan jadikanlah aku pada pandangan orang lain besar....Segala yang baik itu hanya datang dariMu Ya Allah....Perkenanlah doaku agar ilmu yang aku kongsikan dalam blog ini dapat dimanfaatkan oleh seorang yang bernama ibu..dapat digunakan untuk menjamu keluarga dan anak-anak...dan anak-anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah....InsyaAllah Ameen...



 


Beberapa hari tertangguh entry masakan dalam blog ni...tak dapat nak share Sifat Allah yang ke lapan memandangkan tetiba tak boleh copy and paste pulak dalam blog ni....nak taip rasanya macam tak sempat....sebab masa mengejar untuk sediakan makan tengahari pulak ni....huhuhu...capati ni saya gandingkan dengan kari ayam...yum..yum...jom try buat...Alahai...tak tau apa masalah hari ni tak boleh copy...nak copy resepi pun tak boleh...nanti saya cari penyelesaiaan...dah ok nanti saya pastekan disini resepinya...


 

Monday, 16 April 2012

Kuew Tiau Goreng





Wahai Tuhanku, tunjukilah aku bersama mereka yang telah Engkau tunjukkan dan sihatkanlah aku bersama mereka yang telah Engkau sihatkan dan uruskanlah aku bersama orang yang telah Engkau uruskan dan berkatilah aku pada nikmat yang telah Engkau kurniakan dan hindarilah aku daripada sebarang kejahatan yang telah Engkau tetapkan, maka sesungguhnya Engkaulah penghukum dan tidaklah dihukumkan ke atas Engkau. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau telah muliakan dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau hinakan. Maka Berkat Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi.





Malam ni tiada entry yang menarik nak dikongsi..cuma kuew Tiau Goreng yang dimasak utk breakfast semalam...asalnya nampak tayangan kuew tiau goreng Zuraidah Hani kat FB...tup2... pastu tayangan keseksian kuew tiau goreng Che Sue pulak di FB...sudahnya kerana tak tahan godaan...saya pulak menggoreng kuew tiau pagi Ahad semalam utk breakfast....hihihi...Alhamdulillah.... lepas hajat....tak jadi meleleh keluar air liur ni....hehehehe...






Sunday, 15 April 2012

Apam Indon





Assalamualaikum w.b.t ...Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, Para Nabi, Sahabat-Sahabat Nabi, semua Muslimim dan Muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia....Ya Allah jauhkan aku daripada perasaan riak dan takabur.....Kau kekalkanlah ilmuku dan Kau tambahkanlah rahmatMu Ya Allah....Biarlah pada pandanganku kerdil....tapi pada pandangan orang lain besar....Ameen Ya Rabbal Alamin..

 




Alhamdulillah...catat rekod satu malam masuk 3 entry sekaligus.....sementara mood baik punyer...dan masa yang terluang...baik kita manfaat sebaiknya..hihihi...entry penutup hari ni...diperkenalkan Apam Indon...rata2 blogger otai masakan dah buat...so blogger amatur cam saya ni tak nak ketinggalan juga...hihihi..resepi2 sempoi cenggini beranilah cuba...bila dah bab satu resepi 2-3 teknik dan kaedah nak buat...saya mengaku kalah angkat tangan awal2....huhuhu...







 
Siapa berminat boleh ambil resepi ni dan cuba....

APAM INDON
By: Blackmore Forum Cari
Disumbangkan oleh : MamaFami
Rujukan : Cikpuan Mieza My Resepi

5 iji telur
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250 ml susu segar atau santan~ ita guna santan
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam
pewarna
Panaskan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
Sediakan loyang ukuran 9 inc
Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper

Ayakkan tepung bersama baking powder.
Campurkan garam ke dalam susu.
Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu.
Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.

Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
Ulangi kaedah yang sama untuk lapisan yang ke2 dan ke 3
Adunan yang terakhir hendaklah dikukus selama 30 ~ 40 minit atau sehingga apam masak sempurna



 


 

Laksam

 
 
 
Assalamualaikum w.b.t ...Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, Para Nabi, Sahabat-Sahabat Nabi, semua Muslimim dan Muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia....Ya Allah jauhkan aku daripada perasaan riak dan takabur.....Kau kekalkanlah ilmuku dan Kau tambahkanlah rahmatMu Ya Allah....Biarlah pada pandanganku kerdil....tapi pada pandangan orang lain besar....Ameen Ya Rabbal Alamin..








Alhamdulillah dengan izin Allah hari ni berkesempatan buat Laksam...Actually laksam ni bukanlah peberet saya mahupun ahli keluarga...tapi teringin sangat nak buat...nak pelbagai skill memasak...Alhamdulillah rasa yang tidak mengecewakan....nak buat kuahnya taklah susah...macam kita buat laksa Penang..cuma nak buat tepung tu...remeh sikit...Anyway sangat puas hati dgn percubaan pertama ini...resepi diambil dari My Resepi...cuma air tu elok buat 2 cawan jer...sbb masa first adunan masuk dalam pengukus guna dua cawan...jadi cantik tepungnya...kali kedua tambah lagi secawan adunan agak cair so tepung mudah patah bila nak digulungkannya....tak taulah pulak kenapa resepi ni guna 4 cawan air....tak taulah pulak jika saya yang silap mengadun...hehehe...apapun jom tgk resepinyer...








Sumber : My Resepi

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
  • >>bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula
  • >> Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan
  • garam
  • limau

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau.



               

Masalode a.k.a Vadai





Assalamualaikum w.b.t ...Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, Para Nabi, Sahabat-Sahabat Nabi, semua Muslimim dan Muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia....Ya Allah jauhkan aku daripada perasaan riak dan takabur.....Kau kekalkanlah ilmuku dan Kau tambahkanlah rahmatMu Ya Allah....Biarlah pada pandanganku kerdil....tapi pada pandangan orang lain besar....Ameen Ya Rabbal Alamin..




Sifat Allah yang ketujuh yang wajib kita ketahui ialah Qudrat. Qudrat bermaksud berkuasa. Sifat Allah ini bererti Allah berkuasa atas segala yang ada atau yang telah Ia ciptakan. Kekuasaan Allah sangat berbeza dengan kekuasaan manusia di dunia. Allah memiliki kuasa terhadap hidup dan mati segala makhluk. Kekuasaan Allah itu sungguh besar dan tidak terbatas, sedangkan kekuasaan manusia di dunia dapat hilang atas kuasa Allah swt.
Sesungguhnya ALLAH berkuasa atas segala sesuatu. “ (QS. Al-Baqarah: 20)




Jika ada yang tertanya..mengapa saya selitkan sifat2 Allah dalam blog ni...kerana saya dalam usaha utk belajar dan mengetahui satu demi satu sifat Allah....siapalah kita hambanya yang hina jika tidak mengenal Pencipta kita Allah Yang Maha Esa....InshaAllah.....lepas ni kita faham maksudnya satu persatu...Terima kasih tidak terhingga kepada blog CahyaIslam kerana ilmu yang diberikan dalam blognya...blog ni blog kepunyaan blogger Indonesian..Alhamdulillah Ilmu kita perolehi tanpa sempadan bangsa dan negara...semuanya dihujung jari kita...







Kali ni nak syer...satu resepi kuih yang menjadi kegemaran saya...tapi so far tak berjaya lagi buat sesedap macam original Vadai India yang jual kat pasar malam...huhuhu...tapi bagi memastikan kebersihan dan kehalalan kuih yang kita makan...baik kita buat sendiri..betul tak???hihihi...sesiapa yang nak mencuba saya copykan resepi dari CMG..kebetulan CMG baru buat kuih Vadai ni hari ni...saya buat petang semalam....sebab kalau saya nak bagi resepi saya ni tak tau pulak anggarannya...main campak2 jer ikut suka...huhuhu....


BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram kacang dhal, cuci dan rendam 4 jam
1 biji bawang besar, didadu
1 tangkai daun kari, dilurut, jika daun besar, hiris kecil2
1 camca besar udang kering, rendam 15 minit, dan toskan
1 batang serai, mayang halus
1 biji cili hijau, hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
1 camca teh penuh jintan manis
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan kacang dhal, kemudian kisar hingga hancur, mat guna food processor dan kisar tanpa air. Bila dhal hancur, masukkan udang kering dan serai hiris, kisar sekejap biar semua sebati. Alih ke dalam bekas.
  2. Masukkan bawang besar, jintan manis, hirisan cili merah dan hijau, daun kari dan tambah garam secukup rasa. Gaul rata dan biar sekejap.
  3. Ambil sehelai plastik bersih, letak kurang lebih 1 camca besar penuh adunan vadai, kepal sedikit dan leperkan, masa meleper tu jangan sampai nipis sangat, biar sederhana sahaja. Alih ke dalam loyang yang telah dialas plastik dan disapu sedikit minyak. Buat hingga siap.
  4. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng vadai tadi dalam 6 - 7 keping, bergantung pada saiz kuali anda. Berhati2 semasa memasukkan vadai ke dalam minyak panas. Goreng hingga keseluruhan vadai kuning keemasan. Angkat, tos dan boleh hidangkan...





Saturday, 14 April 2012

Homemade Ice Cream




Assalamualaikum w.b.t ...Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, Para Nabi, Sahabat-Sahabat Nabi, semua Muslimim dan Muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia....Ya Allah jauhkan aku daripada perasaan riak dan takabur.....Kau kekalkanlah ilmuku dan Kau tambahkanlah rahmatMu Ya Allah....Biarlah pada pandanganku kerdil....tapi pada pandangan orang lain besar....Ameen Ya Rabbal Alamin..





Alhamdulillah...dah lama berangan nak buat home made ice cream...sebelum ni pun pernah buat tapi resepi tu guna coffee mate kalau tak silap...banyak resepi yg di survey banyak bahan yg digunakan...ada yg guna fresh cream dan ada yg guna yogurt...daripada nak cari bahan2 tu...baik beli ice cream ready made jer ye tak??? hehehee....tapi kali ni aku dapat resepi ais krim yg sgt simple....mula2 mcm tak caya jugak...betul ke bahan2 tu boleh ajdi ais krim...tapi bila dah buat...walaweiii...mmg sedap...tak caya try buat...



 


Homemade Ice Cream

Bahan-bahan:

1/2 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
1 tin air suam
2sdb ovalet
Perasa Strawberry & Serbuk Koko

1- Pukul semua sehingga kembang dan pekat.
2- Bahagikan kepada beberapa bahagian, masukan pewarna @ perasa .
 3-Mixer hingga adunan menjadi pekat. Masukkan dalam bekas dan sejuk bekukan.



Ayam Panggang Istimewa





Assalamualaikum w.b.t ...Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, Para Nabi, Sahabat-Sahabat Nabi, semua Muslimim dan Muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia....Ya Allah jauhkan aku daripada perasaan riak dan takabur.....Kau kekalkanlah ilmuku dan Kau tambahkanlah rahmatMu Ya Allah....Biarlah pada pandanganku kerdil....tapi pada pandangan orang lain besar....Ameen Ya Rabbal Alamin..







Alhamdulillah...lunch tadi sempat jugak bakar ayam utk menu makan tengahari kami....masak ringkas hari ni...sbb balik dari lokasi event pun dah pukul 1.00tgh....terus ke dapur potong bahan2 mana yang patut...blander hingga halus...gaul pada ayam terus bakar...tak sempat nak perap lama2...tapi hasilnya tetap mantop...hehehe.,..makan dgn nasi panas bersama ulam dan sayur tauge tumis kicap.....huhuuu...layan...nak buat air asam pun tak sempat...buat sambal kicap jer..sebab mudah....hihihi..








 
Jika ada yang berminat resepi Ayam Panggang Istimewa ni...boleh tgk resepi ringkas ni....


Bahan-bahannya :


1/2 ekor ayam dibersihkan
1 labu bawang merah
1 inci halia
5-6 tangkai cili kering dipotong halus dan direndam air panas
2 tangkai serai dihiris
Garam, gula dan Serbuk kunyit secukupnya

Cara Membuatnya :

1) Kisar semua bahan dengan sedikit air. Kisar biar lama sikit sehingga semua bahan hancur.
2) Gaul garam, sedikit gula dan serbuk kunyit pada ayam dan perapkan dengan bahan2 kisar tadi dalam peti ais.
3) Setelah sejam diperap bolehlah bakar ayam hingga masak.



Selamat Mencuba

Pancake



Assalamualaikum w.b.t ...Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, Para Nabi, Sahabat-Sahabat Nabi, semua Muslimim dan Muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia....Ya Allah jauhkan aku daripada perasaan riak dan takabur.....Kau kekalkanlah ilmuku dan Kau tambahkanlah rahmatMu Ya Allah....Biarlah pada pandanganku kerdil....tapi pada pandangan orang lain besar....Ameen Ya Rabbal Alamin..



Sifat Allah yang keenam iaitu Wahdaniyyah bermaksud esa atau tunggal. Hal ini sesuai dengan kalimat syahadat, Asyhadu alaa ilaa ha illallah, Tiada Tuhan selain Allah.
Sekiranya ada di langit dan di bumi ilah-ilah selain ALLAH, tentulah keduanya itu sudah rusak binasa. Maka Maha Suci ALLAH yang mempunyai Arsy daripada apa yang mereka sifatkan. “ (QS. Al-Anbiya: 22)



 


Menu breakfast saya anak beranak pagi ni.....Pancake...seperti biasa ini memang peberet diaorang...apatah lagi bila digabung dengan coklat dan strawberry syrup Hersey's..ermmm...walaweiii...hihihi..





Tapi pagi yang indah tadi berubah bila terima panggilan telefon bagitau ada problem sikit event hari ni yang berlangsung di UNITEN...so after breakfast terus siap ke sana...bila everything nampak ok...baru ler balik...apa lagi balik prepare menu lunch la pulak...huhuhu...


Thursday, 12 April 2012

Pudding Triffles



Assalamualaikum w.b.t ...Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, Para Nabi, Sahabat-Sahabat Nabi, semua Muslimim dan Muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia....Ya Allah jauhkan aku daripada perasaan riak dan takabur.....Kau kekalkanlah ilmuku dan Kau tambahkanlah rahmatMu Ya Allah....Biarlah pada pandanganku kerdil....tapi pada pandangan orang lain besar....Ameen Ya Rabbal Alamin..


Sifat Allah selanjutnya yaitu Qiyamuhu binafsihi, yang ertinya Allah berdiri sendiri. Allah menciptakan alam semesta, membuat takdir, menghadirkan syurga dan neraka, dan lain sebagainya, tanpa bantuan makhluk apapun. Berbeza dengan manusia yang sangat lemah, pastinya memerlukankan antara satu sama lain.
ALLAH, tidak ada Ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya. “ (QS. Ali-Imran: 2)






Tetiba malam ni teringin lak nak makan Pudding Triffles...gigih ke dapur buat..kebetulan adik aku Piqah ada buat kek sponge pelangi...habis aku kerjakan semuanya jadikan Pudding Triffles....hehehe....kali aku kombinasikan bersama whipping cream...buah2an dan kek aku buat dua kali lapisan...ermmm.....cannot imaginekan rasanya...


Lapisan paling bawah kek sponge yang direnjiskan air sirap coctail....diletakkan whipping cream beserta buah2an....dilapiskan dengan kek lagi dan custard bersama buah2an coctail lagi.....barulah last di tuangkan jelly cristal perisa strawberry bersama buah2an coctail....ermmm...nyamannya tekak jika dinikmati ketika sejuk.....arghhhh...

Kali ni saje cipta kelainan letakkan dalam botol coklat nutella....kebetulan ada simpan dua biji...selalunya malas nak basuk aku buang jer...ermmm...nyesal pulak buang...biasalah skarang trend masukkan pudding dlm jar....pavlova in jar pun dah ada skang....makin kreatif org skang ni..




Resepi ni memula tau buat dulu...tengok resepi kak hanieliza....so dah banyak kali buat...main campak2 jer bahan2nyer...hihihi...bagi yang teringin mencuba...boleh tengok resepi Cik Mat Gebu....nak senang beli jer swiss roll yang dah siap tu....ok ni copy resepi dari CMG..


Sumber : Cik Mat Gebu- Dapur Tanpa Sempadan - mohon halalkan resepi ni yer..

BAHAN KEK SPONGE :-)
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :-)
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :-)
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.
  3. UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.


  1. UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..

Tuesday, 10 April 2012

Fancy Cookies


Assalamualaikum w.b.t  ...Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, Para Nabi, Sahabat-Sahabat Nabi, Para Anbia dan Syuhada, semua Muslimim dan Muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia....Ya Allah jauhkan aku daripada  perasaan riak dan takabur.....Kau kekalkanlah ilmuku dan Kau tambahkanlah rahmatMu Ya Allah....Biarlah pada pandanganku kerdil....tapi pada pandangan orang lain besar....

Sifat Allah yang keempat yang wajib kita ketahui ialah Mukhalafatu lil hawadits. Sifat Allah ini ertinya adalah Allah berbeza dengan ciptaanNya. Itulah keistimewaan dan Keagungan Allah swt.
Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. “ (QS. Asy-Syura: 11)




Actually..... dah lama betul teringin nak buat fancy cookies ni....acuan dah lama beli tapi tak buat2....so bila dah ada aura nak buat...tak boleh tunggu-tunggu lagi...terus buat...asalnya nampak fancy cookies dalam FB Naza...nampak interesting sangat...so balik kerja terus godek2 kat dapur buat....resepi mudah dan simple....kerja lagi mudah sebab anak dara rajin membantu utk mendeko....hihihi...




Bagi yang berminat boleh tengok resepi ni...diambil dari My Resepi......http://www.myresipi.com/tags/cookies