Followers

Friday, 29 June 2012

Masterchef & Me

Assalamualaikum w.b.t..... Salam Kasih Sayang buat semua pembaca blog ni....didoakan semoga berada di dalam  kandungan sihat walafiat dengan limpahan nikmat kesihatan, kasih sayang, rezeki dan ketenangan di hati...tak terhitung banyaknya nikmat Allah buat kita di muka bumi ini..tapi cukupkah balasan kita selaku hambaNya....terasa begitu kerdil diri ini.....


Sila abaikan abg cameraman yang menyelit tu...hihihi...


Sebenarnya dah lama pendam hajat di hati nak masukkan entry Masterchef ini...setelah fikir berulang kali akhirnya saya membuat keputusan untuk dimasukkan entry ini bagi tatapan mana-mana insan yang berhajat nak mencuba nasib untuk musim akan datang....Bila difikirkan kembali macam tak percaya pun ada...saya beranikan diri juga nekad nak pergi ke audition ni...dek menyahut cabaran anak teruna saya...gigihkan hati untuk mencuba....walaupun pening2 kepala jugak la nak memilih menu...huhuhu....tapi sebab  nak merasa macam mana pergi audition...diteruskan jua hasrat dihati...hehehe....


Sesi pendaftaran....peace yo....:-)


Masa sampai..tengok kawasan pendaftaran dah dibanjiri manusia....walau bagaimanapun masih bernasib baik kerana tergolong di dalam kategori awal juga....saya dalam batch kedua...setiap batch 40 orang peserta....itupun nasib baik saya dah isi borang siap2 so tak la pening kepala kat sana baru nak isi borang....borangnya mak aiii...panjang berjela..dah macam buat karangan...macam2 soalan ditanya...hihihi....Untuk second batch ni..kakak yang baju kuning tu yg pertama...second lelaki berbaju hitam tu dan ketiga adalah saya...sembang2 bertiga..masuk pulak...so apa lagi asyik buat lawak dan ketawa jer kerjanya sepanjang menunggu turn kitaorg....



Sesi kena buli...huhuhu...


Sebaik sajer batch pertama masuk ke bilik audition...kami second batch diminta duduk mengikut no giliran...seramai 40 org peserta duduk setempat..dan dihadapan kami....adalah 3 org seperti gambar di atas..kami ditemubual sorang2....dan ceritakan apa masakan yang kami bawa....ala2 buli budak audition...cenggini la...time ni tak leh nak serius sgt...buat relax dan asyik menyembang jer kitaorg bertiga....kakak first tu bawa asam pedas kuah lada ikan tongkol....che monz budak lelaki tu bawak ayam masak kuzi...sampai2 tumpah2 kuah kuzi che monz....Zainal Alam Kadir selaku penerbit mundar mandir jer la dia....huhuhu...Kakak baju oren tu siap nangis2 lagi masa introduce masakan yang dia bawa.....dia bawa Ikan Sembilang Masak Sambal....terharu sebab itu adalah masakan mak dia....masa mak dia ada tak de sapa yang nak menuntut resepi....bila dah mak dia dah tak ada...baru adik beradik menyesal...sebab rindu air tangan mak diaorg yang memang sedap masak sambal ikan sembilang....siap kameraman buat recording lagi you.....hihihi...



Debaran bermula...tangan menggeletar gile time ni..masa diberi 7 minit jer..


Lepas beramah mesra dan sesi temubual...masa yang ditunggu telah tiba...kami semua diminta masuk ke bilik audition....masing2 muka cuak giler.....saya yang asalnya cool pun boleh berdegup laju jantung ni...huhuhu...jumpalah Chef Jo, Chef Zubir dan Chef Amran.....saya sangkakan antara chef bertiga ni sure akan merasa masakan saya...tapi...tak bernasib baik rupanya...memandangkan satu row 10 org...first row kami diadili oleh sorang chef luar...ermmm....cam tak best jer....second row chef Amran, third row chef zubir dan fourth row chef Jo....satu persatu chef tu rasa dengan muka seriusnya...herghhh...kakak pertama tu lepas....che monz tak lepas sebab nasi mentah...ayam dia ok...dan ketiga..chef tu pun merasa  masakan saya..dan katanya..... MASIN.....Maaf yer....Waaaaaa...dengan itu segala hormatnya saya keluar membawa diri...citttt!!!! Awat tak habaq chef ada darah tinggi..kalau tak saya buat tawar jer...hahahaa....rasanya dari segi plating nak compare lain rasanya boleh menang...*perasan!!!*hehehee....sebab pengacara pompuan 8tv yg jadi moderator masa auditon siap datang ke meja saya dan cakap...wah!!!this is nice.....kui2...saya target paling tidak dapat masuk next step..iaitu ujian personaliti....tak masuk seterusnya pun tak pa....sebab suka2...ni first stage dah out....hahaha...apapun mmg tak menyesal datang audition..pengalaman berharga..hihihi....next year boleh cuba lagi kannnn.....hihihi...



No peserta yang tak bertuah....hihihi...




Monday, 25 June 2012

Sagu dan Santan Manisan




Hidangan ini amat sesuai utk hidangan minum petang.....ditambah dengan cuaca panas diluar bila pekena sagu dan santan ini amat menyenangkan...selalu memang buat kuih sagu dengan kelapa parut tu...tapi kali ni cipta kelainan makan dengan sos santan manisan....santan pekat dengan sedikit air, gula melaka, daun pandan dan sedikit garam dimasak seketika atas api....kacau selalu hingga mengelegak agar santan tak pecah....tutup api dan sejukkan....bila ada gandingan santan ni...pastikan kuih sagu yang dimasak jangan terlalu manis....kerana santan nanti dah manis...ok..selamat mencuba...


Seleksi Simple Dish For Lunch

Assalamualaikum w.b.t......moga semua berada di dalam keadaan sihat walafiat dan di bawah rahmat Allah hendaknya...kali ni rasa nak share idea utk sediakan lunch...simple dish tetapi InsyaAllah mampu membuka selera ....Set dish yang pertama ialah...jeng..jeng..jeng...





Sempoikan...hihihi...Masak Lemak Labu dgn Kobis, Ikan Talapia Goreng dan Sambal Sotong Kembang....bila ada masak lemak putih..gandingan mantapnya sudah tentu sambal...tak kira la sambal tumis ke atau sambal belacan. ...bila ada sambal barulah menyengat....kemudian sejenis lauk goreng tak kisah ikan goreng ke..ayam goreng ke....baru ngam....so jika ada yang ketandusan idea nak masak apa....boleh try gandingan menu ni....hehehehe....






Idea hidangan lunch kedua pula ala2 kampung.....Masak Asam Batang Keladi dengan udang, Ikan Keli Goreng Garing, Ulam-ulaman dan sambal belacan...ringkaskan??? hihihi...tapi dalam keringkasan tu ada signifikannya....dah macam nama blog Prof. Kamil pulak...huhuhu....Antara barisan ulam-ulaman tu...iaitu kacang panjang, timun dan tenggek burung....ulam tenggek burung la yg menjadi pilihan utama....dulu tak tau juga spesis apa daun tu...tapi sebab suka mencuba aneka ulam kat di kedai2 makan time lunch hour...maka dah jadi tau....daun ulam tenggek burung memang sedap...lemak2, rangup2, berangin2 pun ada rasanya....mmg terbaik bila dapat makan dengan sambal belacan....Kepada ibu2 yang agak2 pening2 lalat nak pikir masak apa utk lunch...mungkin boleh ambil idea tak seberapa dari seleksi simple dish for lunch ni.....ok.....babai....:-)

Friday, 22 June 2012

Salmon Grill with White Sauce bersama Nasi Goreng Cili Padi



Assalamualaikum w.b.t dalam Salam Sejahtera...tak berniat nak berceloteh panjang....penat sikit malam ni..tapi ada niat nak masukkan entry ni..huhuhu...balik kerja tadi ingat nak singgah pasar malam...tak payah nak masak cadangnya...tapi bila pikir balik...jemu juga menupasar malam..tak tau nak beli apa...alih2..balik rumah..solat Asar..terus ke dapur...dan inilah hasilnya.....

Nasi Goreng Cili Padi
Bahan-bahannya:
5 cawan nasi
5 biji cili padi
1 biji bawang
2 biji bawang putih
6 ekor udang buang kulit dipotong dadu
1 inci belacan bakar
3 batang kacang panjang
1/2 batang lobak merah
Segenggam ikan bilis
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
1) Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan dan ikan bilis.
2) Tumis bahan yang ditumbuk hingga garing, masukkan udang, kacang panjang dan lobak merah.
3) Masukkan nasi dan kacau hingga rata. Masukkan garam secukup rasa.


Ikan Salmon Grilldan Sos Putih

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 keping ikan salmon (ikan lain pun boleh, tak payah besar sgt, i beli terlalu besar)
  • 1 sudu besar minyak zaitun (saya pakai butter)
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam 
  • Bahan-bahan untuk sos
  • 2 sudu besar majerin atau mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh saya guna mixed herb)
  • 1 cawan susu segar
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam

Cara-cara

  1. Sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
  2. Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak.
  3. Letak 1/2 nasi di dlm pinggan kemudian letak ikan ke atas nya. Tuangkan sedikit sos kat atas ikan dan di sekeliling nasi.
  4. Bahan2 lain ikut citarasa masing-masing, yg pentingnya adalah sos putih.

Monday, 18 June 2012

Kek Kurma Meletops..





Semalam baru meraikan Hari Bapa...tak ada special plan untuk celebrated...hanya buatkan sebiji Kek Kurma..kebetulan kurma yang dibeli masa menunaikan umrah hari tu masih banyak berbaki....tak ada la bajet meletops pun hasil kek ni...tapi tak disangka2...kek ni memang sedap...rasa tak muak...dan bila diletakkan topping whipping cream coklat mmg menjadi...gabungan itulah yang memberikan hasil yang meletops....tu yang buat namakan Kek Kurma Meletops..hehehehe...





KEK KURMA

Bahan-bahannya :
1 cawan kurma
1 cawan gula
4 biji telur
2 cawan tepung gandum
3/4 minyak masak
1 sudu kecil bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara Membuatnya:
1- Putar telur dengan gula hingga kembang.
2- Masukkan tepung gandum yang telah diayak, esen vanila dan soda bikarbonat.
3- Akhir sekali masukkan minyak dan kaup balikkan adunan.
4- Bakar dengan suhu 150c selama 50 minit.







Salmon Grill White White Sauce

Assalamualaikum w.b.t...Didoakan semoga kita semua sentiasa sihat hendaknya...moga dengan rahmat Allah itu..kita mudah untuk beribadat kepadaNya....Kepada pengunjung blog yang tertunggu-tunggu entry baru..mohon maaf dipinta...kerana lately ini..emosi tuan rumah tidak berapa stabil...walaupun banyak menu tertunggak yang ingin dikongsi....






Salah satu yang ingin saya kongsi adalah resepi ni...Salmon Grill with White Sauce....sebenarnya ini antara pilihan menu yang saya ingin calonkan semasa menghadiri Audition Masterchef...tetapi sbb pepagi buta dah nak prepare saya cancelkan menu ini dan gantikan dnegan menu tradisional...menu ini saya perolehi daripada My Resepi..tertarik nak mencuba bila tengok testimoni ramai dah mencuba dan memberi pujian tentang keenakkannya....kepada yang berminat berikut adalah resepinya...



Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 keping ikan salmon (ikan lain pun boleh, tak payah besar sgt, i beli terlalu besar)
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam
  • *1 cawan mashed potatoes atau nasi putih (I guna nasi jepun, tanpa cuka) >> bagi yg suka mkn nasi, masak lah lebih sikit. 
            
  • Bahan-bahan untuk sos
  • 2 sudu besar majerin atau mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
  • 1 cawan susu segar
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam

Cara-cara

  1. Sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
  2. Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak.
  3. Letak 1/2 nasi di dlm pinggan kemudian letak ikan ke atas nya. Tuangkan sedikit sos kat atas ikan dan di sekeliling nasi.
  4. Bahan2 lain ikut citarasa masing-masing, yg pentingnya adalah sos putih.


Saturday, 16 June 2012

Cekodok Pisang Mulat2

Assalammualaikum w.b.t...moga kita semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah hendaknya...Moga kita terus diberi kekuatan fizikal,emosi dan spritual dalam mengharungi apa jua dugaan dan rintangan...InsyaAllah Ameen. Sebenarnya saya dalam perjalanan ke kampung ni...boring pulak rasanya dalam kereta ni....selepas baca tafsir Al-Quran tadi teringat pulak janji yang akan uploadkan resepi cekodok pisang...Maaf yer lambat masuk entry...sibuk melayan rutin harian dan emosi yang kurang stabil kerana terpaksa berpindah department...sayangnya saya dengan pekerjaan saya dulu hanya Allah yang tahu...tak pernah tergambar di fikiran akan keluar dari ofis....tak mengapa...akan terus berpegang pada kata-kata.....yang kita suka tidak semestinya baik untuk kita...sesungguhnya Allah telah mengatur yang terbaik buat kita....InsyaAllah...





Alahai...syahdu sangat la pulak entry kali ini....opss...sorry...ok...we back to the point...resepi cekodok pisang...saya dah pernah masuk entry ni sebenarnya...saya ada buat perbandingan antara cekodok origional dan moden....dan kali ni...saya share lagi cara membuat cekodok moden....


CEKODOK PISANG
LEMBUT DI DALAM RANGUP DILUAR

Bahan-bahannya
3 biji pisang berangan/emas/kapas
3 senduk tepung gandum atau secukupnya
1 sudu teh garam
4 sudu besar gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 cawan air

Cara Membuatnya
1) Potongkan pisang kecil2 dan masukkan ke dalam blender.
2) Masukkan bersama garam dan gula. Blend hingga halus.
3) Masukkan pisang yang diblend tadi dalam mangkuk.
4) Masukkan tepung dengan soda bikarbonat dengan air dan kaup balikkan.
5) Sila pastikan adunan tepung tidak cair kerana soda adalah agen penaik dan pelembut. Jika cair menyebabkan cekodok makan minyak. Jika adunan agak lembik tambahkan tepung. Pastikan adunan boleh dijemput dengan jari.
6) Goreng dengan minyak penuh dan toskan bila sedikit kehitaman.