Followers

Tuesday, 14 August 2012

Choc Chip Cookies







 

Inilah rupanya sejenis lagi biskut raya yang saya mampu buat...Chocolate Chips Cookies...resepi pun mudah...sebab tu berani buat...tahun lepas pun saya buat...cuma resepi agak berbeza...yang ini tak guna oats...cuma saya rasa akan dtg saya buat nak kurangkan sikit serbuk koko...saya rasa too rich koko dia...so ada rasa cam pahit2 sikit...ikut resepi asal 3/4 cup may be akan datang buat dalam 1/2 cup sahaja....


 







Resepi ni saya ambil dari blog makcik sedara saya...Fiza Nordin....macam tak caya jumpa mak sedara kat blog....in realiti tak pernah bercakap pun...terserempak pernah rasanya kat rumah Opah...husbandnya sepupu kepada mak.....ayah husband Fiza ni dulu saya panggil Tok We....masa kecik selalu ikut mak sedara beraya ke rumah Tok We...seronok sangat...tapi bila dah besar dah tak ada lagi beraya ke sana....Tok We pun dah lama meninggal...kalau mak tak bawa memang kita tak kenal sedara....sebab itu kita sebagai mak ayah....berperanan penting bawa anak-anak kenal sedara mara....jika tak sedara sendiri kita tak kenal....







Kepada yang berminat saya sharekan resepinya disini...nak buat berniaga pun boleh...satu adunan dapat banyak...untung lor....buat pun senang..cuma saya tambah sikit chocolate chips pacak2 tu kat biskut...bagi lagi menariks...hehehe....


Sumber : Fiza Nordin

Bahan-bahan :

230g mentega
110g gula perang
150g gula halus
1 sk esen vanila
2 biji telur
280g tepung naik sendiri
3/4 cwn serbuk koko
1 sk soda bikarbonat
1/2 st garam
1/2 cwn coklat cip
1 cwn almond nip (boleh juga tukarkan dengan kekacang lain)

Cara-caranya :

1) Panaskan oven 160 c - bergantung pada kapasiti oven masing2
2) Dalam mangkuk, satukan mentega, gula perang dan gula halus. Pukul 3 bahan hingga jadi putih - kembang & sebati.
3) Pecahkan telur dan masukkan dlm adunan sebiji demi sebiji. Pukul lagi hingga betul2 sebati.
4) Dalam 1 mangkuk lain, campurkan bahan2 kering - tepung, soda bikarbonat, serbuk koko, badam, garam, coklat cip dan almond nip. Masukkan dalam adunan yg dipukul tadi.
5) Alas loyang dengan kertas minyak. Sudukan adunan atas loyang. Jarakkan antara adunan sbb nnt dia akan mengembang masa proses membakar.
6) Tepek coklat cip atas adunan secara rawak.
7) Bakar 15 - 20 minit hingga perang atau hingga masak.


Monday, 13 August 2012

Biskut Oreo








Alhamdulillah..rasa macam tak percaya.... Ahad lalu...dengan izin Allah saya berjaya membuat biskut raya hasil tangan sendiri....hajat di hati memang nak buat...tapi kesihatan kadang tak mengizinkan...memang terasa-rasa saya memang tak mampu nak buat biskut raya walaupun sebutir.....tak macam tahun lalu dapat juga buat 3-4 jenis....Bagi nak memuaskan hati sendiri saya gagahi juga buat...dapatlah dua jenis sekali buat....biskut yang mudah jer...janji anak-anak suka...sebab based chocolate....







Biskut Oreo ni saya dah pernah buat tahun lepas...anak-anak suka so tahun ni saya gagahi buat juga....bahan mudah dan cara buat pun simple...boleh try tengok resepinya disini...


BISKUT OREO BLACK BEAUTYby: Citarasawan
Sumber : Masam Manis

Bahan A
280 gm mentega
200 gm gula castor

Bahan B
250 gm tepung gandum-saya ganti dgn tepung red rose
50 gm serbuk koko
30 gm tepung jagung
20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
1/2 sudu teh baking powder

Hiasan
Putih telur - saya tak letak
Biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
Coklat masakan putih cairkan
Croquant - saya tak letak

Pukul bahan A hingga kembang
Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
Tekan atas tray hingga habis.
Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
Paip kan dengan coklat putih.

Cara Kak Ita dan saya
Doh yang telah siap ita gentel bulat2 bentukkan seperti guli angaran berat 6 - 8 gm.
Kemudian ita golek2kan atas oreo hancur tu.
Susun dalam paper cup dan bakar.
Selepas tu boleh lah melorek atasnya. - Kali ni tak lorek tabur gula warna warni jer..


Sayur Campur Sos Tiram






Hari ni selain Kari Sardin, saya buat Sotong Goreng Tepung lagi...huhuhu...memandangkan entry tu baru jer updated...tak ada la nak ulang tayang menu yang samakan....ni saya nak share.....resepi ringkas...selalu buat sup sayur campur..tapi memandangkan dah ada kuah kari takkan nak masak berkuah lagi....so sayur campur ni saya buat goreng kering...jom kita tengok resepi....





 
Bahan-bahannya :


1 biji bawang merah dihiris
1 biji bawang putih dihiris
1 biji cili merah dihiris menyerong
4-5 ekor udang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung campur dgn sedikit air
Sayur-sayuran ikut suka (carot, putik jagung, bunga kobis, sawi etc.)
Air dan garam secukup rasa


Cara Memasaknya :

1) Tumis bawang hingga kekuningan dan masukkan udang.
2) Masukkan sayuran yang agak keras, kacau dan masukkan sos tiram.
3) Masukkan air tepung jagung. Kacau rata dan masukkan sayur lembut.
4) Perasakan dengan garam. Kacau rata dan bolehlah diangkat.

Kari Sardin








Assalamualaikum w.b.t....maaf hari ni tak bercita-cita nak berceloteh panjang....mata dah mula layu selepas selesai tarawikh tadi....hari ni berbuka saya masak Kari Sardin...actually dah selalu buat kari sardin tetapi not proper kari...saya just tumis bawang dengan letak sedikit serbuk kari utk menghilangkan hanyir sardin dalam tin...tetapi kali ni...saya buat proper kari sardin...dengan penggunaan santan, asam jawa, bendi dan tomato...exactly macam masak kari biasa...cuma menggunakan sardin dalam tin dan sosnya sekali....kalau dulu masak lemak sardin terangkat...kali ini kari sardin juga tak kurang hebatnya...kalau buat roti puri ni...memang gandingan yang mantop....








Bahan-bahannya:

1 biji bawang merah dihiris nipis
1-2 biji bawang putih dihiris memanjang
1 inci halia dihiris nipis memanjang
1 tin sardin sederhana
4-5 batang bendi
1 biji tomato
200ml santan
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil pati asam jawa Adabi
Air dan garam secukupnya


Cara memasaknya :

1) Tumis bawang dan halia hingga kekuningan.
2) Masukkan serbuk kari dan terus masukkan sedikit air.
3) Tumis hingga naik bau. Masukkan santan dan air ikut kepekatan yang dikehendaki.
4) Timba kuah agak tak pecah santan. Masukkan bendi dan sardin dalam tin.
5) Masukkan pati asma jawa dan perasakan dengan gula.
6) Tunggu hingga mengelegak dan sedia dihidangkan.







Friday, 10 August 2012

Masak Lemak Udang







Errmmmm...Masak Lemak Udang...kawankan dengan kacang panjang boleh..dengan nenas muda boleh...dengan tomato pun boleh...ada pulak ulam-ulaman dan sambal belacan..ayam atau ikan goreng....ermmm...cukup sifat sebagai juadah masakan melayu.....








Masak Lemak Udang
 
Bahan-bahannya:
10 ekor udang yang telah dibersihkan
200ml santan kotak
3 batang kacang panjang
4 biji cili padi
1 labu bawang merah
1 helai daun kunyit
1 batang serai diketuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping
Garam & Gula secukup rasa

Cara memasak:
1) Tumbuk bawang dan cili hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk.
2) Masukkan santan, daun kunyit, serai dan sedikit serbuk kunyit.
3) Rebus hingga mengelegak, masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa.
4) Masukkan udang dan masak hingga mengelegak. Sedia utk diangkat dan dihidangkan.









Sup Soun & Fucuk







Ini dia...sup paling simple...simple dan mudah sangat nak buat...tapi ingat jangan pandang rendah pada sup yang simple ni...kerana pada sup yg simple ini kadangkala ianya jadi pembangkit selera....teringat pula saya pada satu telemovie yang saya tonton bulan puasa ni...lupa pulak apa judulnya....ianya mengisahkan dua rakan baik...seorang kaya raya dan seorang jadi pemandu sahaja kepada kawannya yang kaya....tetapi kawannya yang kaya telah diuji dengan ditarik selera makan...macam2 juadah yang sedap dijamu still tak lalu makan hingga berat badannya turun mendadak....satu hari dia pergi menjenguk ke rumah kawannya yang susah tu...dia tengok mereka sekeluarga berselera makan atas tikar buruk dengan hanya berlaukkan telur goreng....







Nak tau apa apa yang berlaku selepas tu...diapun minta kawannya tunaikan hajat dia....hajatnya dia nak pinjam tikar buruk dan minta isteri kawannya masak exactly macam yg dia makan malam tu....kawannya malu...takkan nak masakkan telur goreng jer....dia kata takpe...dia betul2 nak makan apa jer menu yg dia makan malam tu...akhirnya kawannya tunaikan hajatnya....dirumah banglonya diletakkan tikar buruk...dia bersila dan menikmati sesungguhnya juadah tu...MashaAllah....sebuah telemovie yang tersirat pengajaran buat kita...cerita simple tapi jika kita lihat pengajarannya...sungguh besar maknanya.....bersyukurlah kita diberi nikmat selera....







Bahan-bahannya:

1 paket soun dan fucuk direndam hingga lembut
1 biji kentang dipotong kecil
1 biji tauhu putih *optional kebetulan ada saya letakkan jer
1/2 paket fish ball * jika tak ada letak ikan bilis jer
1/2 kiub stok ayam
1 biji bawang merah dihiris
1 biji bawang putih dihiris
Air, garam dan gula secukupnya


Cara memasaknya:

1) Rebus air dalam 3 cawan hingga mengelegak.
2) Masukkan bawang yg dihiris tadi.
3) Masukkan kentang dan semua bahan2 tadi.
4) Masukkan stok ayam dan perasakan dengan garam dan gula. Sedap juga jika ada daun kunyit.





Sambal Udang








Ushhh...updated entry pepagi ni mencabar jugak rupanya....sebab tu jangan ngada2 buka blog masakan awal2...kerana ianya bisa mengecurkan air liur anda...termasuklah tuan punya badan yang mengupdated blog ni....tengok udang tergolek2 dalam sambal tu...menyebabkan perut terus menyanyi...mungkin tindakan refleks...hihihi....









Selalunya bila masak sambal ni...tak kira la sambal udang, sambal sotong atau sambal ikan...yg sedapnya ia bergabung dengan sesuatu yg agak simple bagi menaikkan rasa sambal tu....sama ada dengan sup sayur atau masak lemak...kalau bergandingan dgn kari rasanya kurang menyerlah....so sambal udang ni saya gandingkan dengan sup paling mudah nak sediakan....nanti saya sharekan menunya....agak2 tengok kat gambar atas tu boleh teka dah kannn...hihi...








Sambal Udang

Bahan-bahannya :
1 biji bawang besar
1-2 ulas bawang putih
1 inci belacan bakar
1 sudu besar asam jawa Adabi
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar cili kisar
10 ekor udang dibersihkan dan dikelar tengahnya
Garam, gula dan air secukupnya

Cara Membuatnya:
1) Tumbuk bawang merah, bawang putih dan belacan hingga lumat.
2) Panaskan minyak dan tumis bawang tadi.
3) Masukkan cili kisar tumis hingga naik minyak.
4) Masukkan garam, gula dan asam jawa. Masukkan air secukupnya.
5) Masukkan sos cili dan renehkan. Akhir sekali baru masukkan udang masak hingga kuah pekat.




Buah Melaka









Assalamualaikum w.b.t.....maaflah ini entry tertunda...tak sempat masuk hari tu...bila free ni...saya masukkan lah mana2 entry yang belum sempat diupdate....hari tu teringin sangat nak makan Buah Melaka....nak beli setakat ni tak jumpa...lagipun risau sebab ada kelapa parut.... takut beli di Param dah basi...yg lebih afdal ialah buat sendiri...puas hati...bersih, suci dari hati...giteww...









Paling nikmat makan buah melaka ni...bila kita gigit...meletup air gula melaka tu...tups!! Arghhh...sedapnya.....wangi pandan pada tepung pulut, manis pada gula melaka dan masin2 si kelapa parut...nikmat sungguh dinikmati ketika berbuka.....








Bahan-bahannya:

Sukatan ini adalah anggaran :

3 cawan tepung pulut
3 helai daun pandan diblend ambil airnya
1 ketul gula melaka diracik dadu
1/2 biji kelapa parut putih
Sedikit pewarna hijau jika suka
Air, dan garam secukupnya


Cara membuatnya :

1) Air daun pandan ditapis dan dikacau dengan sedikit garam.
2) Masukkan air dalam tepung dan uli hingga sebati dan lembut.
3) Jika hendak warna menarik bolehlah diletakkan sedikit pewarna hijau.
4) Kepalkan bulat2 kecil, nipiskan dan masukkan dadu gula melaka tadi.
5) Buat hingga selesai dan panaskan air.
6) Bila air mengelegak rebus buah melaka hingga ia terapung.
7) Bila terapung bolehlah diangkat dan diletakkan dalam tapis utk toskan air rebusan.
8) Golek-golekkan atas kelapa parut yang diletakkan sedikit garam.





Sotong Goreng Tepung






Kuah Asam Pedas dah ada, sayur paprik dah ada....apa pulak juadah lauk pauknya...walaupun asam pedas dah ada lauk ikan...walapun sayur paprik dah ada lauk daging...tetap nak lauk goreng2...hihihi.....ok inilah juadah lauk pauk yang bergandingan dengan Asam Pedas dan Sayur Paprik buat juadah berbuka semalam.....Sotong Goreng Tepung.....Amacam agak2 menggoda tak????







Setakat Sotong Goreng Tepung takkan nak bagi resepi jugakkan?? hehehe...sonang main campak2 jer...tapi disebalik sonang tu...saya nak berkongsi tips macam mana nak buat sotong goreng yang sedap...pernah masa mula2 buat sotong goreng...sotong goreng saya tepungnya tak rangup...sotongnya tak sedap...tapi dek kerana tiada istilah gagal sekali memasak bukan bermakna gagal nak masak lagi...hahahaha...saya tau apa do and don't membuat sotong goreng tepung......







Berikut adalah tips Sotong Goreng Tepung dari saya...moga anda dapat manfaatnya....


1) Bersihkan sotong dengan sebersih-bersihnya. Buang semua isi perut dan kulit purple yang ada. 
    Kulit purple tu yang akan menghanyirkan bau sotong.

2) Untuk kepala sotong elok belah tengah. Buang kepala yang keras dan dua biji matanya. Ini akan
     membuatnya anda mudah nak makan dan air dari mata sotong tak mencacatkan sotong goreng
     anda.

3) Apabila sotong telah siap dibersihkan, sila toskan airnya hingga kering. Jika boleh jangan ada
    unsur air di sotong. ianya hanya akan membantutkan kegaringan sotong goreng anda.

4) Kocok sebiji telur dengan sedikit garam dan celup sotong dalam telur tersebut. Dalam pinggan lain
    kita taburkan tepung goreng serbaguna/tepung goreng ayam. Golekkan sotong tadi hinga
    keseluruhannya bersalut tepung dan kering bukan basah tau.

5) Untuk menggoreng sotong juga sila pastikan minyak betul2 panas baru dimasukkan sotong tadi.
    Jika minyak belum panas anda dah masukkan sotong...alamat tak rangup la sotong anda.

6) Jika anda menggemari sotong goreng yang isisnya lembut, cukuplah dengan menggoreng apabila
    tepung sudah garing terus diangkat. Tetapi jika anda suka isi sotong yang agak liat atau sedikit
    keras gorenglah lama sedikit.






Paprik Daging






Dah ada Asam Pedas....pikir la pulak apa sayurnya...setakat kacang Bendi dan Tomato spesis sayur yang ada dalam Asam pedas anak-anak tak makan la pulak...ok...mama decide masak paprik la...nak masak paprik seafood...sayang pulak baki daging yang ada kat rumah ni....so saya decide buat paprik daging...walaupun selalunya saya cuba elak makanan lauk darat dan air sekaligus...kali ni saya tewas...tak apalah pikir daging tu tak banyak pun...sekadar buat perencah....hihihi....




Bahan-bahannya:

Hirisan daging (selainnya boleh gantikan dgn udang, sotong, ayam)
Hirisan carrot
Kobis bunga
Kacang Panjang
Putik Jagung
1 batang serai
3-4 helai daun limau purut dikoyakkan
1 bawang merah dihiris halus
1 bawang putih dihiris halus
1 inci halia dihiris halus
2-3 cili padi dihiris/cili merah
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar soso cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos plum *optional x ada pun takpe
Air, garam dan gula secukup rasa

Cara Memasaknya:

1) Tumis hirisan bawang, halia dan cili hingga naik bau.
2) Masukkan serai yang dititik dan cili mesin.
3) Masukkan daging kacau rata. Masukkan sos cili, tiram, plum dan daun limau purut.
4) Masukkan sedikit air dan tunggu hingga mengelegak sedikit baru masukkan sayur-sayuran..
5) Masukkan sayuran yg keras dahulu dah agak lembut baru masukkan kacang/tomato.
6) Jika kuah banyak boleh masukkan sedikit air tepung jagung utk memekatkan kuah.
    *kalau saya suka buat kuah sedikit so tak perlu letak air tepung jagung.

 









Asam Pedas Ikan Kembung




Assalamualaikum w.b.t, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda dan para sahabat....Alhamdulillah...syukur kita masih diberi peluang untuk menikmati nikmat 22 Ramadhan 1433...moga malam-malam 10 hari terakhir Ramadhan ini.... kita sentiasa sulami dengan amal ibadah dan satu malam di antaranya kita ketemu Malam Lailatulqadar....InsyaAllah...Ameen....




Sebelum ini dua tiga kali ke Pasar Ramadhan...saya lihat ada satu gerai menjual Asam Pedas Melaka...memandangkan dah terbeli makanan lain...keteringinan tersebut ditangguhkan....tetapi lepas tu pergi..nak beli....asyik tutup jer pulak gerai akak tu...geram punya pasal hajat nak makan asam pedas tak kesampaian...hari ni saya masak sendiri asam pedas....huhuhu...puas hati...walaupun tak sama dengan asam pedas melaka yang kuahnya jauh lagi pekat dan merah...tapi ianya cukup menghilangan keteringinan saya utk menikmati asam pedas...hehehehe.... ini asam pedas versi saya yang diajar oleh mak saya..my sifu...hihihi....




Bahan-bahannya:

1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 inci belacan bakar
1 inci halia
*kesemua bahan ini ditumbuk halus

4 sudu besar cili kering mesin
2 sudu besar asam jawa Adabi dgn 3 mug air
5 batang bendi
1 biji tomato dipotong baji
4 tangkai daun kesum
1 batang serai
3 ekor ikan kembung atau ikan lain yang bersesuaian
Garam, gula secukup rasa

Cara Memasaknya:

1) Tumis bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan cili mesin.
2) Tumis hingga naik minyak masukkan serai yang dititik.
3) Kacau rata dan masukkan air asam jawa. Tunggu hingga mengelegak.
4) Bila dah mengelegak bolehlah masukkan ikan dan bendi dan perasakan dengan garam dan gula.
5) Bila kuah dah mengelegak sekali lagi barulah masukkan tomato, kacau dan tutup api.

Tuesday, 7 August 2012

Cucur Roti





Inilah antara hasil dari lebihan roti buat Aiskrim Goreng semalam.....jangan dibuang macam tu jer...membazir....dibuat cucur roti sangatlah nikmat..cucur ni memang sedap...lembut jer...cicah dengan Sos Thai...Pergh...tak sedar sepinggan habis sekelip mata...huhuhu....







 
Bahan-bahan:
  • 14 keping roti - koyak2kan menjadi kepingan kecil
  • 80gm isi ayam - dipotong dadu kecil-saya tak letak
  • 80gm udang - dicincang/dihiris
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair-saya tak letak
  • 3 biji telur - dipukul sedikit
  • 1 labu bawang besar - dipotong dadu
  • 2 biji cili merah - dihiris halus
  • 50gm jagung dalam tin - saya tak letak
  • sedikit daun sup/bawang - dihiris
  • 2 sudu teh serbuk lada sulah -saya tak letak
  • garam secukup rasa
  • 8-10 sudu besar tepung jagung
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara:-
  1. masukkan roti tadi ke dalam mangkuk adunan
  2. tuangkan air dan susu dan biarkan sebentar sehingga air/susu meresap ke dalam roti
  3. masukkan telur, isi ayam, udang, cili merah, bawang, jagung dan daun sup/bawang, gaulkan sebati
  4. akhir sekali masukkan serbuk lada sulah, garam secukupnya dan tepung jagung,gaulkan rata
  5. jika adunan cair bolehlah ditambahkan lagi roti atau tepung jagung (adunan janganlah terlalu cair atau terlalu keras)
  6. panaskan minyak dan gorengkan adunan seperti menggoreng jemput2

Aiskrim Goreng



Ini antara projek semalam yang dibuat....time cuti mcm2 projek nak buat...kekadang diri sendiri yang penat...tapi takpe puas hati...semalam pagi lagi saya dah mula buat aiskrim goreng...sebab nak kena dibekukan dahulu...sempatlah masa berbuka nak makan....dulu punyalah taajub masa mula2 makan aiskrim goreng....macam manalah nak buatnya....jenuh pikir mcm mana goreng aiskrim tak cair ni...tapi bila dah tau..alahai senangnyer nak buat....kui2...malu pulak bila pikirkan masa tak tau dulu...





 
Amacam...menyelerakan tak? lama sangat possing ambik gambar..sampai nak cair isi dalamnya....tak kisah la yer...janji ianya memang sedap..saya buat 16 keping roti so dapatlah 8 biji aiskrim goreng.....kali ni saya nak share resepi tak payah menaip....melalui gambar sahaja...tentu korang paham dan boleh buat sambil senyum senang hati...hihihi...inilah cara membuatnya....




 
Antara  tips yang korang kena tau utk buat aiskrim goreng ni berdasarkan pengalaman saya buat :

1) Semasa meletakkan lapisan atas roti make sure anda kembungkan siap2 roti diatas.
    Ini mengelakkan roti itu meregang bila anda tekapkan acuan cawan nanti.

2) Setelah menekapkan dengan cawan plastik, anda tekan sekali lagi tepian roti utk make sure betul2
    tertutup. Jangan bagi aiskrim ada di bahagian tepi jika tidak roti tidak melekat.

3) Sila pastikan minyak betul2 panas sebelum menggoreng aiskrim roti ni. Goreng dalam masa 2
    saat sahaja. Nampak kekuningan sikit terus angkat.

4) Bekukan dahulu aiskrim ni ditempat beku hingga betul2 beku baru sedia digoreng. Selamat  
    mencuba. Nanti bagitau hasilnya...:)


 


Monday, 6 August 2012

Stew Ayam








Assalamualaikum w.b.t, Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, keluarga baginda, muslimin dan muslimat.....Alhamdulillah hari ni diizinkan lagi oleh Allah untuk saya berkongsi satu lagi resepi...walaupun mata ala2 layu..lebih2 lagi bila mengenangkan esok bermula hari bekerja....nikmat yang tak terhingga bila bercuti 3 hari minggu ini...bila mengenangkan esok perlu kembali bekerja...aduyaiiii....lemah longlai rasanya...huhuhu...








Hari ni iftar kami sekeluarga saya buat stew ayam....jenuh pikir nak buat apa la ayam utk berbuka ni...nak buat sup rasa macam tak berselera pulak...so ini adik beradik sup jugak...cuma kuahnya agak pekat.....dan siap pakej sayur sekali....kanak2 sure suka....







Bahan Utama :

1/2 ayam dipotong kecil dibuang kulit dan lemak
1 labu bawang merah dihiris nipis
1 inci halia dihiris halus
2 biji bwg putih dihiris halus
4 sudu besar sos tiram

Sayuran :

Lobak Merah
Kentang
Bunga Kobis
Tomato dipotong baji dibuang biji
Daun bawang 


Air, Serbuk lada hitam, garam secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung dicampur sedikit air


Cara memasaknya :

1) Tumis bawang hingga naik bau.
2) Masuk ayam dan kacau hingga ayam separuh masak.
3) Masukkan sos tiram dan sayur keras sprt lobak dan kentang.
4) Masukkan 1 cawan air dan renehkan stew. Masukkan air tepung jagung.
5) Masukkan sayuran lain kecuali daun bawang. masukkan serbuk lada hitam dan garam secukupnya.
6) Masukkan tomato dan daun bawang. Kacau dan tutup api.





 


Sunday, 5 August 2012

Bihun Goreng Singapura






Ini adalah menu sampingan berbuka petang tadi...dah lama bercadang nak buat...tapi asyik tertangguh dan tak sempat...Alhamdulillah hari ni berkesempatan menyediakannya...asalnya nak buat perencah udang...teringat pulak adik sorang dalam pantang karang tak boleh pulak dia makan...so saya gantikan dengan rencah daging, sosej  dan sedikit fish ball...







Agak-agak kalau malas nak masak...tapi teringin nak makan bihun goreng...bolehlah try bihun goreng style saya ni...main hiris2 jer...campak2...goreng...kacau...goreng...kacau....tadaaa...siap...hihihi.....







BIHUN GORENG SINGAPORE

Bahan-bahannya:

1/2 paket bihun direndam hingga lembut
1 biji bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
1 biji cili masak dihiris
1/2 batang carrot di potong memanjang
3/4 Kobis dihiris halus
Sedikit daging dihiris kecil
Sosej dan Fish Ball
4 tangkai daunsup dihiris nipis
Garam, Lada hitam secukupnya

Cara Memasaknya:

1) Tumis bawang dan cili yang dihiris hingga naik bau.
2) Masukkan daging, sosej dan fishball.
3) Masukkan sayur, kacau hingga layu baru masukkan bihun.
4) Kacau rata jika perlu masukkan sedikit air.
5) Masukkan garam secukup rasa dan serbuk lada hitam.
6) Kacau rata hingga bihun lembut dan akhir sekali baru masukkan daun sup.





Ketam Goreng Cili Berempah






Alhamdulillah....hari ni berkesempatan berbuka dengan adik beradik...walaupun tak lengkap...cukup buat kami yang berada di perantauan ni...huhuhu.....kami bertiga beradik bersama adik ipar berbuka bersama...kebetulan nak masak ketam hari ni...so bolehlah saya anggap sebagai salah satu menu istimewa buat kami hari ni....selain ketam....saya sediakan Kari Udang, Ikan Cencaru Sumbat Sambal (peberet saya ni....), Ikan Tenggiri Black Pepper (Untuk adik yg dalam pantang), Bihun Goreng Singapore, Buah Melaka....disamping menu yang di bawa adik-adik...Agar-Agar Oren Nata De Coco, Roti John Special, Air Cendul, Air Cincau dan ABC.....Syukur Ya Allah atas nikmat rezeki dari Mu ini....sesungguhnya kami amat bersyukur atas nikmatMu....Berkatilah rezeki kami ini.....Ameenn...






Asalnya saya beli ketam ni nak buat Sup Ketam....tapi tetiba bertukar fikiran....nak buat Ketam Goreng Bercili....tapi dalam masa yang sama....teringin juga nak buat Ketam Goreng Berempah....sudahnya saya combinekan kedua-duanya...maka jadilah Ketam Goreng Cili Berempah...olahan saya...hihihi...nak try ini resepinya....

KETAM GORENG CILI BEREMPAH

Bahan-bahannya:
3 ekor ketam dibersihkan
1 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
*semua bahan ini diperasakan pada ketam dan diperap seketika

1 labu bawang merah
1 biji bawang putih
1 inci halia
*semua ini dicincang halus

1 sudu cili kisar
2 sudu sos cili
1 sudu rempah kari ikan
2 tangkai daun kari
1 biji telur
Garam, Gula secukup rasa


Cara Memasaknya:

1) Goreng ketam seketika dengan minyak panas. Bila masak angkat dan toskan.
2) Kurangkan sedikit minyak dan tinggalkan untuk menumis.
3) Tumis bahan yang dicincang tadi hingga naik bau.
4) Masukkan cili kisar, sos cili dan daun kari. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5) Pecahkan telur, kacau rata dan masukkan ketam yg telah digoreng tadi.
6) Kacau hingga kering dan tutup api. Sedia untuk mengetam. hihi...





Saturday, 4 August 2012

Cucur Udang Kuah Kacang






Nak buat kuih yg gempak2...tak sempat semalam...yang sempat buat kuih yang tak berapa gempak ni jer...huhuhu....cucur udang boleh jugak jadi kuih yang gempak...bila digoreng dalam senduk dan diseksikan dengan seekor udang ditengah-tengahnya....tapi cucur udangku ini...hanyalah dijemput-jemput....hihihi...nak cepat punya pasal.....tapi yang pasti  rasanya tetap sama.....hihihi...






Dah siap goreng...potong dua.....kita sirami dgn kuah kacang...perghhh...enak dong....tapi jangan la ingat saya begitu efisyen di dapur...sempat buat kuah kacang pelbagai.....hihihi...kuah kacang tu...saya beli kuah pecal ready made jer....tambahkan air panas dengan sedikit gula...tadaaaa...dah siap....






Cucur Udang

Sumber : Fiza Nordin

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum
3 sb tepung beras - saya tak letak
1/2 sudu makan baking powder
15 ekor udang kertas sederhana besar
4 batang daun kucai - potong pendek-pendek
1 genggam taugeh
1 labu bawang besar - cincang
1 biji telur -saya tak letak
sedikit serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk pati ayam knorr
1 1/2cawan air - agak2, tgk kepekatan dan kecairan tepung
minyak


Cara:

1. Dalam mangkuk, gaul kesemua bahan di atas kecuali udang dan minyak.
2. Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng terendam.
3. Panaskan senduk besi bertangkai di dalam kuali.
4. Bila senduk dah panas, sudukan adunan tepung dan letak seekor udang di atasnya.
5. Rendam semula senduk besi bersama adunan tadi dalam kuali. Goyang-goyang sikit supaya
    adunan tertanggal daripada senduk atau boleh guna penyepit utk tanggalkan cucur udang dr
    senduk. Balik-balikkan cucur udang supaya masak sekata. Angkat dan toskan.

Udang Garing Daun Kesum




Semalam godek2 dapur Dayang..ternampak menu Udang Garing Daun Kesum......meleleh air liur tengok keseksian udang Dayang...resepi dari dapur kak Ummi...diambil dari majalah Saji oleh Chef Kamarul...terus ke blog Kak Ummi....tengok la pulak keseksian udang Kak Ummi...perghhhh...lagi la terliur dibuatnya....so terus decide... ok...Nasi Lemak Sambal Sotong akan digandingkan dengan Udang Garing Daun Kesum...tapi maaf saya dah tersilap tulis Udang Goreng Daun Kesum masa edit gambar...huhuhu...harap dimaafkan yer....hihihi....







Jika ada yang bertanya...sedap ke resepi udang ni....serius saya memang jawab...sedapppppp sangatttttt....aishhh...masih teringat2 kegaringan udang dengan ramuan yang diperap dan keharuman daun kesum dan kari yang digoreng bersama...anak-anak makan seekor sorang...sebab malas nak kopek...mama dia makan...berekor-ekor....serius korang cubalah resepi ni...sedap....tak nyesal punya...kebetulan beli udang saiz XL....memang nikmat yang tak terhingga....







Udang Garing Daun Kesum

Resepi: Chef Kamarul @ Majalah Saji
Dicuba rasa : Ummi @ Home Sweet Home dan dayang@dapurkusayang


Bahan:-
  • 500 gm udang (sederhana besar)
  • Minyak masak untuk menggoreng

Bahan Perap:-
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1/2 sudu kecil lada hitam kisar
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam

Bahan Cincang:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 1 tangkai besar daun kesum
  • 1 tangkai kecil daun selasih (*akak xda ni)
  • 1 tangkai kecil daun kari
  • 1 tangkai cili merah
Cara Memasak:-
  1. Kelar bahagian belakang udang dan bersihkannya.
  2. Gaul udang bersama bahan perapan. (*akak perap 20 minit).
  3. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga benar-benar garing. Angkat dan toskan.
  4. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga agak garing.
  5. Masukkan pula cili merah dan diikuti daun kesum dan daun selasih. Sentiasa kacau supaya tidak hangus.
  6. Masukkan semula udang tadi dan gaul rata sebentar. Tutup api dan hidangkan.