Followers

Tuesday, 23 October 2012

Durian Crepe Versi 1

Assalamualaikum w.b.t, Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad, ahli keluarga Baginda, para sahabat, semua muslimin dan muslimat....Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan menghirup udara di muka bumi pinjaman Allah ni....Moga Allah memberkati perjalanan hidup kita ini hingga bertemunya di akhirat nanti....


Actually...ini adalah entry tertunda...dek gara-gara Durian Crepe yang famous amos ketika ini.... sana sini org perkatakan tentang keenakkannya...so sebagai peminat tegar durian..takkanlah nak biarkan begitu sahaja tanpa merasainya....so last sunday...walaupun saya tak bertemu durian...Allah izinkan saya merasainya...jiranku yang baik hati Umi Syuhairah telah memberikan sebekas durian frozen...sesungguhnya tiada had keterbatasanMu Ya Allah...jika Allah izinkan itu memang rezeki kamu...maka berhak kamu memperolehinya...


 

Resepi ini saya ambil dari Blog kesayangan....Masam Manis...selain resepinya mudah...caranya juga mudah....masuk blender jer....boleh terus meng'crepe'...hihihi...but for me....adunan tu agak pekat...so crepe akan agak tebal...saya cairkan sedikit adunan crepe ini....memandangkan durian yang ada pun cukup2 nak rasa....bukan nak kenyang yer...saya buatkan setengah adunan seperti bertanda *...hihihi....


Resepi seperti berikut :

Sumber: Masam Manis

DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE
 
By : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Hesti

250 gm tepung gandum *125 g tepung
3 biji telur * 1 biji telur dan 1 biji kuning telur shj
500 ml santan * 200 ml santan kotak (1 kotak) + 60ml air biasa (saya extrakan 10ml)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau

Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis

Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali
Kemudian kecilkan api
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan tak perlu di balikkan
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
Buat sehingga habis
Biarkan sejuk.

Durian Filling
By: Nia Kurniasih
Rujukan : Hesti

1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit


Saturday, 20 October 2012

Mille Crepe With Vanilla Cream Custard


 
 
 
Assalamualikum w.b.t.....Syulkur Alhamdulillah...dengan izin Allah saya berjaya membuat satu lagi resepi yang diidamkan...hehehe...sekali terpandang hasil tangan Kak Ita di Blog Masam Manisnya....terus terpaut hati....tengok bahan tak banyak...tengok hasil hebat... so dengan rasa penuh kesabaran dan ketekunan...gigihlah buat crepe...lapis demi lapis....dan hasilnya...dua hari penat sakit badan...hahahaa....berbaloi la dengan hasilnya....kerja tak sesusah mana tapi agak remeh dan kena sabar banyak........semalam buat hari ni masih terasa sakit2 badan.....huhuhu....dengan melayan karenah anak-anak...memang kena sabar banyak....





 
 
 
 
Sesiapa yang berhajat nak buat...lapangkan dada...tinggikan kesabaran......teruskan ketekunan....InshaAllah pasti menjadi......disini saya kopipes resepi dari blog Masam Manis....
 
 
Sumber : Masam Manis
Resepi   : Mille Creepe With Vanilla Cream Custard
 
CREPE
By : Elaine's

140gm tepung kek ~ Self Raising Flour
20 gm tepung jagung
80 gm gula caster
500 ml susu segar / susu cair
30 gm butter ~ dicairkan
4 biji kuning telur
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

1) Dalam satu bekas satukan tepung kek , tepung jagung dan garam kemudian diayak.
2) Masukkan 1/2 daripada susu kedalam adunan tepung dan gaul rata sehingga ia licin dan tak berketul-ketul.
3) Dalam bekas berasingan, satukan kuning telur, gula dan baki 1/2 susu tadi. Kacau rata hingga sebati.
4) Tuangkan adunan kuning telur ke dalam adunan tepung dan gaul rata hingga menjadi adunan yang licin,
5) Tambahkan butter yang telah di cairkan dan esen vanilla. Kacau adunan hingga rata.Kemudian tapis. Tutup bekasnya dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 30 minit.
6) Sediakan kuali leper yang tak melekat. Panaskan kuali dengan api besar hingga kuali benar-benar panas. Perlahankan api dan oleskan sedikit minyak pada kuali. Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadar. Biarkan hingga permukaannya kering dan lapisan bawahnya kuning keemasan. Tak perlu di balikkan. Terus angkat.

*Letakkan atas pinggan dan terus tutup dengan plastik. Setiap lapisan 1 helai plastik
Ini bertujuan untuk memgekalkan kelembapan dan mengelakkan crepe kita kering
Ulang proses yang sama hingga habis semua adunan
* Dadar adunan senipis yang boleh.
 
 

Kek Span dan Crepe yang telah siap sebelum dilapiskan dengan cream custard


 
 
 
 
Untuk resepi kek span...saya guna resepi ini...kerana ianya lebih mudah dan ringkas...jika nak ikut resepi Kak Ita...boleh klik link kat atas tadi....
 
Kek Span
 
Bahan-bahan:
3 biji Telur
2 biji Kuning telur
100gm Gula kastor
100gm Tepung gandum
1 sudu besar Ovalette
1 sudu besar Susu tepung
50gm Mentega cair *saya guna minyak jer
 
Cara-cara penyediaan:
1. Pukul kesemua bahan-bahan kecuali mentega cair sehingga gebu dan pekat dengan kelajuan tinggi.
2. Perlahankan putaran dan masukkan mentega cair. Kacau rata.
3. Masukkan separuh adunan sahaja dalam loyang utk based crepe ni.
4. Lebihnya bolehlah masuk dalam paper cup buat makan2. Kek ni sedap makan macam tu jer tanpa topping.
 
 
 

 
 
VANILLA CREAM CUSTARD
By: Cookpad
Rujukan : Dailyclickclick

200 ml whipping cream
450 ml susu segar / susu cair
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
85 gm gula castor
4 biji kuning telur
2 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam
1) Masukkan susu segar atau susu cair ke dalam periuk dan masak atas dapur hingga susu didih.
2) Angkat dari dapur dan masukkan tepung dan tepung jagung.Dengan segera kacau hingga ia menjadi adunan yang licin.
3) Kemudian tambahkan gula dan terus kacau hingga gula larut.
4) Kemudian tambahkan kuning telur dan esen vanilla, kacau rata.
Letakan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan kacau hingga ia meletup-letup.
5) Angkat dari api dan tambahkan butter, secubit garam dan esen vanilla. Kacau hingga ia menjadi adunan yang licin. Kalau adunan tak licin dan berketul, tapis untuk mendapatkan hasil cream yang licin.
6) Dalam mangkuk pemutar, putarkan whipping cream hingga kental ~ bertanduk
Tuangkan adunan whipping cream ke dalam castard dan kaup balik adunan hingga sebati.

 



 



Tuesday, 16 October 2012

Nasi Goreng Sardin

 
 
 
 
Assalamualaikum w.b.t...Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat dan semua muslimin muslimat....moga kita tergolong dikalangan hamba Allah  yang mendapat syafaat Rasulullah s.a.w di akhirat kelak...
 
 
Alhamdulillah....baru selesai menikmati dinner....waktu drive balik kerja tadi...kepala dah ligat memikir apa la nak masak for dinner nanti...cadang nak singgah pasar malam...tapi dah lewat...tak dapat nak singgah..tetiba rasa teringin nak makan nasi goreng..terus decide nak buat nasi goreng....hihihi...dan pilihan kali ni ialah Nasi Goreng Sardin....
 
 
 
 

 
 
 
Nasi Goreng Sardin
 
Bahan-bahannya:
1 biji bawang merah dihiris
2 biji bawang putih dihiris
2 cawan nasi dimasak agak kering
2 ekor ikan sardin dalam tin
2 sudu besar cili kisar
1 biji telur
1 cawan mix vege
Sedikit kicap dan garam secukup rasa
 
Cara membuatnya:
1) Tumis bawang hingga kekuningan dan masukkan cili mesin.
2) Masak cili hingga garing kemudian masukkan ikan sardin.
3) Kacau rata sambil hancurkan ikan.
4) Kemudian pecahkan telur. Kacau hingga telur agak kering baru masukkan mix vege.
5) Masukkan nasi, kacau rata, tambah sedikit kicap utk warna menarik.
6) Akhir sekali perasakan dengan garam secukup rasa.
 
 
 


Sunday, 14 October 2012

Homemade Burger Bakar

Double version



Sana sini bercerita tentang Burger Bakar....bila tengok gambar terliur buatnya...saya betul2 merasa burger bakar sekali kat Soho Bangi...rasa memang sedap..dan boleh tahan harganya...terpendam dihati..nak try buat sendiri....dan akhirnya impian jadi kenyataan...wehooo....hihihi...buatnya taklah sesusah mana....bahan pun tak banyak mana....memang untung buat jual...hihihi....jom semak resepi...asal dapat idea nak buat...jenguk blog ni....Jom Makan-Makan ...dan saya dah ubahsuai ikut bahan yang ada kat rumah...hihihih...tapi jangan risau hasilnya tak mengecewakan.....




Patty Ayam sedang dimasak atas kuali leper...


BURGER BAKAR

Bahan-bahannya

Patty Ayam
1 paket ayam/daging kisar..saya buat ayam
1 biji bawang merah dicincang halus
1 biji bawang putih dicincang halus
Garam
Lada Sulah
Lada Hitam
1 biji telur

Cara
1) Campurkan kesemua bahan, ratakan dan perasakan secukupnya.
2) Perap bahan2 tadi dalam peti ais.
3) Setelah perap dalam 1/2 jam, kepal-kepalkan ikut saiz yg kita suka.
4) Panaskan pan dengan sedikit minyak/marjerin. Grillkan hingga masak dengan terbalik2kannya.
5) Jika patty agak tebal boleh cucuk2kannya agar masak didalam.





Ramuan lain
Cheesedale
Sos Cili/tomato
Mayonis jika suka
Salad
Tomato
Timun
Kobis atau apa shj sayuran ikut suka

Cara
1) Roti disapu marjerin dan dibakar sekejap atas pan
2) Lapiskan sayuran, sos, cheese dan patty ayam tadi.




Single version


Muffin Labu

 
 
 
Actually...ni second time buat muffin labu....tapi hari tu buat cantik kejadiannya...kali ni buat kurang memberangsangkan...huhuhu...rasanya terlebih elemen cecair...sama ada pada labu atau susu segar....tapi rasanya pada labu..sebab labu mmg saya tak sukat....huhuhu...mana yg direbus tu...semua tulah yang saya masukkan....kes malas nak simpan yang lebih tu..hihihi...
 
 

 
 
 
MUFFIN LABU (PUMPKIN MUFFIN)



Bahan :

1 cawan tepung gandum
3/4 sk baking powder
1/4 sk baking soda
1/2 sk garam
1/2 cawan labu lecek
1/4 cawan yogurt
2 biji telur
1/4 cawan minyak
1/3 cawan gula
sedikit vanilla essence
coklat chip untuk hiasan


Cara :

1. Panaskan oven ke 190 C.
2. Ayak tepung bersama baking soda , powder dan garam. Ketepikan.
3. Satukan labu, telur, gula, yogurt dan minyak. Kemudian blend sehingga licin.
4. Masukkan bahan blend ke dalam adunan tepung.
5. Gaul adunan sekadar bersatu. Jangan overmix.
6. Ceduk adunan ke dalam muffin pan dan taburkan coklat cip di atasnya.
7. Bakar sehingga kekuningan lebih kurang 25 minit.
 
 



Kari Kepala Ikan

 
 
 
 
 
Assalamualikum w.b.t...Alhamdulillah...Allah masih izinkan kita bernafas di muka bumi ni untuk menjalani tanggungjawab kita sebagai hambanya.....terlalu banyaknya nikmat Allah...tapi apakah balasan kita sebagai hambanya...Mashaallah terlalu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki....InsyaAllah sama2 kita ingat mengingati dan perbaiki mana yang kurang....oklah...hari ni saya nak syer satu lagi menu.....hasil airtangan seorang ibu buat anak-anak....Kari Kepala Ikan...hihihi...sebenarnya menu ni lebih kepada mak anak2...hihihi..tapi anak2 memang peberet kari...lebih2 lagi bila makan dengan kicap....dua tiga kali ucap terima aksih kat mama...sejeuk hati mama...hehehe....
 
 
 
 
 
 
 
 
Macam2 kaedah orang masak kari...tapi ni style saya masak kari...kalau nak cuba bolehlah...hehehe..
 
 
KARI KEPALA IKAN
 
Bahan-bahannya:
 
1-2 ketul kepala ikan merah/isinya
1 biji bawang merah dihiris halus
2 biji bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 sudu kecil asam jawa adabi
2 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu kecil halba
2 biji tomato
3 batang bendi/kacang panjang
cili merah dan cili kering
2-3 sudu besar santan kotak
 
Cara Membuatnya:
 
1) Tumis bawang merah, putih dan halia hingga naik bau.
2) Masukkan halba/daun kari dan rempah dan barulah sedikit air. Masak hingga naik minyak.
3) Tambahkan air dan asam jawa. Tunggu hingga mengelegak.
4) Masukkan ikan dan tunggu hingga mengelegak. Barulah masukkan sayuran.
5) Bila mengelegak baru masukkan garam.
 

 


Saturday, 13 October 2012

Sup Ketam

 
 
 
 
Sebenarnya minggu ni antara minggu yang mencabar buat saya...walau bagaimanapun berkat doa.... Allah ringankan ujian tu.....Alhamdulillah syukur Ya Allah....awal minggu hari tu...en. hubby tak sihat....gi check darah...patlet rendah sangat...terus Dr. suruh masuk wad.....suspek denggi...memandangkan wad penuh time tu...tunggu sampai petang baru ada wad kosong.....so malam lepas maghrib terus ke Klinik Pakar An Nur Bangi....terpaksa check balik sebab sebelum ni dua kali ambik darah di Az Zahrah....memandangkan sana tak ada wad kosong saya tempah ke An Nur.....setelah check-up.....Dr. advice agar monitor di rumah....janji minum air dengan kuantiti yang banyak......malam tu check darah ada naik sikit patlet....so apa lagi...dua hari asyik jamu cik abg makan sup ketam jer la....huhuhu....
 
 
 




Jika saya buat sup ketam...saya suka tumis dulu bawang kekuningan...sbb bau bawang goreng tu nanti akan mewangikan sup dan mengurangkan bau hanyir ketam....so sini saya syer resepi saya...
 
 
 
SUP KETAM
 
Bahan-bahannya:
 
2 ekor ketam dibersihkan dan dibelah dua
1 labu bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sup bunjut ADABI
1 biji kentang jika suka
4 tangkai daun sup bersama daun bawang
Garam secukup rasa
 
Cara membuatnya:
 
1) Tumis bawang hiris dengan sedikit minyak hinga kekuningan dan naik bau.
2) Masukkan air, kentang, halia dan bunjut sup. Renehkan hingga mengelegak.
3) Bila dah mengelegak dan kentang agak empuk baru masukkan ketam.
4) Perasakan dengan garam dan tunggu mengelegak sekali lagi bolehlah di tutup api.
 
 
 
 
 

 


Puding Kastard Kek Gulung

 
 
 
 
Ni entry tertunda sebelum ni...gara2 geram dengan Chef Anuar dalam cabaran celebrity chef kat Masterchef...huhuhu....Kesian sungguh kat Adly time tu...memang remeh giler buat puding ni...nak kata sedap sangat2...biasa jer la...kelainan pada adunan kastard kerana berkolaberasi dengan gelatin dan whipped cream...lemak lemak rasanya.....saya buat ni pun tak letak perisa mangga dan strawberry...buat plain jer.....sebab tu saya tukar nama yang lebih relevan berbanding nama asalnya...hihihi...maaflah terlupa nak ambil gambar yang dah berpotong....;-)
 
 
 




   Puding Mangga Dan Strawberi - Chef Anuar Deraman


    Bahan-bahan Kek Gulung Strawberi:

  • 3 biji Telur
  • 2 biji Kuning telur
  • 100gm Gula kastor
  • 100gm Tepung gandum
  • 1 sudu besar Ovalette
  • 1 sudu besar Susu tepung
  • 50gm Mentega cair
  • 200gm Jem strawberi

    Cara-cara penyediaan:

  • 1. Pukul kesemua bahan-bahan kecuali mentega cair sehingga gebu dan pekat dengan kelajuan tinggi.
  • 2. Perlahankan putaran dan masukkan mentega cair. Kacau rata.
  • 3. Masukkan adunan ke dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas kalis minyak.
  • 4. Bakar hingga masak dengan suhu 190Âșc selama 10 minit dan sejukkan. Sapukan jem strawberi ke atas permukaan kek dan gulung.

    Bahan-bahan Isian Mangga Dan Strawberi:

  • 250 mlsusu segar
  • 120gm gula kastor
  • 50gm telur
  • 50gm kuning telur
  • 35gm tepung kastad
  • 50ml susu segar
  • 10gm serbuk gelatin halal
  • 450gm krim putar (whipping cream)
  • 30ml air
  • 1/2 biji buah mangga (di blend dan diambil jusnya)
  • 6 biji buah strawberi (di blend dan diambil jusnya)

    Cara-cara penyediaan:

  • 1. Larutkan gelatin dengan 30 ml air dan biarkan seketika.
  • 2. Didihkan 250ml susu segar dengan gula kastor, perlahankan api.
  • 3. Di dalam bekas yang berasingan, campurkan telur, kuning telur, tepung kastad dengan 50 ml susu segar dan kacau.
  • 4. Tuangkan ke dalam adunan susu tadi, kacau hingga pekat dan mendidih. Matikan api.
  • 5. Larutkan gelatin dengan air dan biarkan selama 2 minit. (nota: larutan gelatin akan menjadi keras). Cairkan semula dengan teknik double boiler sebelum dimasukkan ke dalam adunan di atas.
  • 6. Biarkan adunan suam sedikit sebelum dicampurkan dengan krim putar. Kacau rata.
  • 7. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan jus mangga dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan jus strawberi.

    Penyudah:

  • 1. Potong nipis kek gulung dan susun dalam acuan separa bulat.
  • 2. Masukkan adunan puding berperisa mangga memenuhi separuh acuan. Keraskan seketika di dalam peti beku.
  • 3. Masukkan adunan puding berperisa strawberi sehingga memenuhi acuan dan tutup dengan lapsan kek gulung. Keraskan lagi di dalam peti beku.

    Bahan-bahan untuk Hiasan A:

  • 300 gm coklat masakan (coklat gelap)
  • 300 gm coklat putih
  • 2 biji buah kiwi
  • 5 biji buah strawberi

    Cara-cara penyediaan:

  • 1. Cairkan chocolate putih dan gelap, curahkan diatas kertas kalis minyak, ratakan dan gunakan kreativiti untuk jadikan chocolate beraneka corak.
  • 2. Biarkan keras seketika.

    Bahan-bahan untuk Hiasan B: Krim Putar (whip topping)

  • 300 gm krim putar

    Cara-cara penyediaan:

  • Putarkan hingga kental

    Bahan-bahan untuk Hiasan C: Aprikot Gelfix

  • 300 gm aprikot gelfix
  • 250 ml air

    Cara-cara penyediaan:

  • 1. Campurkan air dan gelfix dalam periuk dan didihkan sambil dikacau.

    Bahan-bahan untuk Hiasan D: Kraf Gula

  • 120ml air
  • 300gm gula kastor
  • 50ml minyak
  • Berus

    Cara-cara penyediaan:

  • 1. Didihkan gula dengan air hingga perang dan curahkan ke atas dulang pembakar yang telah dilengser dengan minyak.
  • 2. Biarkan keras seketika sebelum dibentuk.






































Nasi Ayam Hainan


 
 
Alhamdulillah....pagi tadi breakfast layan nasi...lunch pun layan nasi....haaa....ambik!!!!....hihihi...ni gara2 penangan ujian penyingkiran masterchef...tetiba rasa teringin sangat nak buat nasi ayam....makanya saya pun mencuba la resepi Azni yang menang dalam ujian penyingkiran tu...Alhamdulillah sodap....selalu buat ayamnya goreng jer....kali ni ikut resepi Azni...saya buat panggang....panggang dalam kuali jer guna minyak sikit jer......
 
 
 

 
 
 

Nasi Ayam Hainan Ipoh - Azni


     

    Bahan-bahan untuk Nasi:

  • 1 cawan beras
  • 1 cawan stok ayam
  • 2 sudu santan
  • 20gm marjerin
  • 3 helai daun pandan
  • 5cm halia-dihiris
  • 3 sekawan - saya guna kulit kayu manis dgn bunga lawang

     

    Cara-cara penyediaan:

  • 1. Cuci beras sehingga bersih. Gunakan air/stok ayam sebagi ejen pelembut nasi. Masukkan halia dan tiga serangkai yang telah ditumis. Masukan juga daun pandan yang disimpul.
  • 2. Apabila nasi hampir masak.masukkan marjerin dan sedikit garam.

    Bahan-bahan untuk Ayam:

  • 1 ketul peha ayam
  • 3 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2cm lengkuas- saya tak guna
  • 5 tangkai cili kering-saya tak guna
  • Secubit garam
  • (dikisar semua bahan)

    Cara-cara penyediaan:

  • 1. Perap bahan kisaran bersama ayam selama 15 minit.
  • 2. Selepas diperap, bakar ayam selama 20 minit dengan suhu 180c. Pastikan ayam ditukar setiap belah selama 10 minit.

    Bahan-bahan untuk Sos Cili:

  • 2 tangkai cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu gula- saya tambah sebiji perahan limau kasturi

    Cara-cara penyediaan:

  • 1. Masakkan cili/bahan kisaran tadi. Masukkan sedikit air juga.
  • 2. Tambahkan juga gula sebagai perasa.

    Bahan-bahan untuk Kicap Cair:

  • 4 sudu besar kicap lemak manis
  • 3 sudu besar stok ayam
  • 2cm halia-dihiris
  • ½ cawan air

    Cara-cara penyediaan:

  • 1. Panaskan kuali, masukkan kicap dan air. Tambahkan stok ayam dan sedikit halia.

    Bahan-bahan untuk Sup:

  • 50gm tulang ayam
  • 3 batang (batang daun saderi)

    Cara-cara penyediaan:

  • 1. Rebus ayam yang telah dicuci tadi bersama batang daun saderi dan halia.
  • 2. Tambah dengan garam dan gula.
  • 3. Siap dan hidangkan.
 
 
 



Nasi Lemak Bonda

 
 
 
 
Assalamualaikum w.b.t...selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga Nabi dan para sahabat....Alhamdulillah....dengan izin Allah saya diberi kesempatan mengisi ruangan ini untuk berkongsi menu dan resepi....tapi kali ni bukanlah resepi luar biasa.....hihihi...resepi biasa tetapi dibuat dari air tangan seorang bonda yang kasihkan anak-anaknya....dan tak lupa papanya juga....hehehe...malam tadi dinner saya buat Roti Puri....so bila dinner bukan dengan nasi...alangkah baiknya bila breakfast kita sajikan dengan nasi.....lebih2 lagi...nasi lemak ni mmg peberet anak2....tak taulah...tak jemu2 diaorg ni....seminggu sekurang2nya sekali mmg makan nasi lemak....kalau pergi pasar malam..tanya anak2 nak makan apa...jawabnya...Nasi Lemak....huhuhu....senang kerja mama nak beli....hihihi......
 
 
 
 
 




 
 
Kali ni buat sambal guna cili mesin segera jer...kurang cantik warna sambalnya...selalu cantik kemerahan...ni dah kelebaman pulak...huhuhu...tak kisahlah janji sodap.....kalau saya buat sambal nasi lemak...ikan bilis tu saya tumbuk sedikit....itulah gaya sambal tumis mak...so mana tak turunnya kuah...jika tak ke nasi....makanya....saya punya sambal pun kaedah yg sama....kalau nak resepi boleh tengok...entry nasi lemak yg sebelum ni....ok...daaaa....
 
 
 


Saturday, 6 October 2012

Apple Pie



 
 
 
Assalamualaikum w.b.t...moga semua berada dalam keadaan sihat hendaknya.....kat rumah ni...ramai  yang tak sihat...papanya tak sihat..anak teruna pun tak sihat....mama dia pun tak sihat jugak tapi gagah jugaklah...nak buat breakfast pagi tadi...dengan tajuk hidangan "Dari Desa Hingga Ke Kota".....hahaha,,kelas kau jah...siap ada tajuk hidangan lagi...hihihi...yang desanya Pisang Goreng tu...yang kotanya Apple Pie....hihihi.....
 
 
 
 


 
 
 
Ok...hari ni jom kita share resepi buat Apple Pie...tak rancang pun nak buat sebenarnya..tengah golek2 atas katil sebelum bangun pagi..teringat ada beli apple...kebetulan stok pastri pun mmg ada....ermmm....terus decide nak buat apple pie.....boleh gandingkan dengan pisang goreng...hihihi....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
BAHAN INTI EPAL :-)

2 biji epal, hijau, kupas kulit, buang empulur dan dadu kecil
1/4 cawan kismis (terpulang nak guna kismis hitam atau kuning)
2 1/2 camca besar gula perang (brown sugar)
Sedikit perahan jus lemon (1 camca teh) * saya tak letak
50 gram mentega
1 batang kayu manis
3/4 camca besar tepung jagung * tepung jagung habis la pulak..ganti tepung gandum...
Secubit garam

BAHAN LAIN :-)

Puff pastry secukupnya (mat guna jenama kawan saiz 4 inci x 4 inci)
Telur + 1/2 camca teh esen vanilla, dikacau rata.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI EPAL :- Panaskan mentega dalam periuk, kemudian goreng epal tadi bersama kismis, kulit kayu manis dan gula peerang hingga sebati dan gula mencair. Masak hingga epal lembut. Tambah tepung jagung dan lemon jus, kacau hingga pekat, padam kan api dan ketepikan Bila hilang wap panas, simpan dalam peti sejuk hingga dingin dan pekat.
  2. UNTUK SIMPLE APPLE PIE :- Ambil sekeping kulit puff pastry, kerat 2 dan satu lagi dikelar2 halus Letak inti anggaran 1 camca besar dibahagian tengah pastr yang tidak berkelar. Kemudian tutup dengan bahagia satu lagi, kemaskan dan tekan dengan garfu sekeliling puff. Buat kaedah sama untuk baki puff pastry. Sapu kuning telur pada permukaan pastry.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemsan, Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan
 

Monday, 1 October 2012

French Omelette




Ni antara lauk hidangan makan malam tadi....tak tau nak masak apa...tetiba terlintas nak buat omelette sbb tgk cik abg ada bawa balik capsicum...kebetulan sosej dan cendawan butang pun ada....so layan jer la omelette ni selain ikan sardin masak kicap dan sayur campur...selalu org buat breakfast..saya belasah makan utk dinner...hihihi....





 
 
 
 
 
Nak buat tak susah...main campak2 jer...so resepi pun tak ada sukatan la...main agak2 jer la yer....
 
 
Bahan-bahannya:
 

3 biji telur
Sedikit susu segar
Sedikit air sejuk
1 batang sosej
1 labu bawang dihiris
sedikit capsicum merah dan hijau
3 biji cendawan butang dihiris nipis
1 biji kentang dipotong nipis dan direbus sebentar bg lembut
sedikit mozerella cheese, garam and serbuk black pepper
 
Cara Membuatnya:
 
1) Tumis bawang dan kemudian masukkan sayuran dan perasakan sedikit dgn garam dan pepper.
2) Kocok telur dgn air sejuk dan susu.
3) Panaskan pan dengan minyak dan masukkan telur.
4) Tutup pan dan bila telur agak kering baru taburkan bahan2 yg kita tumis tadi.
5) Last sekali taburkan cheese di atasnya.
6) Guna api kecil dan masak hingga permukaan telur akan kering. Tak perlu diterbalikkan.