Followers

Sunday, 3 February 2013

Melty Hershey


 
Assalamualaikum w.b.t....syukur kepada mu Ya Allah kerana masih memberi peluang kepada hambamu ini untuk terus menghirup udara di bumi pinjaman Mu ini Ya Allah..berkatilah hidup kami sekeluarga...sahabat handai...jiran tertangga dan semua muslimin muslimat.....moga hidup kita sentiasa diberkati...dirahmati dan ditetapkan iman.....Alhamdulillah...hari ni Allah izinkan saya mencuba satu lagi resepi yang dah lama dalam wish list...bila Allah tak izinkan lagi...nak buat macam2 halangan yang ada...tapi jika dizinkanNya...mudah sahaja jalannya...Alhamdulillah....sentiasalah kuatkan tali kebergantungan kita kepadaNya....dalam apa jua tindakan kita.....InshaAllah dipermudahkan....
 



 
 
Bila tengok Kak Ita Masam Manis mula menayangkan Melty Hesheynya...semangat nak buat semakin membuak2....tapi sedikit conpius...bila Kak Ita bagi macam2 option..hehehee...tak tau nak ambik yang mana satu...sudahnya....saya buat ikut versi airtangansuzie....tapi tetap tips Kak Ita jadi panduan..Thanks Kak Ita...
 

 
 
Melty Hershey
Sumber : Masam Manis
 
Lapisan 1
Biskut Oreo/Biskut Marie * saya buat dua2
Butter
1) Cairkan butter
2) Gaul dengan biskut yang ditumbuk/dikisar
3) Mampatkan dalam gelas/bekas
 
Lapisan 2

Cream Cheese
Gula halus/susu pekat
Whipping Cream Non Dairy
Blueberry Filling
1) Putar cream cheese dgn gula hingga kembang
2) Di bekas berlainan putar whipping cream hingga kembang
3) Campurkan kedua2nya dengan kaedah kaup balik atau putar perlahan
4) Bahagikan dua bahagian. Satu bahagian saya tambahkan blueberry filling.
5) Satu bahagian lagi plain sahaja.

Lapisan 3
Coklat/ Strawberry Hershey ready made dalam botol.
Jika tak ada atau nak jimat kos boleh buat coklat ganache sendiri
* Panasakan whipping cream campurkan dgn coklat hingga cair dan masukkan sedikit butter.

Lapisan 4
Cream cheese plain tadi bersama coklat nips dan chocolate rice.

Cara Melapisnya:
1) Pertama biskut yang bercampur dengan butter cair tadi kita mampatkan dalam gelas/bekas.
2) Masukkan cream cheese blueberry tadi.
3) Picitkan coklat/strawberry hershey.
4) Masukkan pula cream cheese plain pula.
5) Akhir sekali masukkan coklat Nips dan chocolate rice.
6) Sejukkan dalam peti ais dan nikmatilah kesedapannya yang tak terhingga.....hihihi...
* Maaf saya tak letak sukatan sebab saya buat ikut agak2 saya. Boleh tengok panduan Kak Ita dalam blog Masam Manis ya.





Saturday, 2 February 2013

Ayam Penyet

 
 
 
Assalamualaikum w.b.t....selawat dan salam buat baginda Rasulullah s.a.w....setelah berperap blog ni...hari ni gigih utk mencoret sedikit di blog ni...bulan Januari 2013 satu entry pun tak masuk....kek cheese sblm ni sebenarnya dah dipost januari lalu tapi sebab line slow gambar tak boleh upload....tadi baru berjaya...dan ini juga nak share entry tertunda....buat minggu lepas....
 
 

 
 
 
Kalau makan kat restoran jer mmg senang....order dah dapat...tapi dek kerana menguji diri...digigihkan juga nak mencuba buat sendiri...Alhamdulillah tak menghampakan walaupun serbuk ayam tu tak berapa jadi macam original ayam penyet....huhuhu....
 
 
 

 
Bila survey resepi di internet..terlalu banyak versi ayam penyet ni....ada yg kukus...ada yg rebus dgn santan...tapi saya ceduk resepi dah olah sendiri ikut versi saya...jika ada yg nak mencuba..silakan...hihihi...
 
 
Bahan A-Bumbu Ayam

Ketumbar
Jintan Manis
Halia
Kunyit
Bawang merah
Bawang putih
Ayam yg telah dibersihkan
1) Ketumbar dgn jintan digoreng tanpa minyak.
2) Halia, Kunyit, Bawang Merah dan Bawang Putih digoreng dengan minyak.
3) Tumbuk semua bahan2 tadi.
4) Masukkan ayam dalam periuk bersama bahan2 tadi dan perasan dengan garam
5) Masukkan air separas ayam dan rebus dalam 10 minit kemudian keluarkan ayam tu.
6) Bumbu yang ada dalam periuk bersama air tadi teruskan rebus hingga kering airnya dan letak atas ayam tadi.

Bahan B-Bumbu/Serdak Gorengan

Bawang putih
Kunyit
2/3 biji telur
1) Blenderkan semuanya hingga hancur.
2) Lumurkan dengan ayam bersama bumbu rebusan tadi.
3) Panaskan minyak. Pastikan minyak penuh menutupi ayam yg akan digoreng tadi.
4) Bila dah betul2 panas slowkan sikit api masukkan ayam tadi.
5) Balikkan ayam nampak garing boleh angkat. Jangan lama2.
6) Dah angkat bolehlah smashkan/penyetkan ayam tadi dengan pisau besar. Ambil serdak gorengan tadi dan taburkan atasnya.


 
 
 
Sambal Ayam Penyet

Bawang merah
Bawang putih
Cili merah besar
Cili padi merah

Ikan bilis sedikit
Belacan sedikit
Gula melaka sedikit
Garam secukup rasa
1) Goreng semua bahan di atas dengan sedikit minyak.
2) Bila dah layu angkat dan tumbuk. Perasakan secukupnya.
 

Blueberry Cheese Cake Tanpa Bakar





Assalamualaikum w.b.t....Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad....moga kita tergolong dalam umatnya yang peroleh syafaat daripada baginda....Allahuakbar...lama tak jenguk blog ni...memang banyak entry tertunda....hajat memang nak masuk...kalau boleh setiap kali memasak atau mencuba resepi baru nak dimasukkan entrynya..tapi ternyata kemampuan mak buyong ni agak terhad....malas sungguh nak bukak laptop..nak masuk entry dalam ipad...susah pulak nak upload gambar....huhuhu...walau macam manapun tetap dititipkan kesyukuran kerana mengurniakan kesihatan yang baik, kekuatan dan kemampuan untuk saya terus beraksi di suzie kitchen....dapat masak dari airtangan sendiri untuk keluarga adalah nikmat dan rahmat Allah yg tak ternilai harganya....
 
 
 



Lama tak menikmati cheese cake...Alhamdulillah rabu lepas dengan izin Allah dapat saya membuat sebiji cheese cake....malas nak membakar..saya buat tanpa bakar....Alhamdulillah lepas hajat....




 

Base Cake
10 keping biskut oreo
2 sudu butter
1) Buang inti biskut, kisar hingga hancur. Atau masukkan dalam plastik tumbuk hingga hancur.
2) Cairkan butter dan campurkan dgn biskut hancur tadi.
3) Gaul rata dan padatkan dalam loyang. Elok gunakan loyang yang boleh tanggalkan bawahnya.
4) Sejukkan dalam peti ais.

Cheese Cake
250 g cream cheese
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu besar gelatin halal
2 sudu besar air panas
1 sudu besar blueberry filling *option x nak letak pun tak apa sbb dah ada topping blueberry
1) Putar cheese hingga kembang.
2) Masukkan susu putar hingga kembang dan sebati.
3) Bancuh gelatin dgn air panas hingga cair. Masukkan dalam bekas cheese dan susu tadi.
4) Kacau rata dan masukkan blueberry filling. Masukan dalam bekas biskut yg dah keras tadi.
5) Sejukkan dalam peti ais hingga kek kental.

Bluebeery Topping
Bila kek dah keras boleh sapukan blueberry filling atas kek atau boleh juga buat cara ini.
2-3 sudu besar blueberry campur dgn 1/2 sudu besar gelatin yg dicairkan dgn 11/2 sudu besar air panas.