Followers

Monday, 11 March 2013

Kek Lapis Cheese



Assalamualaikum w.b.t...Syukur Alhamdulillah....masih berpeluang mengupdated entry di blog ni....walaupun hati resah gelisah...kerana hari ni dah masuk 2 hari overdue dari tarikh jangkaan bersalin....cuba setenang yang boleh...dan berdoa agar dipermudahkan segalanya...anggap la memasak dan mencuba resepi baru ni salah satu terapi untuk mudah bersalin nanti...;-)





KEK LAPIS CHEESE
Sumber : www.facebook.com/buku resepi
Sukatan resepi ini telah diolah oleh saya.

Bahan-bahannya :
20 keping biskut marie ikut perisa apa yang anda suka (original/chocolate/coffe)
1 cawan susu segar
250g cream cheese
100g whipping cream non-dairy
3 sudu besar gula castor
1 sudu besar gelatin halal
50 ml air panas

Cara Membuatnya:
1) Putar cream cheese dgn gula hingga kembang. Dalam bekas yang berlainan putar whipping cream
    hingga kental. Campurkan kedua-duanya dan gaulkan bersama dengan spatula.
2) Cairkan gelatin dgn air panas. Bila telah hancur tapis dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau
     hingga rata dan sebati.
3) Sediakan bekas/loyang dengan dilapik dengan aluminium foil atau kertas minyak keseluruhannya
     agar mudah ditarik keluar bila keras nanti.
4) Panaskan susu seketika kemudian angkat. Celupkan biskut marie sekejap jgn sampai lembik.
5) Lapiskan satu persatu dengan adunan cream cheese tadi sehingga habis.
6) Bekukan dalam 1-2 jam dalam peti ais. Bila keras bolehlah dikeluarkan dan dipotong.


Thursday, 7 March 2013

Kek Marble



Assalamualaikum w.b.t....Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad, para sahabat dan ahli keluarga baginda....syukur Alhamdulillah...kita masih diberi kesempatan untuk menghirup udara di bumi pinjaman ni...

Jika dihitung...InshaAllah...lagi dua hari due saya untuk menyambut kelahiran cahaya mata keempat ni...penuh debaran dihati...Jika dilihat dari pengalaman lalu...Yg sulung overdue seminggu, yang kedua dan ketiga...masing2 awal seminggu...risau pula dihati kali ni...mungkinkah sejarah anak sulung berulang kembali.....jika boleh nak sangat bersalin minggu ni...sebab dah seminggu ambil mc...seronok memang seronok berehat di rumah...dapat kemas rumah tiap2 hari...dapat juga memasak dan mencuba resepi....hihihi...tapi setiap hari kena fikir la apa nak masak...huhuhu...




Selepas selesai  memasak juadah tengahari tadi....mula fikir juadah minum petang pula...tetiba teringin nak makan Kek Marble...stok bahan Inshaallah memang sentiasa ada di dapur....so terus decide nak buat....saya guna perisa coklat dan orange....gabungan yang mantap...memang sedap....kek pun tak berapa muak....dihidangkan bersama segelas air orange Sunquick....memang melegakan dikala cuaca panas sejak akhir-akhir ni....



KEK MARBLE

Bahan-Bahan:
  • 150 gm tepung gandum (asingkan 10 gm)
  • 150 gm butter
  • 150 gm gula kastor
  • 3 biji telur (A) *saya guna gred B jer
  • 10 gm cocoa powder
  • 1 1/2 tsp baking powder
  • Perisa sunkist emulco *saya guna orange Sunquick
Caranya:
1. Seperti biasa, pukul butter dan gula hingga kembang berkrim dan putih.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul lagi hingga adunan kembang.
3. Masukkan tepung ke dalam adunan, kaup balik hingga rata dan sebati.
4. Bahagikan kepada dua bahagian.
  • Bahagian a: Masukkan cocoa powder.
  • Bahagian b: Biarkan plain, tambahkan dengan 10 gm tepung yang diasingkan tadi dan 1/2 tsp perisa sunkist emulco.
5. Tuangkan ke dalam acuan yang telah dialas dan digris secara berselang-seli hingga habis adunan.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180 C hingga masak.
    Anggaran 30 min.


Wednesday, 6 March 2013

Puding Laici



Lama sungguh tak memuding....tetiba teringin pulak anak tekak ni....tapi buat puding simple jer...Puding Laici....kebetulan ada stok laici setin dalam gerobok dapur.....serbuk agar2 pun ada....ok apa lagi....misi pun diteruskan.....




Guna simple resepi jer utk puding ni...tak guna telur pun....cairkan serbuk agar-agar, masukkan gula, masuk susu cair dan air laici....masukkan laici tunggu mengelegak...nak pekat sikit..masukkan bancuhan tepung jagung...ready utk disejukkan......saya suka buat puding yg lembut....tak suka keras atau kental...tu dah jadi agar2....hihihi...nikmatnya dinikmati ketika sejuk dingin...favourite cik abg ni....




Donut




Assalamualaikum w.b.t......bila cuti ni setiap petang mesti mereka apa juadah untuk buat minum petang.....bila dah biasa buat....satu hari tak buat...rasa macam kurang jer....so ni antara menu juadah minum petang yang dibuat dua hari lepas....tapi tak ada la guna agen pelembut seperti petua2 yg ada utk melembutkan donut...saya guna resepi biasa yang saya buat...telur pun tak guna....huhuhu...yg penting anggaran sukatan air dan uli yg cukup.....Inshaallah mesti jadi....tapi taklah selembut macam donut Big Apple...huhuhu.....





Nak bagi resepi pun takut....takut tak jadi kalau org buat...sebab saya biasa buat main campak2 jer ikut rasa hati....setakat jadi panduan bolehlah kut...


Bahan-bahan:
Tepung gandum
Gula
Garam
Mauripan
Margerin
Air secukupnya

Cara Membuatnya:
1) Rendam mauripan dengan air suam dan tunggu hingga berbuih api saya selalu buat tak tunggu pun sampai berbuih. Nak cepat punya pasal.
2) Campurkan tepung dengan sesudu besar margerin hingga rata dan jadi seperti serbuk roti.
3) Masukkan garam dan gula ke dalam tepung. Gaul rata dan akhir sekali masukkan air mauripan.
4) Uli hingga lembut dan bolehlah dibentuk. Goreng hingga kekuningan.



Puding Roti Chocolate Rice


Bila tengok banyak roti berbaki di dapur..kepala mula ligat memikir apa nak buat pada roti utk tak membazir...so far..kalau beli sebuku besar roti Gardenia..2-3 hari memang dah habis...sebab buat breakfast anak2 sblm pergi sekolah selain coco crunch....tak buat roti telur, buat sandwich telur, tak pun bakar roti sapu mentega...itu jer yg anak2 boleh makan pagi2...tapi saya memang pastikan mereka makan dulu sebelum pergi sekolah...bancuh susu coklat atau minum fresh milk yg siap sedia dalam kotak....roti yang berbaki ni selalunya tepi roti...iaitu roti paling awal dan paling akhir...selalunya memang diaorg tak makan....mama dia pun tak makan...hihihi...so elak pembaziran buatlah Puding Roti....



PUDING ROTI BAKAR

Bhn2:
12 kpg roti putih di sapu mentega dpn-blkg *saya buat kurang dari ni
500 ml susu segar *saya guna susu cair dalam tin
3 biji telur gred A* guna gred B jer
50 gm gula *secukup rasa sebab malas nak buat sos kastard
2 sudu besar tepung kastad
kismis hitam/buah2 an campuran *ganti dengan coklat rice ditabur atas

Cara:

1. Potong roti ikut suka shape apa nak
2. Susun dlm loyang, lapiskn bersama dgn kismis hitam
3. Panaskan susu atas api..perlahan aje..
4.. Pukul telur n gula dlm bekas lain sampai kembang.
5. masukkan susu yg di panaskn tadi
6. masukkan tepung kastad , kacau hingga sebati
7. Tuang atas susunan roti tadi..biar kejap dlm 15 min, tabur coklat rice..
8. Bakar pd suhu 180 C selama 20-30 min.

Sos kastad: *optional jika suka
1. 2 sudu besar kastad + air
2. panaskan 2 sudu gula (ikut rasa...kalau nk manis tambah lg.) + 1 tin susu cair (i guna susu segar juga)
3. campurkan bancuhan tpg kastad.
4. Kacau atas api perlahan smpai pekat/cair sikit pun tkpa- agak2 lh dia jatuh cantik atas puding roti nnti.. dn  tk brketul..




Pancake Pisang

Assalamualaikum w.b.t....Antara  menu yang mudah disediakan, menarik dan menepati selera di pagi hari adalah pancake...hihihi...hari ni nak share satu lagi resepi pancake...mudah, ringkas dan sedap...Pancake Pisang...kalau yg tradisionalnya kita panggil Lempeng Pisang...tapi pisangnya dilenyek halus, ditambah tepung, garam dan gula berintikan kelapa parut...tapi yang ni sangat simple dan diberi sentuhan barat dengan makan bersama sos coklat....




Kebetulan cik abang ada beli sesikat Pisang Berangan...sebab pisang mmg favourite my kids...so mama ambik 3 biji utk buat pancake ni...pisangnya memang besar...sesikat harganya dekat RM10.00...sebiji pisang dah dekat sama dengan harga sebiji epal...hebat penangan buah tempatan ni...hehehe...tapi kalau beli kat pasar tak sampai harga tu...ni sebab beli kat kedai runcit area rumah ni jer...harga boleh tahan la....




Jika ada yang berminat nak mencuba...berikut resepinya ya..
Resepi asal dari Buku Resepi ‘Sarapan Pagi & Minum Petang’ oleh Chef Hussin Khan
Bahan-bahan:
  • 3 biji pisang emas/berangan (dihiris nipis menyerong)
  • 1/2 cawan tepung gandum (saya guna lebih kurang 1 cawan)
  • 2 sudu makan gula
  • 1 biji telur
  • Sedikit marjerin
  • Secubit garam
  • Air secukupnya 
Cara membuat:
  • Campurkan tepung gandum, telur, gula, garam dan air. Gaulkan menjadi bancuhan tepung yang sebati.
  • Panaskan kuali non-stick dengan meletakkan marjerin sebelum dituangkan sedikit bancuhan pankek ke atasnya.
  • Letak hirisan pisang di atas bancuhan dan pastikan ia masak di kedua-dua bahagiannya.
  • Enak dimakan bersama kaya, madu dan buah-buahan segar...tapi saya makan dengan sos coklat...

Tuesday, 5 March 2013

Roti Kobis


Assalamualaikum w.b.t....Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...moga kita sentiasa dibawah rahmat Allah dan tergolong dalam golongan umat yang mendapat shafaat dari Nabi junjungan kita....

Alhamdulillah...hari ni berkesempatan nak share satu resepi baru...Roti Kobis....memang first time cuba...dan rasanya memang sedap...ala2 gabungan rasa karipap dan murtabak....



Bila survey resepi intinya menggunakan rempah kurma dan beberapa rempah lain...tapi saya dah olah sikit menggunakan seminimum bahan yang boleh...tapi tetap sedap...InshaAllah.....

 ROTI KOBIS
 (sumber resipi - Hajjah Faridah Begum Abd Shukur/Buku Masakan ALMAS)

BAHAN "A" - INTI

1 sudu makan rempah kurma*saya tukar dgn kari ikan
2 sudu makan ketumbar biji *saya guna dalam 1 sudu shj
1 sudu makan jintan halus (biji) *saya tak guna
1 sudu makan jintan manis (biji)
1 ibu jari kayu manis*saya tak guna
6 kuntum bunga cengkih *saya tak guna
3 biji bawang putih
1 ibu jari halia
(kesemua bahan dikisar halus)*saya tumbuk guna lesung jer

300 gm daging cincang, dicuci dan ditoskan
2 biji bawang besar, didadu
Hirisan daun sup dan daun bawang secukupnya


CARA MEMBUAT INTI
Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan daging, gaul rata dan tumis sehingga kering. Masukkan bawang besar dan masak selama 15 minit. Masukkan daun sup dan daun bawang. Gaul rata dan masak selama 10 minit lagi. Perasakan dgn garam dan gula. Setelah masak matikan api dan ketepikan.


BAHAN "B" - DOH
300 gm tepung gandum
2 sudu makan minyak sapi
1/2 gelas air
1/2 sudu teh garam
(kesemua bahan disatukan dan uli hingga lembut)

5 biji telur, dikocok*saya guna 2 biji telur pun dah cukup
Minyak yg banyak utk menggoreng


BAHAN "C" - HIASAN
5 btg lada hijau, dihiris
5 btg lada merah, dihiris
Daun salad dan timun secukupnya


CARA MEMBUAT ROTI KOBIS
Panaskan minyak yang banyak didalam kuali. Ambil sedikit tepung dan canai sehingga menjadi bulatan 7 cm. Ketepikan. Ambil lagi sedikit tepung dan canai hingga menjadi bulatan 10 cm. Buat lagi beberapa bulatan, setiap kali ukurannya bertambah 3 cm.

Taburkan sedikit inti dipermukaan bulatan pertama 7 cm dan tuangkan 2 sudu makan telur. Bulatkan seperti kuih pau. Goreng sehingga kekuning-kuningan, angkat dan ketepikan. Letakkan roti yang baru digoreng tadi diatas bulatan doh kedua 10cm. Sapukan telur dipermukaan doh, tabur sedikit inti dan bulatkan seperti kuih pau lagi. Goreng hingga kekuning-kuningan dan angkat.

Buat cara yang sama kepada doh yang lain, sehingga menjadi bebola besar. Semasa menghidang, belah rotinya, yang berkelopak seperti kobis dan hias cantik. Enak di makan dengan sos cili.



Sedap untuk hidangan minum petang....