Followers

Thursday, 12 May 2016

Kek Manggo Cheese


Assalammualikum w.b.t....Alhamdulillah diizinkan Allah kembali mengetuk papan kekunci untuk updates resepi kek yang harus Suzie's Kitchen simpan...sedap keknya...tak berapa manis, fresh dan mengiurkan....dah lama berhajat nak buat dan akhirnya Allah izinkan....Alhamdulillah juga sebab dapat berebut makan dengan rakan sepejabat...benda sikit..memanglah sedapkan...hehehe....




Jika ada pembaca setia Jintan Manis sebelum ini...jangan pula terkejut jika nama blog ni dah bertukar....sedangkan company brand name pun bertukar...inikan pula blog bodoh2 cenggini..hehehe....rasa dah bosan dengan nama Jintan Manis....saya tukar nama blog ini dengan nama baru Suzie's Kitchen...sama dengan page Suzie's Kitchen yang saya buat di Facebook...design blog juga diberi nafas baru....




 Saya kongsikan resepi Kek Manggo Cheese ini yang saya ambil dari blog Resepi Citarasawan...

Base
130g biskut digestive *saya guna biskut tiger
90g mentega - dicairkan
 
Filling:
250g cream cheese, lembutkan pada suhu bilik
75g gula kastor
2½ tsp gelatine
3 tbsp air
4 tbsp puree mangga segar
1½ tbsp jus lemon segar
200g mangga, didadu kecil
200g whipping cream, diputar kental
 
Topping A
1/2 cawan puree mangga
1 teaspoon jus limau *tak letak pun
3 tablespoon air
11/2 teaspoon serbuk gelatin
setitik dua pewarna kuning * tak letak sebab mangga mmg dah cantik colournya

1.      Lapikkan dengan kertas minyak pada dasar loyang kek springform saiz 8” dan griskan jugak sekeliling loyang.

2.      Masukkan biskut digestive ke dalam food processor dan mesin. (Cara saya,  masukkan biskut ke dalam plastik, hancurkan dengan batu lesung. Dah hancur, masukkan ke dalam mangkuk sederhana besar.)

3.      Masukkan mentega yang dicairkan tadi kedalam mangkuk berisi biskut kisar tadi. Gaul hingga sebati dan doh boleh dikepal. Masukkan ke dalam loyang dan tekankan sehingga padat ke dasar loyang kek.

 
4.      Maukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit. (Nak cepat saya masukkan dlm tempat beku sementara siapkan bahan lain.)
 
5.       Untuk fillings, rendamkan gelatin ke dalam sedikit air. (Biarkan selama 15-20 minit supaya serbuk gelatin dapat mengembang dan menyerap semua air. Ini adalah bagi memudahkan proses pencairan gelatin ke dalam bancuhan keju nanti. Bila dah kembang sepenuhnya, isikan mangkuk berisi gelatin tadi ke atas mangkuk yang berisi air panas untuk dicairkan. Kaedah double boiler. Teknik ini digunakan bagi semua resepi yang menggunakan serbuk gelatin.)

 6.      Pukul cream cheese and gula kastor sehingga gebu dan lembut.
 
7.      Masukkan puree mangga, jus lemon dan gelatin yang dicairkan tadi. Putar rata.

8.      Masukkan whip cream yang dipukul kental tadi. Kaup balikkan ke dalam bancuhan keju. Masukkan mangga yang didadu kecil.
 
9.      Tuangkan ke atas loyang yang berisi base biskut. Levelkan dengan spatula, jika perlu.

10.  Sejukkan ke dalam peti ais sekurang-kurangnya 4-6 jam, sebaiknya semalaman supaya kek set sempurna.
 
11.  Untuk toppings, 4 jam kemudian, cairkan serbuk gelatin yang telah kembang direndam seperti kaedah di atas di atas periuk kecil yang berisi puree mangga, jus limau  dan sedikit gula kastor. Panaskan sehingga gelatin cair sepenuhnya. Padamkan api.
 
12.  Masukkan 2 titik pewarna kuning. Sejukkan. Taburkan hirisan mangga ke atas kek yang telah set. Curahkan topping yang disejukkan tadi ke atas kek. Biarkan topping set 2-3 jam sebelum kek boleh dikeluarkan dari loyang.