Followers

Monday, 20 February 2017

Seleksi Bento Mama Suzie



Assalamualaikum wbt....mungkin pada orang lain biasa.. tetapi buat mama...ini suatu kejayaan...kerana masih istiqomah sediakan bento buat anak-anak mama...
 
 



Walaupun kadang penat di office tak hilang...mama gagahkan untuk sediakan bento buat anak2 mama...walaupun simple...mama harap...suatu hari nanti...anak2 mama boleh saksikan kegigihan mama siapakan bento-bento ini buat anak-anak mama...




Mama sangat sayangkan anak-anak mama....semoga anak-anak mama berjaya di dunia dan akhirat.
Tetiba mood keibuan sangat...hahaha....


Agak-agak rajin..cantiklah deco mama...bila agak penat...sesimplenya jer...


Janji mama bawakan bekal...daripada anak-anak mama makan nasi lemak yg tidak berlemak dengan ikan keli sambal potong empat...nugget banyak lemak di kantin sekolah.... mama tak snaggup..



Kepada pengusaha kantin...janganlah fikir untuk kaut keuntungan sahaja...cuba usaha berikan makanan yang bersih dan berkat....kesian anak-anak kami...

Homemade Shushi



Alhamdulillah dapat merealisasikan impian anak-anak nak minta mamanya buatkan shushi..lama dah diaorg minta...tapi mamanya tak berkesempatan...akhirnya menjadi juga impian....
 




Inti semua bahan-bahan mentah sahaja..cuma nasinya guna beras shushi yang ditanak..kemudian digaul dgn cuka beras/cuka epal, garam dan gula....lepas ni boleh pelbagaikan intinya...
 
 


Cucur Ikan Bilis Air Panas



Celodok Ikan Bilis Air Panas

2-3 cawan tepung gandum
1 genggam ikan bilis - tumbuk kasar
1 biji bawang besar - hiris nipis
1 biji lada merah - dihiris jika suka
Daun sup/bawang/kucai - potong pendek
Garam secukup rasa
1-2 cwn air panas mendidih

Cara-Cara
Satukan bahan dan buat lubang di tengahnya. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat, adunan akan menjadi berat dan kental.

Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera. Masa nak bulat bulatkan cucur, taburkan sedikit tepung di permukaan telapak tangan supaya mudah nak bentukkan bulat.

Panaskan minyak dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan.
Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos kegemaran
 
 
 


Lamb Stew a.k.a Stew Kambing


 
Assalamualaikum wbt....penatnya rasa hari ni...tapi nak save juga resepi ni....lenkali nak buat boleh refer balik.... resepi terbaik untuk Lamb Stew aka Stew Kambing....bek..bek..hahaha...




 
 
Stew Kambing/Daging @ Suzie's Kitchen

1 biji bawang holand dipotong dadu

1 ulas bawang putih dicincang
1-2 kiub ayam/rajin buat stok sendiri
Sos Cili + Sos Tomato + Sos Tiram
2 sdb tepung gandum dibancuh sedikit air
1 sdb lada hitam ditumbuk halus
Kentang
Carrot
Batang Saderi (jika suka)
Tomato (jika suka)
Serbuk Oregano/mix herbs pun boleh
Sedikit kicap utk gelapkan kuah

1-Rebus daging dan kentang hingga lembut.
2-Panaskan sedikit minyak dan sedikit margerin/butter.
3-Tumis bawang hingga naik bau.
3-Masukan semua kentang, carrot dan semua sos.
4-Kacau rata masukan tepung.
5-Masukan kambing, kacau rata. Masukan sedikit kicap, lada hitam dan serbuk oregano.
6-Perasakan dengan garam, mengelegak boleh tutup api. Sedia dihidangkan.

Jika nak cicah dengan french loaf atau roti buat kuah pekat lagi. Ini sebab nak makan dengan nasi so berkuah.