Haiii....nak tanya la...agak2 kalau aku tanya korang...apa antara kuih melayu yang korang suka....sure senang2 jer korang jawabkan??? seri muka, kuih talam, tepung pelita, karipap etc...tapi.... jika tetiba aku tanya...apa antara kuih india yang korang suka???...agak2 korang ada jawapannya tak...hehehe....
Aku... kalau korang tanya soalan tu kat aku...senang2 jer aku jawab...sebabnya aku mmg suka kuih india ni...ntah akupun tak tau ngapa aku suka sangat kuih ni...mungkin sebab adunan bahan2nya tu...kena betul ngan tekak aku...akupun memang tak pernah belajar buat kuih ni...dan setakat papan kekunci ni ku ketuk....aku tak surf lagi apa sebenarnya resepi ni....macam aku cakap entry sebelum ni...aku ni kalau aku suka...aku akan rasa dan hayati apa benda bahan2 yang digunakan...pehtu aku akan try and error....biasalah ada yang jadi ada yang tak jadi...ejaan nama kuih ni pun aku tak tau betul ke tak....Masalode...
Jika ada yang berminat nak buat kuih ni...aku boleh perturunkan bahan-bahan dan caranya...tapi sukatan aku anggarkan sahaja...terpulang pada korang nak adjust macam mana ekkk...hehehe..
Bahan-bahannya
1 bungkus kacang dhal ( tak ingat lak berapa gram...giant pack)
2 biji cili kering di potong halus
1 biji bawang merah besar dihiris
2 sudu besar jintan manis ditumbuk pecah-pecah
5 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya
1) Rendam kacang dhal sampai kembang, cuci dan toskan. Tumbuk kasar kacand dhal dan ada sebahagian
yang lumat utk bagi kacand ni melekat bila kita kepalkan nanti.
2) Masukkan cili kering, bawang, daun kari, jintan manis dan garam secukup rasa.
3) Gaul rata dan bolehlah dkepal2kan seperti bentuk cucur badak. Goreng dengan minyak penuh.
4) Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
Comments
Post a Comment