Kek Coklat Versi Suzie

Kembali bersiaran kita...InshAllah hari ni hari last puasa enam aku di bulan Syawal ni...Moga2 ibadat ini diterima hendaknya...memandangkan hari ni hari Jumaat...waktu lunch lama...so aku ambil kesempatan nak syer beberapa menu yang aku dah buat...resepi yang aku maksudkan adalah Kek Coklat....



Aku tau ada beribu resepi kek coklat kat dunia ni...bermacam2 kaedah...bahan...digunakan utk menghasilkan kek coklat yang sedap....tapi walau aku dah try bermacam2 resepi...aku mmg suka resepi kek coklat aku ni....sebabnya..pertama..ianya sedap dan moist...kedua...ianya mudah dan ringkas disediakan....tak payah nak bermixer2 pelbagai....ketiga...aku guna microwave jer nak masak...tak perlu nak kukus (susah2 nak basuh pengukus) atau bakar dalam oven (susah2 nak adjust api)...hehehe...pemalas sungguh aku ni...



Untuk buat kek ni...aku masukkan dalam microwave dgn suhu sederhana tinggi hanya selama 6 minit sahaja...so senang giler kan...kalau nak masuk oven kurang2 mau 40 min....kalau kukus lagi lama dari tu mau sejam...lama wei nak tunggu...penat kut....so yg ni kalau jiran2 dtg bertandang capai bahan2 yg ada...campur2...pecah telur letak minyak....kacau rata... masuk microwave...6 min.... ting!!!dah siap...



So kepada yang berminat apa lagi...jom try...resepi seperti di bawah...

Bahan-bahannya:

375 g tepung sponge cake perisa vanilla
250 g gula halus
125 g serbuk koko
6 biji telur
3 sudu besar susu pekat
1/2 mug air
1 sudu kecil ovellete
1 1/2 butter cair

Cara membuatnya :

1) Satukan dan gaul rata bahan-bahan kering iaitu tepung, gula dan koko.
2) Masukkan telur dan air. kacau rata lagi.
3) Last sekali masukkan mentega cair. Lapik bekas dengan kertas minyak dan masuk dalam microwave dengan suhu sederhana tinggi selama 6 minit. Jika masih ada cair lepas 6 minit boleh tambah 1 minit lagi ikut pada suhu microwave masing2.

Setakat nak makan satu keluarga, cukup buat 1/2 adunan jer...kalau nak bawa untuk jamuan bolehlah buat satu adunan...tapi ingat adunan ni akan naik tinggi.... so  masuk adunan dalam 3/4 daripada bekas sahaja....jika tak akan melimpah keluar masa dalam microwave nanti....sapa2 yang dah cuba nanti...bolehlah tinggalkan komen yer...Selamat Mencuba :)



Comments

Post a Comment