Mee Bandung Muar

Assalammualaikum....

Hari tu masa entry aku sebelum ni...aku ada buat Mee Udang untuk hidangan tetamu istimewa aku...tak sangka lak mee tu dah menjadi igauan tetamu aku tu....so dia pun bertanyakan aku...apa resepinyer....actually malu nak syer...sebab den pun buat guna perencah segera jer sebenarnya...heheheh....itulah rahsianya....hahaha...actually aku guna perencah Mee Bandung Muar keluaran Adami...aku sangat suka perencah ni..sebab... aku boleh buat dua type of menu....jika aku nak buat mee bandung aku akan kurangkan kuah dan aku masukkan terus mee didalam kuah tu...tapi jika aku nak buat mee udang...aku akan cairkan kuah dan extrakan udang supaya manis udang itu akan melazatkankan lagi kuah...mee udang kena asingkan meenya...so ini rupa perencah yang aku gunakan...



Tapi korang jangan tanya aku lak....kat mana aku nak dapatkan perencah ni...aku sendiri pun tak tau...setakat ni aku dapat FOC jer dari adik aku...dia lak dapat dari kakak ipar dia orang Johor...selalunya aku dapat ni time raya...sebab time tu jer adik aku jumpa kakak ipar dia....mungkin pasni aku nak pesan kat adik aku book kan lebih boleh buat stok...huhuhu...



Ni la rupanya Mee Bandung Muar aku...walaupun mee ni dibuat di Bangi...hehehe...kalau korang nak try ini resepinyer...

Bahan-bahannya:

1/2 paket perencah Adami (cukup utk 5-6 orang makan)
250 g  Daging
1 paket Fish Ball
10 ekor Udang
3 tangkai daun sup utk hiasan
1 batang cili merah utk hiasan
2 biji telur
1 bungkus mee
1 biji bawang merah dan bawang putih utk menumis
1 batang carrot
4 tangkai sawi asingkan batang dan daun
3/4 jug air (anggaran sahaja)
Garam secukup rasa

Cara membuatnya :

1) Tumiskan bawang merah dan putih yang dihiris hingga kekuningan dan amsukkan rempah Adami.
2) Masukkan sedikit air agar perencah tidak hangus.
3) Masukkan daging dan fish ball. kacau sedikit dan masukkan air.
4) Tunggu mengelegak masukkan carrot dan batang sawi.
5) Masukkan udang dan pecahkan telur. Jangan kacau hingga telur keras.
6) Masukkan daun sawi dan garam secukup rasa.
7) Jika nak buat mee bandung kurangkan kuah dan masukkan terus mee untuk makan terus. jika tak
    bolehlah asingkan mee. Taburkan daun sup, bawang goreng dan cili potong.




Selamat Mencuba...dan meleleh air liur...hehehe..jangan marah...


Comments