Frech Loaf Cheese Prawn Curry

Assalammualaikum semua...sihat ke? harap semua sihat-sihat hendaknya....
Bila menyentuh tentang kesihatan ni...Ya Allah besarnya rahmat Allah yang satu ni....tak terbayar dengan apa sekalipun...hanya kesyukuran yang mampu dipanjatkan kepadaMu Ya Allah.....rasa insaf sangat bila kita bertemu dengan insan lain yang Allah uji dengan kesihatan yang tidak mengizinkan...last friday...Alhamdulillah berkesempatan menziarahi bapa salah seorang staff di pejabat....bapanya kurang sihat kerana jangkitan kencing manis....Didoakan semoga pakcik sihat dan sembuh seperti sediakala hendaknya....di kesempatan menziarahi wad ortopedik...maka berkesempatanlah melihatkan pesakit2 yang patah riuk akibat kemalangan ni...MashaAllah...tak sanggup nak tengok keadaan mereka...sedih sangat2....for the first time tengok keadaan pesakit yang patah di kedua belah kaki dimasukkan besi dipeha dan digantung dengan besi seberat 5kg setiap sebelah kaki....ditangan kanan juga besi dimasukkan...dan paling tak tahan diperutnya juga ditebuk dan diletakkan besi di tulang pinggangnnya....Ya Allah kita yg melihat terasa azabnya....apatah lagi insan yang merasainya....pesakit hanyalah seorang budak remaja lelaki....marilah kita sama-sama doakan moga budak tu tabah mengharungi dugaan Allah ni....kita yang sihat ni....marilah sama2 kita panjatkan seribu kesyukuran....

Oklah kengkawan semua....kali ni...rasa-rasa nak syer dengan korang satu lagi resepi simple....ni dia French Loaf with Cheese Prawn Curry....


Sebelum tu...jenuh terpikir2...ada dua tongkol french loaf kat umah ni...apa aku nak buat???last2 baru teringat...aku pernah buat french loaf ni sekali lepas tonton AFC Channel....masih teringat2 lagi rasanya...so bila shopping kat Giant beli barang dapur...aku beli sekali mozzarella cheese....maka jadilah menu ni....aku sendiri tak tau apa nama resepi ni...so suka suki aku la kasi nama ni...French Loaf with Cheese Prawn Curry...






Kepada yang berminat berikut adalah resepinya :

Bahan-bahannya :

1 batang French Loaf
10 ekor udang dibuang kulit
1 biji kentang dipotong dadu kecil
1 sudu besar kari ikan
1 biji bawang merah dicincang halus
1 biji bawang putih dicincang halus
1 batang daun sup dipotong halus (optional)
1/2 cawan air
Mozzarella Cheese
Marjerin
Garam & Gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Cara Membuatnya :
1) Pertama sediakan udang kari dahulu dengan menumis bawang merah dan putih yang dicincang halus tadi sehingga kekuningan.
2) Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Kacau hingga rata dan masukkan kentang. Tumis sekejap hingga kentang empuk. jika kering tambahkan sedikit air tapi jangan banyak sebab kuah perlu kering nanti.
3) Bila kentang dah agak empuk barulah masukkan udang yang dipotong kecil2.
4) Masukkan garam dan gula secukup rasa dan daun sup. Kacau rata dan angkat bila udang telah sebati. Jangan tumis terlalu lama nanti udang terlebih masak akan keras.
5) French loaf dipotong serong dengan pisau bergerigi. sapukan margerin di atasnya.
6) Letakkan pula udang kari tadi dan taburkan cheese.
7) Masukkan dalam oven dgn suhu 130c. 
7) Bakar selama 10 min atau hingga roti kekuningan dan cheese mencair. Sedia utk dihidangkan.




Nampak menyelerakan tak?? kalau menyelerakan apa lagi...meh la try...boleh buat breakfast ataupun minum petang....Selamat Mencuba..

Comments