Pau Rose Keledek Ungu

Assalammualaikum semua...kembali bersiaran dari bilik berita...dengan siaran tertunda...hehehehe...actually kuih ni buat semalam...tapi semalam flat betul nak masukkan entry ni...gara2 bersilat di dapur menggulung bunga rose...first time aku sekodeng blog Kak Ita dari Masam Manis...hati aku terus terpaut...dah set satu hari nanti aku mesti cuba...biarlah satu hari tu taun depan pun...hihihi...dan...aku tak sangka jugak yang satu hari tu adalah semalam...hahaha..sebab Kak Ita baru buat hari Isnin dan aku buat hari Ahad....huhuhu..



Akupun rasa macam tak percaya lagi....betul ke aku yang buat ni...hahaha...pada mulanya aku memang tak plan nak buat...tapi ahad tu masa beli lauk pauk dan sayur di pasar...tetiba aku terpandang keledek purple...aku teringat yang aku ada resepi nak cuba menggunakan keledek purple...pikir punya pikir baru teringat...ya...pau rose...aku terus beli 4 biji keledek purple dengan harga RM1.90....bila balik aku timbang guna 2 biji jer...masih berbaki 2 biji lagi...sapa nak try???meh aku nak bagi....hehehe...ni rupa pau yang belum dikukus...mula2 buat mmg tak berapa kemas..tapi kali kedua tu dah ok dah...



Kepada yang berhajat boleh tengok resepi ni....



Bahan-bahannya :
250 gm keledek manis warna purple - di kukus atau di rebus
200 gm air
500 gm tepung pau
1 t/s baking powder
100 gm gula
50 gm shortening atau lemak sayuran
1/4 t/s garam
11 gm yeast segera

Cara Membuatnya :
1) Keledek, dicuci bersih dan di rebus. Buang kulit keledek dan kisar keledek dengan air sehingga halus.

2) Masukkan semua bahan kedalam bread maker dan set doh dan biar hingga ia menjadi doh yang lembut.
3) Kalau guna tangan.Bancur sedikit air suam dengan yis dan biar ia berbuih. ( sukatan air mestilah sama dengan sukatan yang di beri - gunakan 1/2 air untuk kisar keledek dan 1/2 lagi untuk naikkan yis)
4) Campurkan semua bahan kecuali shortening, dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Masukkan shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
5) Jika adunan terlembik boleh tambah sedikit lagi tepung.Tutup doh dengan towel dan simpan doh dalam almari atau tempat yang hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam.
Setelah doh naik tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.

6) Untuk membuat pau biasa bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan berat 50 gm, isi inti dan letak doh atas kertas lapik.Rehatkan doh sehingga naik 2 kali gandaKukus doh dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 10 - 12 minit.

Disini aku copykan cara membentuk bunga pau tu...mohon share gambar ni ya Kak Ita.


Walaupun pada mulanya...rasa macam nak putus asa sebab bunga roseku tak lawa...tapi bila kali kedua dah buat...roseku dah nampak mekar....so inilah hasilnya...nak makan pun rasa sayang...huhuhu...apapun pau ni memang sedap...tak nyesal mencubanya...TQ Wendy dan Kak Ita...walaupun diaorg tak kenal sapa aku ni...huhuhu...Selamat Mencuba uols...





Comments