Sambal Tumis Ikan Bilis Mama

Assalammualaikum uols....

Semalam tengok tak telemovie kat TV1...tak silap start jam 9.00 mlm...aku tertengok pun dah start....selalunya jarang  tengok TV1 tetapi gara2 tak ada cerita yang menarik di Astro akupun layan la telemovie kat TV1 tu....tertarik lak tengok jalan ceritanya...nak tau apa tajuk citernyer...Haaaa...tajuk ceritanya sama dengan tajuk entry ni...hehehe...Sambal Tumis Ikan Bilis Mama...



Actually telemovie tu menceritakan tentang seorang anak teruna yg everyday mesti makan sambal tumis mak dia....sampai orang ingatkan dia kedekut...hinggakan nak cari calon isterinya pun syarat utamanya mesti pandai buat sambal tumis macam ibu dia...haii...haru memang haru....haru lagi sebab orang yang paling dibenci menyamar sebagai pembantu rumah dan belajar cara nak buat sambal tumis tu dari ibunya....hahaha...lawak pun ada....tapi yang penting aku naik terliur nak makan sambal tumis style cenggitu....hahahah...gara2 citer tu jugaklah akupun buatlah sambal tumis ikan bilis mama ni...hehehe..




Kalau ikutkan resepi sambal tumis ikan bilis ni....macam2 versi ada....ada yang tumbuk ikan bilisnya, ada yang letak sekor2....ada yang kuah sambalnya pekat, ada yang cair, ada yang merah dan ada yang coklat.....tapi kalau ikut style sambal tumis ikan bilis dalam telemovie tu...kuahnya style kering....sambal tumis jenis tu aku biasa panggil Sambal Tumis Berlada...sebab mak aku yg bagi nama tu...senang nak bezakan dengan sambal tumis biasa....hihihi..



Kepada yang nak try ni resepinyer...simple jer..

Bahan-bahannya:

1 cawan ikan bilis yang telah dibersihkan
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
3 sudu cili kering mesin halus
2 sudu air asam jawa
2 sudu besar minyak untuk menumis
Garam, gula & air secukupnya

Cara membuatnya:

1) Ikan bilis digoreng garing dan diasingkan.
2) Bawang merah, bawang putih dan belacan ditumbuk lumat.
3) Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk. Tumis hingga kuning.
4) Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga pekat.
5) Masukkan air asam jawa, gula dan garam.
6) Jika pekat bolehlah masukkan sedikit air. Air tak boleh banyak cukup hanya untuk tidak hangus sahaja.
7) Bila minyak tumis dah terbit bolehlah masukkan ikan bilis dan tutup api.
8) Ikan bilis jangan ditumis lama takut nanti tak garing dan liat. Sedia untuk dihidangkan.


Comments