Sup Cendawan Berkrim



Malam-malam ni...dengan cuaca sejuk dan hujan yang turun membasahi bumi....tekak ni teringin pulak nak makan sup cendawan berkrim...hihihi...pandai memilih betul tekak ni yer...huhuhu...kebetulan bahan2 ada kat rumah...balik kerja tadi pun agak lewat...so masak sup cendawan ni adalah langkah yang bernas...hehehe...




Jika ambil keputusan tak masak nasi for dinner..aku mesti call cik abg dulu tanya dia...lunch tadi ada makan nasi tak???so kalau dia jawab makan baru aku proceed buat sup ni...jika tak makan nasi aku risau berangin pulak perut cik abg kesyangan kita ni..hihihi...



Kepada pencinta sup cendawan dan teringin nak buat sendiri boleh la baca resepi ni....yg dah digodam oleh cik puan suzie...hehehe...sukatan adalah anggaran sahaja yer..pandai2lah korang agak mengikut saiz perut masing2...hahaha..jgn marah...:p

Bahan-bahannya:
3 cawan susu segar Dutch Lady- utk versi banyak dan berlemak2
1 kiub ayam Maggi- kasi umppphhh
720ml air - ikut sukatan paket serbuk cendawan Maggi
1 paket serbuk krim sup cendawan Maggi
1 tin cendawan butang-dipotong nipis
2 sudu besar tepung gandum-agen pemekat sup

Cara membuatnya:
1) Masukkan 720ml air ke dalam periuk diatas api sederhana besar. Masukkan serbuk krim sup cendawan.
2) Kacau menggunakan whisk bagi memastikan ianya tidak berketul. Tambahkan susu dan kiub.
3) Kacau hingga ianya agak pekat masukkan cendawan dan tepung gandum.
4) Jika kurang masin masukkan sedikit garam dan kacau sahaja dengan whisk sehingga pekat.
5)Bila sup mengelegak bolehlah dipadamkan api.





Untuk penyediaan roti tu..aku cuba mengkreatifkan diri.....nak makan sup tetiba bun tak ada, french loaf tak ada...garlic bread apatah lagi....huhuhu...akupun gunakan jer roti gardenia stok yang ada kat umah ni...aku sapukan sedikit dengan butter...pehtu aku sapukan dengan hirisan bawang putih...pehtu aku panaskan seketika dalam toaster...tadaaaa....jadilah roti garlic versi suzie...hehehe....Srupppp...cedapnyer...selamat mencuba..



Comments