Laksam

 
 
 
Assalamualaikum w.b.t ...Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, Para Nabi, Sahabat-Sahabat Nabi, semua Muslimim dan Muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia....Ya Allah jauhkan aku daripada perasaan riak dan takabur.....Kau kekalkanlah ilmuku dan Kau tambahkanlah rahmatMu Ya Allah....Biarlah pada pandanganku kerdil....tapi pada pandangan orang lain besar....Ameen Ya Rabbal Alamin..








Alhamdulillah dengan izin Allah hari ni berkesempatan buat Laksam...Actually laksam ni bukanlah peberet saya mahupun ahli keluarga...tapi teringin sangat nak buat...nak pelbagai skill memasak...Alhamdulillah rasa yang tidak mengecewakan....nak buat kuahnya taklah susah...macam kita buat laksa Penang..cuma nak buat tepung tu...remeh sikit...Anyway sangat puas hati dgn percubaan pertama ini...resepi diambil dari My Resepi...cuma air tu elok buat 2 cawan jer...sbb masa first adunan masuk dalam pengukus guna dua cawan...jadi cantik tepungnya...kali kedua tambah lagi secawan adunan agak cair so tepung mudah patah bila nak digulungkannya....tak taulah pulak kenapa resepi ni guna 4 cawan air....tak taulah pulak jika saya yang silap mengadun...hehehe...apapun jom tgk resepinyer...








Sumber : My Resepi

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
  • >>bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula
  • >> Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan
  • garam
  • limau

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau.



               

Comments