Puding Triffle Laici



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan, dan pintu-pintu syurga.
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.





Alhamdulillah..dipertemukan doa yang begitu indah...itulah Doa Pembuka 12 Pintu..boleh diamalkan setiap kali selepas solat fardhu atau selepas solat dhuha sebagai penambah doa...moga Allah makbulkan setiap doa yang kita titipkan..InsyaAllah Ameen...seperti selalu saya memohon maaf jika hadirnya gambar makanan ini bisa meliurkan si penontonnya...saya mohon keampunan jika hadirnya gambar ini bisa merasakan kelebihan dan mohon dijauhkan sekali bisa hadirnya rasa riak...Ya Allah..berkatilah ilmumu..berkatilah tangan2ku yang membuatnya....bersihkanlah hatiku...kadangkala memang terasa gelodak jiwa...bercampur baur..bila setiap kali gambar masakan saya dimasukkan ke dalam facebook...sama ada bisa menjadi motivasi kpd si ibu utk mencuba atau saya terus dihimpit dosa..tatkala ada mata yang teringin tetapi tidak mendapatnya...atau ada mata yang tidak mampu utk mencubanya.....Ya Allah bimbinglah aku....






Saya doakan hadirnya blog ini dapat dimanfaat..dengan berkongsi resepi dan idea...moga dijauhkan dari segala yang buruk...kepada yang berminat ingin mencuba..idea Puding Triffle Laici ni saya perolehi dari blog kesayangan...iaitu dari blog Kak Ita Masam Manis...tetapi ada sedikit sebanyak olahan mengikut kreativiti sendiri...kepada yang ingin mencuba silakan....moga keberkatan air tangan ibu mampu melahirkan anak2 yang soleh dan solehah...




BAHAN KEK SPONGE - saya guna resepi sponge cake yg biasa saya buat
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
Bahagian yg ini ita tak buat ita guna kek coklat

BAHAN KASTARD
200 ml susu sejat
100 ml air
2 kuning telur-saya tak guna telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY
1/2 camca teh konnyaku jelly powder - saya guna puding ready made perisa honey dew
Gula secukup rasa,
500 ml air - ita campur sedikt air laici
1/2 camca teh strawberry emulco - ita guna laici esen
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya - saya guna laici mcm Kak Ita
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi - ita guna jus laici

UNTUK SPONGE CAKE
Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.

UNTUK KASTARD
Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.

UNTUK JELLY
Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.

UNTUK TRIFFLE
Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..




Selamat Mencuba..InsyaAllah hasilnya tidak mengecewakan..memang sedap....



Comments