Puding Roti Laici




Assalamualaikum w.b.t....Alhamdulillah hari ini diizinkan Allah dapat menyiapkan Puding Roti Laici untuk Raziq bawa ke sekolah dia esok bagi jamuan akhir tahun....time kat ofis tadi terima sms ustazah dia bagitau....nak buat kek tak larat pulak rasanya....teringat baru buat puding roti pelangi....so decide buat puding ni...tapi ada sedikit inovasi...saya tambah laici dalam puding ni....hihihi...





Untuk Raziq bawa ke sekolah....saya masukkan pelangikan siap2 dalam tupperware...esok pagi saya potongkan...nanti ustazah tinggal keluarkan sahaja....bagi mereka yang nak belajar teknik mempelangikan adunan...boleh tengok gambar di atas....kita kena sudukan satu lapisan satu lapisan bertindih....buat hingga selesai...kalau buat dalam bekas besar bolehlah guna senduk....tapi bila makin nak siap sedikitkan portionnya...agak belang nampak cantik....sama juga kalau nak buat kek pelangi...teknik yang sama boleh digunakan...tp tengok pada adunan...kalau pekat sangat tak boleh...







PUDING ROTI LAICISumber asal : Hana's Family

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air *1 cawan daripadanya guna air laici
  • pewarna pink
  • 1 cawan laici
  • 1 sudu perisa laici/esen vanilla

Cara-cara:
  1. Didihkan 2 cwn air dan 1 cwn air laici tin,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair/ buah laici dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. Masukkan satu warna pink dan satu warna asal.
  5. Ambil sesenduk/sesudu ikut kebesaran acuan dan masukkan dalam bekas lapis demi lapis hingga selesai.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk. Boleh taburkan buah laici ketika makan.






Comments