Puding Roti Pelangi

 
 
 
Assalamualaikum w.b.t, Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda...Moga kita tergolong dalam umatnya yang mendapat syafaat di akhirat kelak....Alhamdulillah....hari ni bumi Allah dihujani hujan rahmat seharian....tak ada aktiviti menarik boleh dibuat di luar..duduk rumah uruskan operasi harian rumahtangga...time cutilah nak mop lantai satu rumah....lipat kain...cuci dapur...time keje tak dapat la nak buat kerja-kerja heavy macam tu..maklum la balik dah lewat petang...settlekan dinner dan basuh kain...kerja-kerja berat memang tunggu weekend baru boleh buat....
 
 
 





Hari ni..tekak rasa nak makan puding....teringat sejenis puding yang dulunya saya selalu buat....resepinya mudah tetapi hasilnya sedap InshaAllah...lembut teksturnya...menyusur laju jer di anak tekak....sedap jika kita perisakannya...cukup satu perisa dari satu warna tu dah memadai...dalam tiga perisa yang saya letak...iaitu perisa pandan, pisang dan strawberry..saya rasa perisa pisang menguasai...dan rasanya kena dengan puding ni...hihihi...kalau nak buat perasa coklat pun boleh...ikut selera masing2...
 
 
 
 



PUDING ROTI PELANGI
Sumber : Hana's Family

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
  • pewarna merah,kuning dan hijau. (terpulang masing2)

Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 3. masukkan warna pilihan dan kacau sebati. (hana gune merah,hijau dan kuning)
  5. Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna merah, tuang di atas warna hijau tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tk payah ratakan atau kacau. kemudian ambil pula warna kuning tuang di atas kaler hijau pula. ulang smula kaler merah dan buat hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk.
Selamat mencuba....

Comments