Siakap Stim Ala Thai...menjadi pilihan juri... |
Assalamualaikum w.b.t....Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda.....semoga hari ini kita dikurniakan kesihatan yang baik.....lama rasanya tak update entry baru...maklum la baru menyambut Aidiladha di kampung...bila balik rumah terus mengadap kerja...walaupun ada beberapa menu yang nak dishare tapi tak sempat saya nak update....Inshaallah saya mulakan dulu entry hari ni..dengan Siakap Stim Ala Thai...
Rupa paras Siakap Stim peserta lain... |
Sebenarnya bermula semalam dan hari ini Sek. Ren. Agama Seri Putra mengadakan Karnival Amal bagi mengutip dana membina susur gajah....so beberapa aktiviti telah dirancang...antaranya pertandingan memasak, mengubah dan menganyam ketupat untuk kategori ibu...so saya decide nak masuk pertandingan memasak...Tema yang diberi Siakap Stim atau Kerabu....
Semangat Dr. Ezani merasa...hihihi.. |
Saya memilih untuk masak Siakap Stim...masakan dibuat dirumah..sampai sana tinggal platting jer...semua peserta masak ikan siakap tu seekor..saya sorang jer yg buat fillet....nampak Dr. Ezani suka dengan Siakap Stim Ala Thai saya...huhuhu..beria gak dia makan..siap dua kali rasa...kali kedua ngan nasi pulak...hehehe..actually lambat start utk pertandingan memasak ni..saya tak bercadang masuk gubahan lipatan sejadah...boleh masuk pertandingan itu....jadilah dapat saguhati....hihihi... ikan dah sejuk walaupun still wrapping dengan aluminium foil....apapun rasanya tetap sama...hihihi....Alhamdulillah...Siakap Stim Ala Thai saya menjadi pilihan juri sebagai Johan...
Pertandingan memasak....tapi dapat piala..kelakar pun ada...hihihi.. |
SIAKAP STIM ALA THAI
Bahan-bahannya:
1 ekor ikan siakap atau filletkan isi ikan
1 inci halia dihiris halus memanjang
2 ulas bawang putih dihiris halus memanjang
1 batang serai dihiris halus
1 batang bunga kantan dihiris halus
2 tangkai daun kesum dihiris halus
2-4 biji cili padi dihiris halus
1 biji limau nipis diperah jusnya
1 batang tauhu jepun digoreng dahulu *option
Bahan Perapan Ikan
1 sudu besar sos tiram
1/2 kiub ayam
1 sudu kecik serbuk lada hitam
1/2 inci halia ditumbuk halus
1) Letakkan ikan yang diperap atas aluminium foil.
2) Masukkan kesemua bahan hirisan, jus limau, tauhu jepun dan tambah sos tiram.
3) Bungkus rapi aluminium foil dan kukus selama 10 minit.
Bersama Juara Masterchef Musim 1.. Dr. Ezani selaku juri... baik orangnya... |
Comments
Post a Comment