Alhamdulillah last week...semasa bonda masih ada di rumah anakandanya ni...cuba try resepi Nasi Ala Kak Wok..resepinya memang simple...tapi kuah karinya ada keunikannya tersendiri daripada kari yang biasa buat...campuran rempah kari dengan rempah kerutub menghasilkan rasa yang lebih umpphhh...wajar disimpan dalam blog ni...untuk rujukan lenkali...paling best mak kata sedapppp....hehehe....
GULAI AYAM ALA KAK WOK
BAHAN-BAHAN:
4 labu bawang besar merah
5 ulas bawang putih
1 1/2" halia
1 1/2" lengkuas
3 sudu (b) rempah kari daging @ rempah gulai darat
1 sudu (b) rempah kerutub
Kacang panjang - dipotong 2"
Terung potong kecik2
Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong2 kecil.
Santan (jgn pekat sgt)
CARA MEMASAK:
1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dgn air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.
3. Kemudian masukkan kedalam bahan2 yg ditumis tadi. Masukkan ayam dan masak ayam empuk. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang.
4. Masuk garam, gula nisan dan serbuk perasa @ kiub ayam. Masak sekejap.
(gulai ayam ni tak tumis rempah kasar)
SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
4 biji cili kering - direbus
Cili padi ikut pedas
2 inci belacan
1 labu bawang besar dibakar
1 labu bawang putih dibakar
Gula, garam, ajinomoto
Air asam jawa
CARA MEMASAK:
1. Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya.
BAHAN-BAHAN:
Ayam dipotong kecik2
Garam
2" kunyit hidup di tumbuk lumat
1 sudu (k) serbuk kunyit
1 sudu (k) serbuk cili
CARA MEMASAK:
1. Ayam basuh bersih2 dan ditoskan. Kemudian dipotong kecik2.
2. Lumurkan ayam dgn bahan2 diatas dan perapkan sekejap.
3. Goreng ayam dlm minyak terendam sampai sederhana garing.
Comments
Post a Comment