Kek Lapis Cheese



Assalamualaikum w.b.t...Syukur Alhamdulillah....masih berpeluang mengupdated entry di blog ni....walaupun hati resah gelisah...kerana hari ni dah masuk 2 hari overdue dari tarikh jangkaan bersalin....cuba setenang yang boleh...dan berdoa agar dipermudahkan segalanya...anggap la memasak dan mencuba resepi baru ni salah satu terapi untuk mudah bersalin nanti...;-)





KEK LAPIS CHEESE
Sumber : www.facebook.com/buku resepi
Sukatan resepi ini telah diolah oleh saya.

Bahan-bahannya :
20 keping biskut marie ikut perisa apa yang anda suka (original/chocolate/coffe)
1 cawan susu segar
250g cream cheese
100g whipping cream non-dairy
3 sudu besar gula castor
1 sudu besar gelatin halal
50 ml air panas

Cara Membuatnya:
1) Putar cream cheese dgn gula hingga kembang. Dalam bekas yang berlainan putar whipping cream
    hingga kental. Campurkan kedua-duanya dan gaulkan bersama dengan spatula.
2) Cairkan gelatin dgn air panas. Bila telah hancur tapis dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau
     hingga rata dan sebati.
3) Sediakan bekas/loyang dengan dilapik dengan aluminium foil atau kertas minyak keseluruhannya
     agar mudah ditarik keluar bila keras nanti.
4) Panaskan susu seketika kemudian angkat. Celupkan biskut marie sekejap jgn sampai lembik.
5) Lapiskan satu persatu dengan adunan cream cheese tadi sehingga habis.
6) Bekukan dalam 1-2 jam dalam peti ais. Bila keras bolehlah dikeluarkan dan dipotong.


Comments

  1. salam..bab2 chez kek ni memang aku terliur sangat..

    ReplyDelete
  2. sedap dan nampak cantik lapisan tu..

    ReplyDelete
  3. cantik akak tgk lapis cheese ni,akak belum pernah try..

    ReplyDelete
  4. Biskut marie tu rendam sekejap jer..so kita boleh lapiskan satu2...dan inshaallah cantik kejadiannya...selamat mencuba...

    ReplyDelete

Post a Comment