Followers

Friday, 12 September 2014

Pau Inti Daging & Coklat



Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca blog airtangansuzie ni....Alhamdulillah diberi keizinan untuk update blog ni...last entry bulan Mac 2014 dan kini dah bulan September 2014....masuk 6 bulan menyepi.....ada a few resepi yg menjadi koleksi tak sempat nak masukkan dalam blog ni....salah satu manfaat blog ni sbb dapat simpan koleksi menu dan resepi yg dah dicuba...bila nak refer balik nanti senang...cuma masa nak mengupdate agak terbatas.....





PAU GEBU
1kg tpng gndm
1sudu teh baking powder
(ayak bersama)...
BAHAN DILARUT BERSAMA
1sd teh garam
1/2cwn minyak
2 1/4cwn air
1pek yis
1sd mkn gula
2sd mkn susu pekat
1bj telur
Inti pilihan
CARA :
- kacau bhn di atas hingga gula larut
- tuangkan skt2 ke dlm tpng hngga menjadi doh tak melekat ditangan
- ambil sedikit doh, leperkan & masukan inti pilihan, kemaskan
- biar hngga doh naik 1 kali gnda (jngn terlalu naik, dah penuh 2 loyang pengukus saya mula mengukus)
- kukus 7-10 minit (saya kukus 7 minit shj) balut tudung pengukus




Saturday, 22 March 2014

Nasi Ambeng



KOMPENON DALAM HIDANGAN NASI AMBENG

Nasi Putih
Mee Goreng
Sambal Goreng Jawa
Ikan Masin Bulu Ayam
Seruding Kelapa Jawa
Ayam Masak Kicap




Semua hidangan basic, rata-rata dah tau...so share resepi macam mana nak buat Serunding Kelapa Jawa dan Sambal Goreng Jawa
 
 
SERUNDING KELAPA

1 biji kelapa parut - ambil putih sahaja
10 tangkai cili kering
1 inc halia
3 batang serai
1/2 inc lengkuas
1/2 cawan udang kering
1 cawan ikan bilis
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 inc belacan
1/2 inc kunyit
1/2 cawan air asam
garam dan gula secukup rasa

Kisar kesemua bahan diatas kecuali kelapa. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan kering. Kemudian masukkan air asam, garam dan gula rasakan semuanyer biarkah secukup rasa. masaklah hingga kuah pekat dan kering. Setelah garing masukkan kelapa dan masak hingga betul2 kering dan berderai.



SAMBAL GORENG JAWA
 
Bahan-bahan
1 keping tempe (dipotong letak garam kunyit & digoreng)
2 biji kentang (dipotong mcm fun fries digoreng)
1 cekak soun (yg macam bihun tu...direndam dulu)
1 keping fucuk (direndam dulu)
 3 tangkai cili kering dihiris halus
Sedikit Udang basah/udang kering sbg perencah
1/2 cawan air asam jawa
1/4 cawan santan kelapa (option jika nak sambal goreng agak lembab sikit)
1 ulas bawang merah besar (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus memanjang)
2 cm halia (dihiris halus memanjang)
Kicap manis, garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya

1) Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan hirisan cili kering.
2) Masukkan fucuk, soun, tempe dan kentang goreng tadi. Kacau rata dan masukkan air asam jawa.
3) Masukkan kicap sedikit, garam dan gula secukup rasa. Goreng hingga kering. Jika nak lembab bolehlah masukkan santan pekat sikit. Dah agak kering bolehlah angkat.





Ikan Bilis Kicap Pedas

 
IKAN BILIS KICAP PEDAS
 
Bahan-bahannya :
 
Ikan Bilis yang dibersihkan
1 biji Bawang Merah
5-6 biji cili padi
Kicap secukupnya
 
 
Cara-caranya :
 
1) Goreng ikan bilis hingga garing dan angkat.
2) Tumbuk bawang merah dengan cili padi hingga lumat.
3) Tumiskan bawang dan cili dengan sedikit minyak hingga garing.
4) Masukkan kicap, kacau laju2 dan masukkan ikan bilis.
5) Kacau rata sekejap terus tutup api.
 
 


Ayam Pandan




Resepi Ayam Pandan
 
Bahan-bahannya :

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Ketumbar
Jintan manis
Garam
Serbuk kunyit
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
Serbuk cili
Sedikit manisan/gula melaka





Cara-caranya :

1) Bawang dan rempah ratus ditumbuk.
2) Gaul bersama ayam yg dipotong dadu.
3) Bungkus dgn daun pandan yg disapu minyak.
4) Perap seketika dan goreng dalam minyak penuh.
 
 
 

Suzie Saufi's photo.
 

Sunday, 16 March 2014

Kek Span Coklat

 
 
 
Assalamualaikum w.b.t...setelah sekian lama...baru dapat masuk blog yg bersawang ni...ini pun gigihkan hati masuk walaupun tertidur depan laptop....sebab nak save resepi ni...nanti nak buat lagi senang...resepi ni mmg rekomen...sedap.....dan cukup rasa coklatnya...buat sempena birthday Raqin yg pertama 13.03.14.....
 
 
 
 
 
 
 
KEK SPAN COKLAT
Bahan-bahan:

5 biji telur gred B
170gm gula kaster
1 camt ovalette - kalau tak de pun tak pe..
100gm tepung gandum
1tsp baking powder - kalau tak de pun tak pe.. kek tetap jadi..
40gm serbuk koko
70gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan



Cara-caranya :


1. Pukul telur, gula, ovallate dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan bertanduk...
2. Masukkan tepung, baking powder & serbuk koko yg telah di ayak ke dalam adunan...
3. Kemudiannya minyak jagung dan kacau sebati dengan cara kaup balik... kacau rata2 k...
4. Isikan ke dalam loyang 8" dan bakar menggunakan api atas bawah selama 30-35 minit pada suhu 170'c...
5. Bila kek dah masak.. keluar je dr oven.. ..keluarkan kek dari loyang dan sejukkan di redai agar kek tak susut.... 
 


Wednesday, 2 October 2013

Pisang Keju

 
 
Bahan2:
Sesikat pisang masak yg ready utk mkn ( cth berangan)
Bread crumb (serbuk roti)
Ceddar cheese (diparut atau hiris)
Strawberry + gula

Coklat cair jika suka

Cara:
1- Golekkan pisang dlm breadcrumb. Padat2 kan bg melekat.
2- Panaskan minyak dan goreng pisang hingga garing dan toskan.
3- Alihkan ke pinggan terus taburkn cheese dan tutupkan sekejap bg cheese cair dipisang.
4- Utk sos strawberry blh beli ready made. Jika nak buat just masak fresh strawberry dgn sedikit
     gula  dan air. Masak hingga pekat.
5- Strawberry sos boleh disiram terus dgn coklat cair atas pisang atau diletak berasingan utk dicicah.
 
 


Kek Coklat Nutella


Sumber : Life is colourful

Bahan-bahan :

4 sudu besar tepung naik sendiri
4 sudu besar gula castor
1 biji telur
3 sudu besar serbuk cocoa
3 sudu besar Nutella
3 sudu besar susu segar
3 sudu besar minyak zaitun/ minyak sayur/minyak jagung

Cara-cara :

1. Satukan semua bahan ke dalam bekas mug yang besar.
2. Kacau rata sampai sebati.
3. Masukkan dalam microwave selama 1 1/2 -3 minit. (bergantung pada watt microwave anda)
4. Hiaskan dengan whipped cream atau coklat cair mengikut kesukaan.



 
Senang disediakan..cepat dan mudah..cuma tak elok diamalkan...sebab masak guna  microwave tak digalakkkan....tp bila teringin nak kek coklat segera...resepi inilah jawapannya....