Ayam Goreng Berempah

Assalamualaikum.....jam menunjukkan jam 3.10ptg....dalam kul 5.00ptg lepas solat Asar... InshaAllah dah start nak bersilat kat dapur..... masak....hehehe...Alhamdulillah setakat hari ke-14 Ramadhan ni...aku masih bertahan... masak sendiri utk hidangan berbuka.....kalau beli pun... kuih muih sikit2.. itupun time keje...sbb tak sempat nak buat.....

InshaAllah...selagi tak betul2 penat dan tak sempat... aku masak sendiri jer...bukan apa...sbb aku ni spesis cerewet sikit bab makan ....so..bila aku beli..selalunya ada jer yang tak puas hati...sbb tu aku lebih suka masak sendiri...simple pun tak apa....janji puas hati....hehehe...semalam aku buat Ayam Goreng Berempah....anak2 puji sedap...heehehe...pandai tul anak2 aku ni membodek...hehehe....resepi ni pun aku tak ambik daripada mana2....aku reka sendiri......berdasarkan rasa makan ayam goreng berempah kat kenduri kahwin ataupun katering.....kalau ada yang berminat nak cuba...nanti aku perturunkan resepinya...



Bahan-bahannya

4 - 5 ketul ayam
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 inci Halia
1 batang serai
1 biji bawang merah besar
1 sudu besar serbuk kari
Daun Kari
Serbuk Kunyit
Garam Secukup Rasa

Cara membuatnya

1) Ketumbar, jintan, bawang, halia dan serai ditumbuk dan di letakkan pada ayam.
2) Masukkan serbuk kari, kunyi, garam dan daun kari. Perap setengah jam dan goreng dengan minyak penuh.




Rasa terliur tak???kalau rasa...cubalah try buat....hehehe..senang dan simple...Selamat Mencuba..

Comments