Lai Chee Kang

Alhamdulillah....selesai sudah solat tarawikh......terasa segar badan ni setiap kali lepas tarawikh....InshaAllah...bukan sahaja pahala kan kita perolehi...tapi kita akan peroleh kesihatan dan kesegaran badan selepas seharian menahan lapar dan dahaga....setiap amalan yang difardhukan atau disunatkan oleh Allah tentunya ada hikmahnya dari aspek kerohanian mahupun jasmani....

Waktu berbuka tadi...aku buat sejenis minuman wajib aku buat bila bulan puasa untuk berbuka....sekurang2nya sekali pasti akan aku buat bila berbuka puasa...aku memang suka air ni...selain dapat menyejukkan badan....airnya yang manis2 buah sangat menyegarkan....minuman yang aku maksudkan adalah Lai Chee Kang......Alhamdulillah setakat ni buat.....sedap di tekak aku dan familyku...hehehe...




Jika ada yang berminat juga dengan minuman ni...bolehlah aku tuliskan apa bahan-bahannya..tapi aku takkan bagi sukatan setiap bahan2 tu sebab yang itu ikut budi bicara kalian nak buat banyak mana...hehehe....mana menu yang aku buat...memang dari pengetahuan aku sendiri..aku tulis la bahan2nya...tapi bagi mana resepi yang aku ambil dari blog blogger masakan...akan aku linkkan jer resepi tu....aku beri penghormatan kepada blog resepi yang aku ambik...sekurang2nya...korang boleh jenguk blog itu...bolehkan??hehehe...ok ini antara bahan2 untuk Lai Chee Kang...

Bahan-bahannya

Bunga kembang semangkuk (direndam)
Biji Selasih (direndam)
Buah Kundur
Gula Batu
Buah Longan/Laici dalam Tin
Cincau
Agar-agar (Buat 3 warna hijau, merah & kuning)
Kacang Tanah Goreng (beli yang dah siap je)




So berdasarkan bahan-bahan diatas...korang campurkan saja semuanya...kalau korang nak manis tambah la air gula...tapi aku suka manis2 buah...manis gula batu dengan air tin longan tu dah cukup manis...sambil tulis entry ni pun....aku masih meneguk air ni...ermmmm......nyamannya.....

Comments