Followers

Sunday, 14 August 2011

Sup Tauhu Jepun

Salam Ramadhan semua....
Harap semuanya sihat...moga dengan kesihatan yang diberi kita dapat menjalani ibadat puasa dengan sempurna...disambung dengan ibadat tarawikh malam ini....cadangnya nak masukkan sekali fadhilat Ramadhan malam ke-15 ni...tapi tadi cuba surf terbaca satu artikel rupanya ada fadhilat Ramadhan yang datangnya dari hadis tak sahih...Ushhh!!!nasib baik terbaca dulu....kalau tiba2 aku post kat sini...tak pasal2 akupun dapat syer menyebarkan benda yang tak sahih...so kesimpulannya tak kisahlah apa fadhilat tarawikh malam ini...InshaAllah pastikan ada ganjaran terbaik dari Allah s.w.t buat kita....

Dah ada perancangan nak masak apa ke berbuka ni....memang awal lagi...tapi buat ibu-ibu...tentu dah pening nak masak apa tiap hari untuk berbuka...termasuk la aku sekali...so pada sapa2 yang duk pikir2 nak masak apa tak tau...mungkin resepi ni boleh dipertimbangkan untuk berbuka nanti....tapi tak semua orang suka...Sup Tauhu Jepun....aku dulupun tak bape suka tauhu jepun ni...macam geli jer..sbb lembik nor....tapi sbb Mr. Hubby suka...lelama akupun jadi suka...itulah kuatnya pengaruh pasangan hidup...cewahhh!!!



Aku dah lama gak berkira-kira nak masak tauhu jepun ni...tapi bila pergi tengok kat supermarket...selalu tgk brand chayanunalif punyer....walaupun ada logo halal aku was2 nak beli...tetiba hari tu aku gi Giant...aku jumpa tauhu ni brand Giant dengan logo Halal JAKIM...so akupun terus ambik....pada sapa2 yang nak cuba resepi ni...berikut adalah bahan-bahan dan cara memasaknya..simple jer...

Bahan-bahannya

3 paket tauhu jepun (dipotong 5 dan digoreng hingga kekuningan)
1 kiub ayam 
1 batang lobak merah
3 kuntum bunga kobis dipotong ikut pokok (biar besar lagi sedap)
3 pokok bak choy (kalau tak tau...sawi yg pendek2 tu)
1/2 cawan air tepung jagung
2 ulas bawang putih (dihiris halus memanjang)
1 inci halia (dihiris halus memanjang)
1 sudu sos tiram
Garam secukup rasa

Cara membuatnya

1) Tumis bawang putih dan halia hingga wangi...masukkan bunga kobis, lobak merah dan batang bak choy. 
2) Masukkan air biasa dalam 1/2 cawan. Kemudian masukkan kiub dan sos tiram.
3) Bila dah mendidih masukkan air tepung jagung. 
4) Kacau...last sekali baru masukkan tauhu jepun dgn daun bak choy. Letak garam secukup rasa.


Batang dengan daun bak choy elok diasingkan bagi memastikan daunnya tak lemau sangat bila kita masak. Jika tak nak pekat sangat boleh tambah air. Dan jika suka boleh pecahkan telur...aku tak buat sebab nanti muak sangat....so kepada yang berminat...Selamat Mencuba...

3 comments:

  1. tahniah.cantik blog ko. akan aku jadikan idola utk aku masak...

    ReplyDelete
  2. Mekacih...InsyaAllah akan ku tunaikan janji aku masukkan resepi Sambal Goreng khas buat ko...sure Wanlin tambah sayang kat ko sbb ko pandai masak sambal goreng..hehehe...

    ReplyDelete
  3. Kat Giant ye. Bolehla cari lepas ni. Kat besut ni pun susah nak cari yang boleh diyakini kehalalannya.

    ReplyDelete