Followers

Thursday, 27 October 2011

Ala Ikan Bakar Sekinchan

Assalammualaikum....pagi2 cuti deepavali dah pekena nasi lemak...bila dah tengahari...rasa2 nak makan seafood yang bakar membakar lak.....terus ajak adik aku joint the club...so dia prepare udang dengan sotong....so aku prepare ikan...dua pilihan ikan aku iaitu ikan siakap dan ikan kembong.....


Actually aku nak syer ngan korang....macam mana aku buat sambal untuk bakar ikan tu...sepatutnya dibakar atas daun pisang...tapi cari kat Giant time tu tak ada la pulak daun pisang....nak pergi ke pasar dah lewat pulak....sudahnya guna aluminium foil jer....tapi kurang la sikit rasa...kalau dengan daun pisang tu...sudah tentu aromanya sahaja bisa meleleh air liur bila dibakar bersama sambal ikan bakar ni.....



Aku pernah lunch di restoran Ikan Bakar Sekinchan kat area Bangi ni...aku betul2 tak rasa feel.....sebab sambalnya tak berasa...pedas tak ada... manis sambalnya tak ada....so aku rasa geram....boleh??? hehehe...so akupun mencipta sendiri sambal ikan bakar ala secinchan aku ni...hehehe...dah dua tiga kali gak aku buat...Alhamdulillah aku rasa macam mana yang aku nak rasa....hehehe...kalau ada yang berminat aku syer kat sini...

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan siakap dibersihkan
10 tangkai cili kering dipotong dan direndam air panas
1 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 tangkai serai dihiris halus
1 kiub belacan bakar
2 sudu besar pati asam jawa Adabi
2 sudu besar minyak
1/2 cawan air
1 sudu besar kunyit
Gula dan garam secukup rasa

Cara Membuatnya:

1) Ikan yang dibersihkan tadi dilumur dengan garam dan kunyit. Biarkan seketika.
2) Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, belacan dan serai dimesin hingga hancur dan halus.
3) Panaskan minyak dan tumis semua bahan2 yang dimesin tadi hingga naik bau.
4) Masukkan asam jawa, garam dan gula secukupnya. Masak hingga sambal tadi pekat dan tidak berair. 
5) Setelah masak salutkan sambal tadi ke atas ikan sebelum dibakar. Sekiranya menggunakan daun pisang 
    sila sapukan minyak terlebih dahulu pada daun pisang bagi mengelakkan daun pisang tersebut hangus bila 
    dibakar.


So kalau agak2 terasa nak makan Ikan Bakar Ala2 Sekinchan Ikan Bakar...ingat yer...Ala-ala jer...heheheh...nak exactly gi terus ke restoran tu order...huhuhu...Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment