Followers

Sunday, 23 October 2011

Kek Pandan Lapis

Assalamualaikum....Alhamdulillah hari ni mood memasak aku masih menguasai...hehehe....tapi pagi2 lagi insiden tak berapa best dah berlaku...nak tau apa???ntah ngapa ntah...aku boleh terlupa hari ni birthday hubby aku...Ya Allah...Ya Ampun...macam mana boleh terlupa ni...dalam sejarah 8 tahun melayari bahtera bersama...ni tahun pertama terlupa...padahal dekat kalendar meja di opis...dah tulis besar2 setiap tarikh penting dalam hidup aku....setiap hari tengok kalendar tu...boleh tak teringat...

Masa awal bulan dah teringat...nak beli hadiah..tapi rasa awal sangat...nanti basi...tapi sudahnya...haaaa!!!amekaw...aku lupa terus...huhuhu....dengan suara yang tak berapa nak terkuar...tiba2..."tak nak wish pun..." hubbyku bersuara lepas solat subuh pagi tadi....apalagi Ya ampun sayangku lupa dehhh!!!!*dengan muka seposen...dan rasa bersalah teramat......maaf...maaf...maaf...so hari ini aku terus membuat sebiji
Kek Pandan Lapis teristimewa buat hubbyku....walaupun ini baru first time aku buat...huhuhu...


Add caption
 Actually dah lama jugak berhajat nak buat...tapi tengok caranya macam remeh jer...tapi sebab lama dah teringin nak buat...hari ni aku decide nak cuba...Alhamdulillah jadi dengan eloknya....kepada yang berkenan disini respeinya...aku ambik dari My Resepi sumbangan Mat Gebu...dan ternyata memang gebu betul kek ni...

  • BAHAN2 UNTUK KEK:-
  • 5 biji telur Gred A
  • 160 g gula
  • 125 g tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 75 g minyak jagung
  • 15 g ovallate
  • 1 camca teh paste pandan
  • 2 camca besar susu segar/cair
  • BAHAN2 UNTUK KASTARD:-
  • 1050 g santan
  • 225 g gula
  • 10 g serbuk jelly
  • 1 camca teh paste pandan
  • 100 g tepung Hoen Kwee (warna hijau)
  • 75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian tapis)
  • Secubit garam
UNTUK KEK:-
1) Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu.
    Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
    Masukkan juga susu. Gaul rata.

2) Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3)
    inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga
    permukaan kertas dgn mentega.

3) Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.
    Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan.
    Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhg tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci.

4)Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping.

UNTUK KASTARD:-

1) Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas.
    Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan wisk,
    kacau hingga pekat dan berkilat. Mastikan api dan biar suam sedikit
    sebelum dilapis dgn kek.

UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN:-

1) Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan.
    Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan
    dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong.

2) Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek.
    Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard.

3) Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. Keluar kan kek
    dari acuan dan salut dgn kelapa kering.

4) Bahagian yg ber kastard tu di atas dan kek dibawah. Ini bermakna kek nie
    dimulai dgn bhg kastard dan akhir dgn kek..

5) Satu petua....gunakan tin utk membakar kek tadi, cuci tapi tak payah guna sabun,
    cuma buang kerak2 yg tertinggal, lepas tu keringkan, kerana saki baki mentega yg
    kita guna utk mengris   tin tu masih ada dan ini memudahkan kek yg telah dilapis dgn
    kastard utk dikeluarkan...



Untuk pengetahuan semua...kek ni lembut dan sedap...tak terlalu manis...just nice jer...so kepada hubbyku..jangan kecil hati...semoga kek ini dapat menceriakan hatimu...Terima kasih kerana menjadi suami dan papa yang terbaik buat kami...Moga Allah lindungimu senantiasa...Happy Birthday sayang...


For beloved followers...Jangan tak cuba....hehehe...
.



No comments:

Post a Comment