Followers

Friday, 28 October 2011

Mee Kolok Sarawak Made in Bangi

Assalamualaikum semua...moga di hari jumaat yang penuh berkat ini kita dapat manfaatkan nikmat yang ada dengan beribadat kepada Allah.....bekerja sebagai ibadat....menguruskan rumahtangga sebagai ibadat....dan InshaAllah memasak pun sebagai ibadat........

Alhamdulillah...baru selesai menjamu selera malam ini dengan menu yang amat special dan luar biasa...lain dari yang lain...pada hal malam ni adik aku dah masak nasi tomato kat rumah....kebetulan dia datang semalam....tetapi dek kerana keterujaan ingin mencuba satu resepi baru...aku dengan penuh gigihnya...balik kerja tadi...terus mencapai periuk belanga memasak...jeng!!jeng!!jeng!! ni dia...MEE KOLOK SARAWAK....tapi kali ni dibuat di Bangi, Selangor...huhuhu...




First time aku makan Mee Kolok ni semasa bulan Ramadhan dua tahun lepas....masa tu dengan penuh keterujaan...tertanya2 lah...apalah rasanya mee kolok ni...al maklum la tak pernah pun menjejakkan kaki ke Sarawak lagi...bila jumpa di bazar Ramadhan Mee Kolok ni amatlah terujanya aku....sekali aku rasa....perghh!!!!memang terus jatuh cinta.....




Terima kasih tak terhingga buat Dayangjack kerana menyumbangkan resepi ni di blognya....baca resepi tadi...terus on the spot decide nak buat....so pada yang berminat nak cuba ini aku copykan resepinyer...


Resepi Mee Kolok Basah
Sumber : Dayangjack

Bahan-bahan :
  • 300 g mi kolok (kalau tak ada, boleh guna mana-mana je non-fried noodles atau instant mee)
  • 1 sudu besar perencah sup
  • 200 g daging lembu
  • air secukupnya
  • sedikit garam
  • 7 ulas bawang putih (dicincang)
  • 8-10 biji cili api
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • minyak masak secukupnya
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • 1 sudu kecil sos ikan / sos soya
  • 1 sudu makan cuka

Cara-cara
  • UNTUK SUP : Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis. Ketepikan kuah/supnya (boleh dipanaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).
  • UNTUK MEE: Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut. Keluarkan dan toskan. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.Di dalam kuali yang sama, panaskan sedikit minyak dan goreng daging yang telah dihiris tadi. Masukkan kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan garam. Kacau rata-rata. Keluarkan.
  • UNTUK SAMBAL : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau x ada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)
  • Cara Menghidang : Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan daun bawang. Sediakan juga semangkuk sup yang ditabur dengan daun sup untuk kuahnya.

****kalau nak memeriahkan lagi suasana mee ni, jika suka boleh juga dicampurkan dengan tauge/sawi/fishball/fishcake/crabstick/prawns/isi ayam dsb (tapi rebus/celur dulu ye)


Personally aku rasa puas hati betul sebab dapat masak Mee Kolok ni hasil dari air tanganku....InshaAllah lepas ni nak buat lagi....mungkin boleh improve lagi dari segi bau dan rasa bawang putihnyer....rasa kureng menyengat sikit tadi...lepas dah buat dua tiga kali nanti mungkin tip top...hehehe....



Kepada yang berminat...jangan malu jangan segan...jom try resepi ni...nyum..nyum...

3 comments:

  1. pergghhh!...adehh! nak pitammm!! dah sampai ke Bangi ghuper2nya...ishh2 x patut! x patut! ...sepatutnya semangkuk ni kena antar ke Ampang, barulah aci...whaaaa! nangis kte..

    Apa2pun Alhamdulillah....tahniah & mekasih byk2 sb sudi menerai resepi ni ye. Sup tu bole bubuh sedikit kicap jika suke. huhu.
    nasib baik kte ni dh kenyang. kalau x, skrg gak pegi ke Bangi...hehe

    ReplyDelete
  2. Masa tgk gambar kat entry dayang terus telan air liur ni...mmg sedap...lain kali boleh buat lagi...hehehe...dan boleh letak kicap cikit kat sup...yuhuuu..thanks again for a nice recepie...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..nk tnye,mana awak beli mee kolok ni? Kt kedai bangi mana yg ade jual?

    ReplyDelete