Followers

Wednesday, 19 October 2011

Coctail Castard Pudding with Nata De Coco

Hi uols...actually hari ni tak ada idea pun nak masuk entry apa...al maklum la...virus M masih menular dijiwa ini...huhuhu...nak tunggu virus R ntah bila nak datang...bila virus R dah datang satu hari mau 2-3 menu best aku buat...tapi bila dah M....ermmm....beli kedai jer la nampaknya...huhuhu...


Ronda-ronda gambar masakan dalam mobile upload di facebook...tetiba ternampak la gambar sejenis puding yang aku pernah buat ni...bagi memastikan aku tak lupa dengan puding ni..aku nak menyelit sikit kat entry kali ni...hehehe...jangan marah ekkk...menu dah basi...hehehe...



Ni dia koktel Puding Castard dengan Nata De Coco....resepi mudah jer....jika ada yang berhajat boleh jenguk2 resepi ni...hehehehe...

Puding Castard

Bahan
4 sudu besar tepung castard
3 mug air
4 sudu besar gula

Cara
1) Bancuhkan tepung bersama air dan kacau hingga tepung betul2 larut.
2) Masukkan gula dan kacau baru di masak hingga adunan likat.
3) Kacau hingga adunan berkilat. Tutup api dan masukkan dalam acuan yang disuka.
4)Tunggu hingga sejuk baru keluarkan dari acuan.

Sagu Merah

Bahan
4 sudu besar sagu direndam sebentar
21/2 mug air
4 sudu besar gula
1 helai daun pandan
Sedikit pewarna merah

Cara
1) Masukkan air dalam periuk dan masak hingga mengelegak.
2) Masukkan sagu dan kacau hingga agak likat atau jernih baru masukkan gula.
3) Masukkan sedikit pewarna merah dan daun pandan. Jika likat sangat boleh tambah air sikit2.
4) Kacau hingga sagu betul2 jernih. Angkat dan sejukkan.

Air Koktail

Bahan
1 tin susu cair
3 sudu gula
3 mug air
Nata De Coco  secukupnya

1) Campurkan kesemuanya. Masukkan puding kastard dan sagu tadi. Masukkan ais dan sedia untuk dihidang.



Jika cuaca agak panas...dan nak kan sesuatu membasahi tekak...apa tunggu lagi...jom lar try...hehehehe..


No comments:

Post a Comment