Followers

Saturday, 22 October 2011

Roti Gulung Sosej Keju

Hai semua....buat sarapan apa pagi tadi??? pening memikirkan menu apa untuk sarapan?? ermmm...memang pening kadang2 nak fikir buat apa...lebih2 lagi kalau tak dirancang...pagi2 tu baru nak fikir...so buat berdasarkan bahan2 asas yang ada kat dapur jer....huhuhu...so pagi tadi...akhirnya sarapan kami adalah Roti Gulung Sosej Keju....simple, mudah dan sedap...hehehe...anak2 pun suka....


Roti Gulung Sosej aku pagi tadi pun...aku salut dengan tepung jer...ni sebab gara2 aku tak jumpa stok bread crumb kat dapur...huhuhu...ntah mana la pulak aku letak...hahaha...kalau tak Roti Gulung Sosej yang disalut bread crumb macam ni lah rupanya...



Roti Gulung Sosej dengan bread crumb ni aku buat time picnic sebelum ni......so nampak lebih cantik dan kemas....tapi bukanlah bermaksud bersalut dengan tepung tak sedap....sedap juga uols...hehehe....sosej cheese yang aku guna adalah sosej keluaran Ayamas...sah2 cik abg kita kerja Ayamas kan...haruslah sentiasa ada stok produk Ayamas....kalau korang nak tau...aku guna sosej cheese coctail macam ni....sebeb tu comel2 jer Roti Gulung Sosej aku...huhuhu...



Kepada yang berminat disini aku syer resepi Roti Gulung Sosej Keju ini ...

Bahan-bahan :

6 keping roti
12 sosej coctail
5 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara Membuatnya :

1) Gelek roti hingga nipis. Bancuhkan sedikit tepung gandum dengan air untuk dijadikan gam.
2) Sekeping roti dipotong dua dan Gulung sosej dalam roti. Letakkan sedikit gam tepung tadi supaya roti  
    tidak terbuka bila digoreng.
3) Bancuhkan tepung, garam dan serbuk kunyit dengan air. Kacau hingga tepung tidak berketul2.
4) Celup roti tadi dan bolehlah digoreng hingga kekuningan.




Selamat Mencuba...Nyum..Nyum...sedapnyer cheese itu...hehehe..

No comments:

Post a Comment