Followers

Tuesday, 18 October 2011

Siakap Steamed

Yuuhuuu!!!!....agak2 ada tak tekak tu rasa-rasa macam nak makan ikan stim....kekadang tekak ni pandai benar nak memilih...asyik makan ikan goreng, masak gulai, masak sambal....tetiba nak pulak rasa makan ikan stim...kurang sikit kolestrol...sebab tak guna minyak....bila tiba time sakit tekak ke atau tak berapa sihat badan tu...amatlah sesuai buat ikan stim ni...


Nak buat ikan masak stim ni..sesuainya ikan yang berisi lembut....paling sesuai ikan siakap..dek kerana isinya yang lembut bila dikukus...waduh!!!waduh!!! meleleh air liur ni dibuatnya....dengan kelembutan isi ikan yang segar, ditambah wangi bau serai dan halia, masam manis sos tiram dan asam jawa...perghhhh...bila dimakan panas bersama nasi putih....wallahhhhh!!!!berpeluh dibuatnya...hahahaha..lap air liur korang tu....huhuhu...



Bagi sapa2 yang berminat nak mencuba...ni aku syer resepi ikan siakap stim aku....macam biasalah main campak2...hahaha...campak2 semua bahan....masuk periuk kukus...tunggu 20 minit...taadaaaa...siap dihidangkan...

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan siakap
5 tangkai daun sup dan daun bawang dihiris halus
1 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris halus
1 batang serai dihiris halus
1 biji cili merah/cili padi dihiris
4 sudu besar sos tiram
2 keping asam keping/1 sudu asam jawa Adabi
1 batang carrot diparut memanjang
Garam & Gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1) Perasakan ikan dengan lumuran garam di keseluruhan ikan. Masukkan dalam bekas yang muat untuk periuk kukus.
2) Masukkan semua bahan2 diatas. Jika perlu kuah masukkan sedikit air. Kukus kira-kira 20 minit dan hidangkan.




SELAMAT MENCUBA!!!!

No comments:

Post a Comment