Followers

Saturday, 22 October 2011

Sup Telur

Assalammualaikum....Alhamdulillah selesai sudah tugas suri rumah ku untuk separuh hari ni......perut pun dah kenyang...anak2 pun dengan gembiranya bermain2...so time ni lah mama dia boleh buka laptop nak update blog...hehehe...yang ni nak syer pun..resepi tertunda malam tadi....tak tau la mengapa...malam tadi awal2 dah mengantuk...jam 10.00 malam dah lena dibuai mimpi...hehehe...gara2 balik keje semalam terus masuk dapur...jam 7.00mlm dah start dinner...itupun gara2 resepi simple aku dinner semalam...ni dia Sup Telur...





Resepi ni memang simple....dulu pun aku tak pernah terpikir nak masak Sup Telur...tetapi satu hari tu masa blogwalking blog2 memasak termasuk blog Che Mat Gebu...aku ternampak resepi Sup Telur....siapa2 yang nak tengok sup telur versi Che Mat Gebu boleh tengok disini Dapur Tanpa Sempadan ....sapa2 yang nak tengok resepi Sup Telur versi Suzie...ni dia...hihihi...

Bahan-bahan:

2 biji telur ayam
1 batang lobak merah dipotong ikut suka
3 tangkai bak choy (diasing batang dan daun)
3 tangkai daun sup
1 biji bawang merah dihiris nipis
1 ulas bawang putih dihiris nipis
1 inci halia dihiris nipis
1 kiub ayam
1 sudu besar lada putih
3 cawan air
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara memasak :

1) Panaskan minyak.Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2) Masukkan air, kiub ayam dan lobak merah. Kemudian masukkan batang bak choy.
    Masak hingga mendidih.
3) Pastikan kuah tadi betul2 mendidih baru pecahkan telur untuk bagi telur masak bulat.
4) Masukkan lada putih yang ditumbuk halus dan garam secukup rasa kerana kiub ayam dah masin.
5) Bila dah mendidih bolehlah tutup api dan baru ditaburkan daun sup yang potong halus.




Time2 hujan...sejuk pulak ni...kalau pekena sup...memang sedap....nak buat sup ayam atau sup daging kadangkala makan masa...so bolehlah ubah selera buat Sup Telur ni...Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment