Nasi Goreng Daging Kunyit

Assalammualaikum...moga kita dibawah lembayung rahmat Allah senantiasa hendaknya....hari ni tugas kat opis agak mencabar....errmmm...macam2 hal nak kena settlekan...kita ni hari2 berurusan dengan manusia yang macam2 peel kita jumpa....semua tu mematangkan kita sebenarnya...dan lebih2 lagi mengajar kita mengawal emosi...bila mana orang  yang kita jumpa tak sependapat dengan kita....



Gedebak gedebuk kat opis...kejap jer masa dah menginjak ke jam 5.15 ptg...hari ni aku maleh nak tunggu lama....stress duk opis...terus capai  handbag...swipe card terus balik....huhuhu....rindu nak jumpa my kidz...sampai umah macam dah letih...kepala ligat memikir...apa menu nak buat dinner ni...teringat nasi semalam masih berbaki banyak sbb malam semalam tak makan...so terus decide nak buat nasi goreng jer...tengok blog kak ita baru2 ni buat Meehun Kunyit....intai pulak blog Dayang...buat Nasi Goreng Daging....Haaaa!!!!idea datang......so aku pun menggodam nasi goreng aku menjadi...Nasi Goreng Daging Kunyit...hehehe...yg penting tak boleh pedas...biar my kidz boleh makan...hihihi...



Jika ada yang berminat ni aku syerkan resepi simple utk tatapan semua....

Bahan-bahan:

Daging dipotong dadu dan diletak garam kunyit
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
1 Lobak merah didadu @ mix vege
1 biji telur
Garam Secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:

1) Gaul daging yang dipotong dadu/kecil dengan garam dan kunyit.
2) Panaskan minyak dan gorang daging hingga sedikit garing. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kering yang digunting kecil.
3) Tumis hingga agak garing dan masukkan lobak merah/mix vege. Sudipkan ketepi pecahkan sebiji telur. Kacau hingga telur masak barulah masukkan nasi.
4) Perasakan dengan sedikit garam kerana daging tadi dah bergaram. Goreng hingga sebati dan tutup api.
5) Hiaskan dengan bawang goreng jika suka.

Comments