Followers

Friday, 18 November 2011

Bihun Sup Ala Carte

Minggu yang mencabar telah berakhir...terasa penat sungguh minggu ni...dengan event yang berturut-turut ditambah dengan masalah yang menyakitkan hati...walau macam mana pun itu semua aku anggap cabaran...moga kerja yang aku laksanakan diterima Allah sebagai ibadat...dan gaji yang diterima...berkat hendaknya buat aku sekeluarga...

Balik kerja...rasa penat pulak...nak masak nasi terasa malas...ditambah fizikal dan mental dah letih....bukak gerobok...ternampak bihun...huhuhu...so meringkaskan menu dinner kami sekeluarga...mengurangkan dapur nak dibersihkan...terus decide masak Bihun Sup ajer.....Bihun Sup ni aku gelar Bihun Sup Ala Carte...sebab kuahnya macam kita pesan ala carte kat restoran...lebih2 lagi yang tukang masaknya from Siam...supnya bukan macam kita buat sup dengan bunjut sup pelbagai...tapi cukup dengan kiub ayam, seafood dan sayuran....


Berikut resepi kuah sup ala carte ni...sapa2 yang kesuntukan masa boleh try resepi ni..

Bahan-bahannya (Ukuran mengikut sukatan masing2 berapa banyak nak disediakan) :

Ayam dipotong kecil
Udang
Sotong
Lobak merah
Sawi
Kobis
Tomato
Daun Sup
Bawang merah
Bawang kecil
Kiub Ayam
Garam

1) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan putih yang dihiris halus.
2) Masukkan ayam, kacau sedikit dan masukkan air.
3) Tunggu mengelegak masukkan lobak merah. Masukkan kiub ayam dan sedikit lada sulah jika suka.
4) Masukkan udang dan sotong dan semua sayur2 yang lembut.
5) Masukkan sedikit garam. Tunggu mendidih dan bolehlah ditutup api.



 Jika tak ada anak kecil...bolehlah kita pecahkan cili padi dan masukkan dalam sup...perghh!!!meleleh...meleleh peluh la pedas...hihihi....kalau nak makan dengan cili potong dgn kicap cair pun sedap....so bolehlah asingkan cilinya...bebudak boleh makan supnya....


Resepi ringkas dan mudah...Silalah cuba..

No comments:

Post a Comment