Cucur Nasi Bebola Ketam


Ermmm...petang-petang ni...ditambah cuaca yang dingin kerana hujan....perut mula berkeriuk-keriuk...pantas kepala ligat berfikir...nak buat apa..minum petang ni...dari pagi tadi dah tingin nak buat sebiji kek...tp teringat lak..En. Hubby dah sound...asyik makan manis jer....tetiba terbaca kat wall facebook Resepi Citarasawan...Cucur Nasi Jejari Ketam...wahhh!!!bagus2 boleh try....tapi bukak freezer...habis pulak la jejari ketam...yang ada bebola ketam jer....terus aku gantikan jejari menjadi bebola...hahaha...


Tapi jangan risau...hasilnya sangat2 sedap hokeyyy....cucur ni mmg lembut...sebab guna nasi sebagai agen pelembutnya....dicicah pula dengan sos Thai...ermmm...tak perasan dah habis sepinggan....kepada yang berminat boleh try resepi ni....

Cucur Nasi Jejari Ketam

Bahan-bahannya:

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih - aku letak seibi jer
  • 1 sudu besar udng kering-rendam dan toskan - aku guna ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 8 btng crabsticks-atau lebih, di potong kecil2 - aku guna bebola ketam
  • 1 biji lada besar dihiris
  • Daun sup/bawang (di hiris halus) - aku guna daun sup
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng


  • Cara Membuatnya : 
    1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali udang kering, bawang putih dan bawang besar...kisar sebati.
    2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
    3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. Masukkan sekali potongan crabstick dan gaul hingga sebati.
    4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
    5. Boleh gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah dan cucur akan menjadi bulat2.
    

    Cuba jangan tak cuba...tak nyesal punya...memang sedap...lembut betul....buat minum petang boleh...sarapan pagi pun boleh....bebudak pun mesti suka cicah dengan sos tomato...
    Selamat Mencuba...

    Comments