Karipap Rangup & Rapuh

Entah mimpi apa aku ni...buat karipap memalam ni...huhuhu...ni gara2 tengok gambar karipap Kak Ita Masam Manis yang dipost oleh cik Julia kat facebook....dek kerana kejelesan dengan kecantikan karipap sentuhan Kak Ita...akupun terus menguli tepung buat doh karipap...sementara doh masuk peti ais...aku start menyediakan intinya....dan hasilnya...Tadaaaa!!!!....




Jangan lak uols compare yer....dah tentu karipap ni tak secantik karipap Kak Ita...sentuhan tangan Kak Ita halus berseni...apatah lagi dengan mutu persembahan dan gambar yang mengkagumkan...setakat mutu hasil gambar dari iphone aku ni jer.....compare DSLR Kak Ita....malu weiiii...tapi takpelah...sekurang2nya kita mencuba yang terbaik dengan kemampuan kita...tak gitew cik kiah...hehehe....


Kulit karipap ni memang lembut....walaupun aku terbuat tebal sikit kulitnya...tapi still lembut dan rapuh...ni kerana penggunaan minyak panas semasa penyediaan adunan dohnya....kepada yang berhajat disini aku copykan resepinya...


By : Ros
Rujukan : Bukan Sekadar Masakan
Sumber : Kak Ita Masam Manis

Untuk Pastri Rapuh
400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)-aku letak air dalam peti ais
garam

Cara Membuatnya:
Buat Doh Pastri dulu
Campurkan sedikit garam dalam air sejuk
Masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan ia  akan jadi  berketul-ketul halus, macam serbuk roti,
Panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu
Setelah menjadi doh dan pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam
Langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti.
Sementara itu boleh buat inti karipap.

Untuk Inti
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)-aku campur kentang dan keledek
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar-aku x letak
garam

Potong dadu keledek dan rendam dalam air
Blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati
Akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air
Kacau selalu dan biarkan keledek empuk
Sesuaikan rasa, masukkan garam secukup rasa
Setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.


Actually balik keje tadi...kebetulan adik aku dah buat kuih untuk minum petang...ni dia Kuih Lompang cik Syafiqah....so malam ni baru makan together dengan karipap...lebih esok boleh buat breakfast....setakat ni adik aku sorang ni menunjukkan minat dalam arena masak memasak ni...banyak gak resepi dia dah cuba menjadi....cuma dari segi skill dan kecekapan perlu banyak diperbaiki lagi...Cehhh!!!dah macam juri Master Chef lak aku ni...hihihi....so selamat menjamu mata....jika berkelapangan cubalah....





Comments