Yong Tau Foo

Salam Kasih Sayang buat semua yang setia membaca blog amatur lagi sempoi ni.....tak kira yang telah berdaftar sebagai followers atau sebagai pembaca senyap...hihihi...tak ada niat lain di hati ini selain ingin berkongsi ilmu dan resepi yang telah aku cuba setakat ini....personally...resepi2 yang ada ni pun sebenarnya untuk kemudahan aku utk refer balik bila nak buat...so tak payahlah nak tercari-cari lagi...hehehe...kepada semua blogger masakan yang telah aku ambil resepinya...moga ilmu yang diberikan itu sentiasa diberkati Allah hendaknya....dan halalkan yer...aku cuma sebagai wakil untuk memperluaskan lagi ilmu itu...InshaAllah...



Actually aku dah lama sangat teringin nak buat kuah Yong Tau Foo...aku tingin nak buat sendiri sbb setiap kali beli kat pasar malam...aku terasa kemahalannya.....sekali beli confirm RM10.00 ke atas...pulak tu aku was2 sama ada betul2 halal ke segala bagai fish ball dan  fish cake yang dijual tu...walaupun penjualnya orang melayu...aku rasa kurang yakin....sebab tu aku dah lama betul tak beli...bila kita buat sendiri...kita boleh buat pilihan bahan2 yang kita nak...dan kita boleh check logo halalnya....makan pun puas hati....hihihi..


Oleh sebab tu...aku serve jugak internet mencarikan resepi kuah yong tau foo yang paling memikat hati....dan Alhamdulillah aku dah jumpa dari My Resepi...aku confident sebab ramai dah cuba dan memberi maklumbalas tentang kesedapannya...hihihi...kebetulan cik abg memang beli banyak stok bebola dari kedai Ayamas...semuanya ada logo halal JAKIM hokeyy.....heheheh...kepada yang berminat nak mencuba...ini diperturunkan resepinya..


Sumber : My Resepi

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10 tangkai cili kering
  • gula melaka 
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis) - aku tak guna
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • sedikit ajinomoto - aku tak guna juga

Cara-cara

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

Comments