Daging Blackpepper


Last week ada buka booth derma darah di opis...berhajat la nak menderma sbb dah lama tak menderma...Alhamdulillah setakat ni ada la dalam 2 ke 3 kali menderma...tapi malangnya kali ni....tak lepas aku nak menderma...mmg x jangka betul sbb sebelum ni x pernah ada masalah...rupanya aku ni kurang hemoglobin...utk diri sendiri cukup tp untuk didermakan kpd org lain x boleh....huhuhu...sepatutnya untuk menderma hemoglobin hendaklah 12.5 ke atas tapi aku sekadar 12.3 jer....so simpan jer la darah kamu ni yer suzie utk kegunaan sendiri...hihihi...x ada rezeki nak menderma....



Dengan muka selamba aku tanyalah kat petugas tu...apa yg perlu saya makan utk tingkatkan tahap hemoglobin saya...so dia jawab..awak makanlah makanan penambah darah...mcm kerang ke...errmmm ok...aku lak mmg jarang beli kerang....walaupun anak dara aku suka...sbb malas sikit nak membasuh kerang tu...jika sekali sekala anak dara aku minta...barulah aku belikan..sbb Dina suka sangat kerang...so pikir punya pikir teringat ada daging dalam freezer...ermmm..daging pun penambah darah....so aku buatlah Daging Masak Blackpepper dgn campuran batang saderi dgn lobak merah utk lunch hari ni...



Untuk yang berminat nak mencuba...ni resepinyer...resepi campak-campak jer...

Daging Masak Blackpepper
Bahan-bahannya:
250 g daging dihiris nipis
1 batang lobak merah
2 batang daun saderi
1 labu bawang holland-dipotong bulat
3 biji bawang putih-dicincang halus
1 inci halia-dicincang halus
3sb sos tiram
2sb sos cili
2sb tepung jagung
3sb kicap manis
Air, garam dan minyak secukupnya

Cara Memasak:
1) Tumiskan bawang putih dan halia yg dicincang. Kacau supaya tidak hangus.
2) Masukkan daging, kacau rata dan masukkan sos tiram.
3) Masukkan sedikit air dan kacau hingga sedikit mengelegak. Masukkan sos cili dan kicap manis.
4) Masukkan saderi dan lobak merah.
5) Kacau hingga sebati. Masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air.
6) Tunggu mengelegak dan kuah menjadi sedikit pekat dan tutup api.

*Info Tambahan: Daun Sup yang segar untuk hiasan daging blackpepper ni adalah hasil tanaman aku sendiri...hihihi..

Comments

  1. Takpe2 esok Ayu try lak masak utk lunch...hehehe...

    ReplyDelete
  2. Daging Masak Blackpepper... tapi tak letak pun blackpepper.. hihihihi

    ReplyDelete

Post a Comment