Macaroni Bakar

Assalamualaikum kepada semua pengikut2 setia yang menjenguk blog Jintan Manis...walaupun tak cuba resepi akak ni...sekurang-kurangnya bagi idea la kat korang...bila tetiba tekak rasa nak makan dah ada idea nak masakkan....tak gitu cik kiah....heheheh...lama tak bersiaran gara bercuti-cuti Malaysia...maklum la cuti sekolahkan....sesibuk mana pun aku...memang aku dah peruntukan every year...hujung tahun aku mesti bercuti ngan family aku....setakat ni aku memang buat rotation...last year with my family...so this year time mertua family...tapi so far pergi ambik rumah peranginan majikan la....jimat banyak untuk peruntukan family yang ramai...kalau nak sewa hotel...banyak bilik kut kena booking...hehehe...so far pernah ambil banglo peranginan majikan aku kat Cameron Highlands dan banglo kat PD bersama family mertua, last year pergi Langkawi dan mid this year Kondo Peranginan PD dengan family aku....dan baru ni dengan family mertua....Alhamdulillah so far memang rezeki aku...apply jer memang dapat....

 

Sebelum pergi Kuantan...aku with ipar duai dah decide...malam pertama kitaorg decide buat western food....SIL merangkap biras buat coleslow, spagetti cabonara dgn ayam panggang (sedap doww), SIL sorang lagi buat mushroom sup with bun and french loaf...dan aku lak buat mashed potato with black pepper gravy...pehtu terasa macam simple sangat lak...hehehe...so last minute akupun tambah satu lagi menu western Macaroni Bakar...actually this is first time aku buat...sbb aku tak la berapa suka sgt...selalu makan pun setakat 1-2 slice boleh la...pehtu tak leh masuk dah...sebab aku cepat muak makan macaroni ni...huhuhu...


Ni rupa macaroni aku sebelum dibakar...tapi aku rasa kurang power la macaroni ni...sbb x letak fresh milk....aku decide pun last minute so susu pun lupa nak beli....and then risau lak takut cepat basi....so aku decide tak letak susu...ni resepi yang aku ambil dari My Resepi tanpa guna susu...

Bahan-bahan ( 3 orang makan )
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 paket daging kisar
  • 1 tin cendawan butang (dipotong nipis)
  • 3 ekor sotong (dipotong nipis) - x letak sbb x suka baunya
  • 10 ekor udang (dibuang kulit) - x letak ganti dgn sosej
  • 1/2 paket macaroni (direbus)
  • 6 biji telur
  • sedikit garam
  • minyak untuk menumis
  • mayonis, cili sos, cheese mozarella (topping)

Cara-cara

  1. tumis bawang putih hingga naik wangi
  2. masukkan daging kisar, udang, sotong dan cendawan serta garam
  3. masukkan macaroni yang telah direbus tadi dan kacau sekejap
  4. tutup api. letak telur dan kacau rata
  5. sapukan loyang dengan mentega dan letakkan macaroni yang telah di masak tadi di dalam loyang
  6. taburkan cheese mozarella yang telah di sagat di permukaan macaroni tadi sehingga menutupi permukaannya.
  7. letakkan mayonis dan cili sos di atas cheese tadi. bakar pada suhu 120 selama 45-60minit
  8. siap untuk di makan.



Comments