Followers

Thursday, 15 December 2011

Roti Telur Serunding Ikan Bilis


Roti telur pun masuk blog ekkk...hihihi...ni gara2 virus M masih menyerang...so kita upload menu2 simple jer la kan...hahaha...x best ekkk....tapi rasa dia best....hahaha...yang buat best dan specialnya roti telur ni sebab diintikan dengan serunding ikan bilis air tangan mak kita ok...masa mak datang rumah hari tu..mak dah siap buat sekilo serunding ikan bilis buat anak2 dia....yuhuuu...



Kalau pening2 nak buat bekpes untuk anak2....inilah antara menu yang selalu aku buat...roti telur...sama ada dimakan dengan kacang panggang, telur hancur atau serunding...menu simple tetapi menyelerakan untuk budak2...termasuk mak budak...hehehe...untuk resepi roti telur selalunya aku buat macam ni....


ROTI TELUR
Bahan-bahannya:
5-6 keping roti potong
2 biji telur
sedikit lada hitam/cili mesin (ikut suka)
garam secukup rasa
marjerin/butter untuk menggoreng

Cara Membuatnya:
1) Pecahkan telur dan kacau menggunakan garfu hingga sedikit kembang.
2) Masukkan lada hitam/cili mesin sedikit dan garam secukup rasa.
3) Celupkan roti dalam telur tadi dan terus digoreng dengan sesudu butter untuk sekeping roti.
4) Terbalikkan roti bila telah kuning dan angkat bila agak garing. Ulang step yang sama hingga telur habis.



Untuk serunding ikan bilis...so far aku memang tak pernah try buat...tapi kalau raya memang selalu la aku tolong kacau serunding ni hingga kering...InshaAllah nanti aku nak try buat jugak serunding ni....apa2 aku masukkan dulu resepi serunding ikan bilis mak aku ni...nanti bila aura aku tetiba datang nak buat...senang sikit boleh la rujuk sini.....hehehe...

SERUNDING IKAN BILIS
Bahan-bahannya:
1/2 kilo ikan bilis telah dikopek
1/2 kilo bawang merah kecil
cili kering ikut kepedasan masing-masing
asam jawa
gula secukup rasa

Cara Membuatnya:
1) Bawang merah dihiris nipis dan digoreng kesemua menjadi bawang goreng.
2) Ikan bilis yang telah dicuci di mesin kering atau di tumbuk hancur/lumat.
3) Tumis cili kering mesin hingga naik minyak.
4) Masukkan asam jawa dan gula secukup rasa. Kacau hingga sebati dan mengelegak.
5) Barulah masukkan ikan bilis yang telah dikisar hancur tadi dan kacau sebati.
6) Masukkan bawang goreng tadi dan kacau hingga serunding menjadi ringan dan kering.

- SELAMAT MENCUBA -


2 comments:

  1. mmg sedap serunding tu. nape ari tu tak buat b/fast mcm ni, hehe...

    ReplyDelete