Keindahanmu seindah namamu Pavlova



Alhamdulillah.....permulaan persekolahan anak pada 4 Januari 2012 di serikan dengan rezeki tempahan Pavlova daripada kengkawan..Jika rezeki masih dilangit turunkan, jika dibumi keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah...jika jauh dekatkanlah......begitu indahnya doa Solat Sunat Dhuha...begitu jugaklah doa aku agar Allah murahkan rezekiku sekeluarga...




Pada hari tu 6 biji pavlova ditempah tetapi hanya 5 sahaja yang mampu aku delivery sebab sebiji pavlo aku tak mencapai piawaian quality aku....minta maaf banyak2 buat Mazrah...InshaAllah Jumaat akan datang sebiji lagi Pavlo ditempah oleh Mazrah akan ku sediakan sebaik mungkin...buat Ira, Nurul (utk tempahan kali kedua), Tajudin dan Syam (untuk celebrated besday ayahnya) terima kasih banyak2 kerana memberi kepercayaan menempah Suzie's Pavlova....harap jangan serik dan tempah lagi nanti.....hihihi.....




Kepada yang belum menikmati kenikamatan Pavlova...jom merasainya....crispy diluar...chewy didalam....lemak diatas...dan segar dengan kepelbagaian buah-buahan.....Yuk berPavlova...hehehe...


Comments