Kerabu Daun Selum


Bila time2 cuti panjang ni....tak berjalan kemana-mana...makanya mengadap dapur jer la....time ni lah...kalau ada tekak ni teringin nak makan apa2...boleh lah dimasak ikut selera tekak sendiri...kalau time kerja kadang makan kat kedai..ada jer rasa yang kurang...so ujung minggu baru ni...terasa nak makan kerabu...gi pasar cari la apa yang boleh dibuat kerabu...tetiba teringat Kerabu Daun Selum...so inilah rupa parasnya.....ayukan????...hihihi...



Sedapnyer kerabu ni kalau makan dengan ikan bakar cicah air asam...Perghhhh!!!baru ngem...tapi time tu tak ada la pulak daun pisang nak buat bakar ikan...so digandingkan sajer ikan goreng celup tepung.....layannnn... hihihi..

Kerabu Daun Selum

Bahan-bahannya:
1 cekak daun selum
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 biji bawang merah besar
1 inci belacan bakar
4 biji cili padi
10 ekor ikan bilis
1 biji limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1) Bersihkan daun selum dan toskan airnya. Air yang banyak pada daun mungkin akan menyebabkan  kerabu tak tahan lama kerana basi. Potong kecil2.
2) Tumbuk bawang, cili padi, belacan, ikan bilis, garam dan gula sekali.
3) Kemudian masukkan kelapa dan tumbuk sedikit dengan bahan2 tumbukan tadi.
4) Masukkan kesemua bahan yang ditumbuk tadi dan gaulkan dengan daun selum.
5) Perahkan limau kasturi dan gaul rata. Sedia utk dihidangkan. 



Comments