Followers

Wednesday, 11 January 2012

Lamb Chop

Salam Semua...sekarang ni tengah panas di blog dan fb blogger2 otai masakan yang diaorang punyer gambar dah dicuri oleh sorang blogger...dah la ambik gambar orang pehtu gi edit gambar tu letak nama dia...kekonon nya dia buat la...mana la diaorg tak marah...so agak2 akunye pic dalam blog ni ada ke org berani nak ambik...gambar budak tadika jer...hehehe....so utk gambar kali ni sengaja aku bagi edit tak lawa...(mcm sebelum ni gambar edit lawa jer...hihihi) ni gambar menu dinner semalam....Lamb Chop....layannnn....




Lamb Chop

Bahan-bahannya:
2 keping potongan daging kambing/daging
2 biji bawang putih dicincang halus
1 biji bawang merah dicincang halus
1 sudu besar sos tiram
1 kiub daging
1 sudu besar tepung jagung
Lada hitam secukup rasa
Sedikit minyak utk menumis

Cara membuatnya:
1- Perasakan daging dengan bawang putih cincang, garam halus dan sedikit lada hitam. Perapkan seketika.
2- Sediakan kuah lada hitam dgn tumiskan hingga layu bawang merah dan putih.
3- Masukkan sos tiram dan kiub daging. Masukkan setengah cawan air.
4- Tunggu mengelegak masukkan lada hitam dan bancuhan tepung jagung dgn 2 sudu air.
5- Masak hingga kuah pekat dan tutup api.
6- Panaskan sedikit minyak dan grillkan daging tadi. Sambil masak cucuk2kan daging utk pastikan dalamnya masak. Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama kuah lada hitam tadi.



No comments:

Post a Comment