Masak Asam Batang Keladi


Assalamualaikum....lama rasanya x bersiaran...banyak siaran tertunda yang belum dimasukkan lagi...kesihatan pun tak berapa mengizinkan...asalnya sakit tekak jer...skang dah batuk hilang suara....moga ujian kecil dari Allah ini...dapat mengurangkan dosa-dosa kecilku yang ada...Ameen...




Tak berhajat nak berceloteh panjang....cuma nak syer dengan resepi masakan kampung ni.....Masam Asam Batang Keladi...dulu adik duduk sekali...selalu la masak ni...sebab peberet dia...sejak dia duk asing...lama dah tak masak....maleh nak mengerjakan batang keladi tu...hehehe...malas jer cik suzie ni....so ni dah masak balik maknanya dah rajin ler ni...hehehe...

Masak Asam Batang Keladi

Bahan-bahannya:

2 batang keladi dipotong pendek2 dan disiat kulit luarnya
6 ekor udang sederhana saiznya
1 biji bawang merah besar/3 biji bawang merah kecil
4 biji cili padi
1 biji cili merah
1 batang serai
3 pokok daun kesum
1 helai daun kunyit
3 keping asam keping
1 sk serbuk kunyit - jika ada kunyit lagi baik
1 inci belacan
1 cawan air
Garam dan gula secukupnya

Cara memasaknya:

1) Batang keladi yang telah siap disiat kulit luarnya direbus seketika utk mengeluarkan air gatalnya.
2) Setelah mengelegak diangkat dan ditoskan airnya. Jangan celur terlalu lama kerana nanti batang keladi terlalu lembik.
3) Bawang merah, cili padi, cili merah dan belacan ditumbuk lumat dan masukkan ke dalam periuk bersama batang keladi.
4) Masukkan udang, daun kesum, daun kunyit dan serai yang dititik.
5) Masukkan air dan rebus hingga mengelegak. Masukkan serbuk kunyit, garam dan gula secukup rasa.
6) Bila dah mengelegak dan sebati semuanya bolehlah ditutup api dan dihidangkan.


Comments