Followers

Saturday, 14 January 2012

Mini Fruit Tart


Assalamualaikum....hari ni nak share satu lagi resepi yg mudah tetapi menarik...memang dah berhajat nak buat dari last week...actually nak buat cheese tart dulu tp tetiba tukar fruit tart buat dulu...gara2 dah tgk kecantikan tart Kak Ita Masam Manis...tapi jgn la compare buah2an tart aku ngan Kak Ita...aku guna buahan biasa lebihan buah2 pavlova...kalau tart Kak Ita dgn buah Resberry dan Blueberry nyer...Ushhh...meleleh air liur dibuatnya....hahaha...dah tgk buah2 tu kat Clodstorage Alamanda....satu pack rasberry almost RM27.00....belum blueberry lagi...untuk buah jer dah RM50.00...hahaha...tp sekali sekala apa salahnyakan....sebab tu la buah2 aku hanya strawberry, anggur dan kiwi sajer....tapi kalau ikutkan dah sesuai dah dgn saiz shell tart aku...sbb akunyer acuan mini punyer tart...ermmm..sekali masuk mulut...lenyap terus....huhuhu...




FRUIT TART
By : CMG Dapur Tanpa Sempadan
Source : Kak Ita Masam Manis

Bahan Tart
150 gram tepung halus atau tepung gandum
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

Bahan Kastard
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega
ita tambah secubit garam ~ sikit aje

Hiasan
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit coklat susu atau coklat masakan ~ dicairkan
Piping jelly ~ untuk mengilatkan buah
Croquant secukupnya (bertih jagung kisar) ~ yg ni ita  ganti gula icing

Penyediaan Tart

Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.

Penyediaan Kastard Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.

Hiasan
Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah kiwi. Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah strawberry dan kiwi tadi. Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart. Berhati2 tabur croquant disekeliling tart. Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah2an segar tadi. Boleh hidangkan. Sesuai untuk majlis formal atau santai. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.




Kepada yang berkeluarga besar...aku memang suggest buat sendiri Fruit Tart ni...bahan-bahan tak banyak...nak buat pun tak lah leceh sangat...cuma nak buat shell tu agak malas sikit kalau acuan sikit...kalau banyak tak perlu dua-tiga kali nak bakar....kalau beli agak mahal...so buat sendiri...memang puas hati...




Jom...apa lagi...mencuba Fruit Tart..sure anak2 suka....daaaa....





1 comment:

  1. mohon share resepi yerrrr...terima kasihhhhh

    ReplyDelete