Nasi Lemak Ketumbar



Assalammualaikum semua...Alhamdulillah bersua kita kembali hari ni....moga hari ini adalah lebih baik dari semalam....memandangkan semalam dah outing hari ni duk rumah sajer...menguruskan rumahtangga...huhuhu...cuci toilet, kemas bilik, sapu dan mop lantai...cuci dapur....semua dah settled...sebelum nak mengseterika baju sekolah anak2...masukkan dulu entry baru pagi ni...hehehe...ni dia Nasi Lemak Ketumbar buat breakfast pagi ni...




Resepi ni diambil dari Blog Kesayangan la...blog Kak Ita Masam Manis...ni diperturunkan resepi dari Kak Ita yang diambil dari Ringgo di My Resepi...

NASI LEMAK KETUMBAR
Asal dari : Ringo
Sumber : Kak Ita Masam Manis

Bahan-bahannya:

3 cawan beras
3 cawan air  - kurang atau lebihkan air mengikut jenis beras yang digunakan
200ml santan -
3 pokok ketumbar - ambik daun sahaja
2 inci kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
2 ulas bawang merah atau 1/2 bawang besar - dihiris
garam secukup rasa
1 sb minyak untuk menumis
*Suzie tambah sedikit pewarna hijau bagi menarik

Cara Membuatnya:

1. Beras di cuci bersih dan toskan airnya.
2. Hiris daun ketumbar halus atau atau ketumbar dengan sedikit santan (sudukan dari campuran air dan santan)
3. Masukkan kulit kayu manis dan cloves kedalam minyak dan panaskan dengan api perlahan.
4. Masukkan bawang dan tumis sampai bawang agak2 jernih.
5. Masukkan beras, kacau. masukkan daun ketumbar dan santan, perisakan dengan garam. 
6. Tanak seperti biasa. 




Nasi Lemak Ketumbar ni...digandingkan dengan Sambal Udang.....dan telur goreng....kepada yang nakkan kelainan Nasi Lemak...bolehlah mencuba resepi ini....



Comments