Plain Cheese Cake with Grape Topping


Assalamualaikum...firstly minta maaf buat pengunjung blog Jintan Manis yang menanti dengan setia resepi cheese cake ni.....semalam betul2 kebizian....tak sempat nak masukkan entry ni....kalau boleh memang nak terus update tapi mcm2 kengkangan yg ada terpaksa ditangguhkan....kepada peminat cheese cake yang nak rasa kenikmatan dan kepuasan cheese cake dengan resepi yang mudah boleh try resepi ni....tak tipu....memang sedap....hihihi...




Actually...aku dah pernah masukkan entry untuk resepi ni disini...tp time tu aku banyak derhaka kat resepi asal....so kejadiannya tak lah membanggakan sangat walaupun keaslian cheese tu masih terasa....tapi kali ni mmg aku rasa amat puas hati....kepada yang menanti resepi ni....jgn tak cuba.....wajib cuba....tak nyesal punyer...hehehe.....



Sumber : My Resepi
Bahan-bahan ( 18 cm )
  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt *aku guna whipping cream
  • 2 sudu besar jus lemon *aku guna oren sunquick jer 1sudu
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream. (*aku buat satu2...mula2 cheese dgn gula, pehtu telur dan lain2.) 
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus. (*aku x buat pun cenggini) 
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.(*yg ni setuju...makan sejuk mmg menangis...sedap..tp aku x tunggu semalaman pun...lambat sgt..hahaha) 
Topping

Ikut suka nak letak apa...blueberry filling boleh...strawberry filling boleh tapi aku guna dalam 3 sudu besar grape topping dicampur dengan 2 sudu besar whipping cream...so kombinasi masam anggur dan lemak whipping cream...mmg meletoppp....kebabom....hehehe....selamat mencuba...:)


Comments